Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, August 30, 2017

Amalan hari Wukuf Arafah dan malam raya aidil Adha

ANTARA AMALAN HARI ARAFAH


Hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah, iaitu hari umat Islam yang mengerjakan haji melakukan wukuf di Arafah. Antara amalan yang dituntut untuk dilakukan pada hari Arafah adalah;

1) PUASA SUNAT ARAFAH

Digalakkan berpuasa bagi yang tidak menunaikan haji.

Abu Qatadah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

"Puasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah bahawa Dia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya."(Riwayat Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Ansari radhiallahu anhu dia berkata:

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Rasulullah telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka Rasulullah menjawab : "Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang." (Riwayat Muslim)

Imam al-Nawawi berkata;

"Makna hadis ini, puasa hari Arafah akan menghapus dosa selama dua tahun (1 tahun sebelum dan sesudahnya) bagi orang yang melakukan puasa ini, para ulama mengatakan, ”Maksudnya dosa-dosa yang terhapus itu adalah dosa kecil.”

Jika dia tidak memiliki dosa kecil, diharapkan puasa ini menjadi penyebab yang meringankan dosa besar yang dia lakukan. Jika dia tidak memiliki dosa besar, puasa ini akan menjadi penyebab naik darjatnya."(Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim).

2) MULA TAKBIR RAYA (TAKBIR MUQAYYAD)

Disebutkan dalam sebuah hadis;

عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ ، وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ ، آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

Diriwayatkan daripada Ali dan Ammar radhiallahu ‘anhuma, katanya; "Sesungguhnya Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam bertakbir pada hari Arafah (9 Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar akhir hari Tasyriq (13 Zulhijjah)."(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dalam Ma’rifah al-Sunan wa al-Athar).

Untuk keterangan lanjut berkaitan hukum-hakam takbir raya ini, sila rujuk artikel berikut;

http://tolibilmi.blogspot.my/2015/11/takbir-raya.html?m=1

3) PERBANYAKKAN DOA

Diriwayatkan daripada Amru bin Syuaib daripada bapanya daripada datuknya, sesungguhnya Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Riwayat al-Tirmidzi. Kata beliau: hadis hasan gharib).

Untuk keterangan lanjut berkaitan anjuran doa pada hari Arafah, sila rujuk artikel berikut;

http://tolibilmi.blogspot.my/2017/08/anjuran-doa-pada-hari-arafah.html?m=1
اليسع
Wallahu a'lam.

🌺       SELAMAT       🌺
         MENYAMBUT
                 HARI
      KEMERDEKAAN
🇲🇾    31 OGOS 2017   🇲🇾

🌙          SALAM          🌙
            AIDILADHA
       HARIRAYA HAJI
    HARIRAYA KORBAN
           01SEPT 2017


Saturday, August 26, 2017

Maulid Akbar bersama tokoh ulama Sufi di Ukir Mall Alor Setar 27.8.2017

Sebarkan
Majlis Mahabbah
Maulid bersama Tuan Guru Baba Khairul Anuar dan Tuan Guru Syeikh Rohimuddin Nawawi Al Bantani.

Ahad 27.8.17
7.30 malam.
Di Ukir Mall.

Sebahkab seluasnya majlis Ilmu majlis Mahabbah.

Friday, August 25, 2017

Amalan 10 Zulhijjah.

Al Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz menyebutkan mengenai keutamaan 10 hari pertama Bulan Dzul Hijjah:
Banyak dalil yang menyebutkan mengenai keutamaan sepuluh hari pertama Bulan Dzulhijjah dan anjuran untuk memperbanyak amal shaleh di dalamnya. Di antaranya adalah hadits Nabi SAW:
: ما مِن أيامٍ العملُ الصالحُ فيهنَّ أحب إلى الله من عشرِ ذي الحجة، قالوا: ولا الجهادُ في سبيل الله؟ قال: ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجلٌ خرجَ بنفسِه ومالِه فلم يرجع من ذلك بشيء. رواه الترمذي.
Tidak ada hari-hari di mana Amal kebaikan di dalamnya lebih disukai oleh Allah SWT daripada sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya, “Tidak juga berjihad di jalan Allah?” Rasulullah SAW menjawab, “Tidak pula berjihad di Jalan Allah, kecuali seorang yang pergi membawa jiwa dan hartanya untuk berjihad dan tidak kembali lagi.” (HR Turmudzi)
Dalam riwayat Thabrani disebutkan bahwa Nabi SAW bersabda:
ما من أيام أعظم عند الله ولا أحب إلى الله العمل فيهن من أيام العشر فأكثروا فيهن من التسبيح والتحميد والتهليل والتكبير
Tidak ada hari-hari yang lebih agung dan tidak pula ada hari dimana amal di dalamnya lebih disukai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Dzul Hijjah). Maka perbanyaklah di dalamnya Tasbih, tahmid, tahlil dan takbir. (HR Thabrani)
Dzikir yang disebutkan dalam hadits di atas adalah Baqiyatus shalihat yaitu: Subhanallah wal hamdulillah walailahailallah wallohu akbar. Jika ditambahkan la haula wa la quwwata Illa Billah maka itu adalah satu harta simpanan dari simpanan-simpanan surga.
Maka hendaknya dzikir itu dijadikan wirid (dzikir rutin) di sepuluh hari ini. Hendaknya ia membaca dzikir ini sebanyak 300 kali atau 700 kali atau 1000 kali atau 3000 kali sesuai dengan waktu luang yang ia miliki.
Maksud dari dzikir ini adalah untuk menghadirkan hari. Maka hendaknya dzikir ini juga dibarengi dengan shalawat kepada dia yang telah mengajarkan Dzikir ini, yang telah memberikan petunjuk mengenai keagungan sepuluh hari ini yaitu Nabi Muhammad SAW.
Banyak orang-orang shaleh, dan para imam yang dijadikkan panutan yang merutinkan untuk memperbanyak membaca tahlil dengan menyebut bilangan-bilangan seperti:
لا إله إلا الله عدد الليالي والدهور
Lailahailallah sejumlah bilangan malam dan waktu
، لا إله إلا الله عدد الأيام والشهور
Lailahailallah sejumlah bilangan hari dan bulan
، لا إله إلا الله عدد أمواج البحور
Lailahailallah sejumlah bilangan ombak lautan
، لا إله إلا الله عدد أضعاف الأجور إلى آخر
Lailahailallah sejumlah penggandaan ganjaran kebaikan
Dan seterusnya..
Penyebutan jumlah sebagaimaa yang dicontohkan orang-orang shaleh ini diambil dari sunah Nabi SAW. Nabi mengajarkan untuk membaca:
سبحان الله عدد ما خلق في السماء ، سبحان الله عدد ما خلق في الأرض سبحان الله عدد ما بين ذلك ، وسبحان الله عدد ما هو خالق ، والله أكبر مثل ذلك ، والحمد لله مثل ذلك ، ولا إله إلا الله مثل ذلك ، ولا قوة إلا بالله مثل ذلك
Subhanallah sejumlah bilangan apa-apa yang Dia ciptakan di langit. Subhanallah sejumlah bilangan apa-apa yang Dia ciptakan di bumi. Subhanallah sejumlah bilangan apa-apa yang ada di antara  keduanya. Subhanallah sejumlah apa-apa yang Dia ciptakan. (HR Al Hakim)
Oleh sebab itu para ulama pun bertakbir dan bertahlil dengan menyebutan jumlah bilangan yang mereka harapkan Allah SWT akan memberikan ganjaran dengannya dan menerima dzikirnya itu sejumlah bilangan yang mereka sebutkan.
Di antara yang terpenting dilakukan di 10 hari pertama ini adalah menyambung tali silaturahim, memperhatikan keadaan kerabat dan tetangga, dan menggembirakan hati mereka. Dan yang lebih besar dan lebih penting lagi untuk disambungkan tali silaturahimnya adalah kedua orang tua jika masih hidup. Hendaknya ia menggembirakan hati keduanya di hari-hari penuh berkah ini, membuat mereka senang dapat menjadi sebab keridhoan Allah SWT




Monday, August 21, 2017

Tuan Guru Haji Aziz Pendang Rohimhullah.




Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Hj Ibrahim rahimahullah adalah di antara ulama besar negeri Kedah dan merupakan anggota Majlis Fatwa Negeri Kedah yang paling senior dan paling lama berkhidmat. Beliau dilahirkan di Kampung Semut Api, Kelantan Darun Naim pada tahun 1904M. Ketika berusia setahun, beliau dibawa ayahanda beliau ke Madinah al-Munawwarah kerana ayahandanya menyambung pengajian di sana. Maka membesarlah beliau di kota Junjungan Nabi SAW sehingga ayahandanya pulang ke tanah ketika beliau berusia 10 tahun.

Tuan Guru Haji Abdul Aziz rahimahullah menyambung pengajiannya di Pondok Tuan Guru Haji Abdul Hamid Tokbiar selama 2 tahun dan selanjutnya di Pondok Tuan Guru Haji Salleh Pulau Pisang, Jitra, Kedah, selama 3 tahun pula. Kemudian beliau meneruskan pengajiannya ke Kelantan dengan memondok di Pondok Kenali yang masyhur ketika itu di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad yang masyhur dengan gelaran Tok Kenali rahimahullah. Selain Pondok Kenali, beliau juga berulang mengaji ke Masjid Muhammadi dan antara guru-guru beliau di sana adalah Tuan Guru Haji Umar Nuruddin Sungai Keladi, Haji Yaakub Legor, Haji Ali Pulau Pisang dan Haji Ahmad Mannan rahimahumullah. Dengan Tok Kenali beliau mempunyai pertautan yang istimewa di mana beliau adalah khadam kepada Tok Kenali. Beliau terus mengaji dan berkhidmat dengan Tok Kenali sehingga kewafatan Tok Kenali rahimahullah. Tuan Guru Haji Aziz adalah seorang pelajar yang tekun dan cerdas, beliau telah menghafal berbagai matan termasuklah al-Ajrumiyyah yang dihafalnya sejak kecil lagi, Alfiyyah Ibn Malik, Jawahirul Maknun, Sullam Mantiq, Baiquniyah dan Baqulat. Setelah 40 hari kewafatan Tok Kenali, Tuan Guru Haji Abdul Aziz memutuskan untuk pulang ke Kedah dan membantu ayahandanya, Tuan Guru Haji Ibrahim rahimahullah, mengajar. Pada pertengahan tahun 40an, Tuan Guru Haji Aziz membuka pondoknya sendiri di Kampung Seberang Pendang dan berikutnya pada tahun 1960 beliau mengasaskan Madrasah al-Falah.

Pada 12 Rabi`ul Awwal 1425H bersamaan 2 Mei 2004, Tuan Guru Haji Abdul Aziz telah kembali ke rahmatullah di Kampung Seberang Pendang. Jenazah beliau telah diziarahi dan disholatkan oleh kira-kira 10,000 orang daripada segenap lapisan masyarakat termasuklah Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim. Tuan Guru Haji Abdul Aziz rahimahullah dipercayai sebagai anak murid Tok Kenali yang terakhir sekali meninggal dunia. Beliau dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Pendang pada hari yang sama. Semoga Allah mencucurkan rahmatNya dan kasih - sayang yang berkekalan atas beliau, segala guru beliau dan sekalian muslimin muslimat..... al-Fatihah..

Oleh Ust Hj Adlan Hj Abang


Saturday, August 19, 2017

Hidupkan hati yang mati - Syeikh Aun Jordan

HIDUPKAN HATIMU DENGAN KAMU DUDUK-DUDUK BERSAMA ORANG YANG DAPAT MENGHIDUPKAN HATI

Kita hidup di zaman yang pelbagai macam cabaran yang boleh membawa kita kepada kemaksiatan kepada Allah. Zaman di mana teknologi semakin lama semakin canggih. Begitu canggihnya teknologi ini maka berlakulah pelbagai kemaksiatan dan kelalaian kita kepada Allah سبحانه وتعالى.

Dan ingatlah bahawasanya setiap maksiat yang dilakukan itu adalah umpama satu titik noda yang mewarnai kepada hati kita sehingga hati itu menjadi gelap dengan banyaknya dosa yang dilakukan oleh seseorang sehingga jauh daripada rahmat Allah dan keras hatinya.

Demikian juga ketaatan yang dilakukan itu adalah umpama warna titik berwarna putih. Semakin banyak ketaatan yang dilakukan maka akan semakin mewarnai hati ini dengan sinar cahaya ketaatan kepada Allah.

Hati-hati seperti inilah yang akan membimbing seseorang untuk melakukan ketaatan kepada Allah seterusnya membuatkan seseorang itu semakin dekat dengan Allah dan mengharapkan keredhaan dari-Nya.

Berkata Imam Al-Ghazali Rahimahullah bahawasanya "Hati itu boleh dicari di tiga tempat. Carilah hati kita ketika membaca Al-Quran. Sekiranya kita tidak menemui hati kita ketika itu maka carilah ketika kita mengerjakan solat. Sekiranya kita masih tidak menemui hati kita maka carilah ketika kita sedang duduk bertafakur mengingati kematian.

Sekiranya kita masih tidak menemuinya maka pintalah hati yang baru daripada Allah kerana ketika itu hati kita sudah rosak, mati atau hilang dek kerana banyaknnya dosa-dosa yang telah menyebabkan penyakit hati menjadi parah."

Para Ulama mengatakan "Untuk menghidupkan hati yang sudah keras mahupun mati maka duduklah kalian bersama Para Ulama, orang-orang yang soleh, orang-orang yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah dan juga hari akhirat maka nescaya hati kalian akan kembali disinari, dihidupkan kembali sepertimana turunnya hujan membasahi tanah-tanah yang menghasilkan tanaman."

Kita boleh mencari semua ini ketika mana kita pergi ke Rumah Allah, kita berada di majlis-majlis ilmu bukannya ketika kita sedang asyik bermain "social network" sehingga tiada masa untuk menjejakkan kaki ke Rumah Allah سبحانه وتعالى untuk duduk seketika mengambil faedah dimana tempat turunnya rahmat Allah سبحانه وتعالى.

#MutiaraKata[SYEIKH AWN BIN MU'EEN AL-QODDOUMI HAFIDZOHULLAH]

Saturday, August 5, 2017

Sayyid Abdullah at Talidi al Hasani ulama Maghribi kembali kerahmatuulah - Al Fatihah

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه


Telah kembali ke hadrat Allah,Ulamak Hadith bernasab Ahlul Bait Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam dari Maghribi..
Sayyid Abdullah at Talidi al Hasani Rohimahullahu Ta'ala

Rehlah dakwah Tuan Guru Baba Abdul Karim ke Cameron 5-6 Jul 2017

























ampuni kami