Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, August 27, 2016

Himpunan ulama turath terbesar peringkat Kedah 2016 bakal berlangsung September 2016

Himpunan Ulama Kedah 2016

Mufti Kedah
SS Dato Paduka Syeikh Muhammad Badaruddin Hj Ahmad telah merestui perhimpunan ulama Kedah bakal diadakan Insha Allah bulan hadapan.
Majlis kali ini menghimpunkan keseluruhan ulama tua pondok Kedah dan ulama muda untuk kesatuan dan kekuatan ahlus sunnah wal jamaah.
Majlis kali ini dianjurkan oleh Maahad Tahfiz Intan Ust Idrus Ahmad bersama Majlis ummah ahli sunnah wal Jamaah ( MUAS) dan Persatuan Pelajar Pondok Tauhid.
Ajk bersama Ust Azahari Yusof Surau Perwaja dan al fakir Helmi Assyafie
# mengadap SS Mufti Kedah 22 ogos 2016 jam 12 tgh.

Alhamdulillah selesai mengadap 7 kepala ulama tua Kedah untuk memimpin majlis himpunan ulama Kedah ( HUK) bersama SS Dato Paduka Mufti Kedah.
Bakal diadakan di Maahad Tahfiz Intan Masjid Taman Intan Sungai Petani .
Seramai mungkin ulama pondok dan ulama muda akan turun bersama. Himpunkan kali ini dibawah gabungan beberapa ngo untuk melancarkan lagi perjalanan majlis. Majlis ini untuk memperkukuhkan perjuangan ahus sunnah wal jamaah dan menyokong pindaan akta RUU 355 yang akandibentang di Parlimen. Majlis bakal diadakan pada 29 dan 30 stp 2016.
29 Stp 2016 Tahlil Perdana khas untuk Almarhum TGH Salleh bin Musa Rohimahullah
30 stp 2016
Himpunan ulama Kedah.












Himpunan ulama Ahli sunnah wal Jamaah sedunia di Chechnya 2016

Himpunan ulama ahlus sunnah wal jamaah di Chechnya 2016 





Grand Syekh Al-Azhar Ahmad At-Thayyib menegaskan bahwa akidah Asy'ariyah, Mâturîdiyah dan Ahlu Hadits adalah tonggak Ahlu Sunnah wal Jamâ'ah, tasawuf sebagai tarbiyah islamiyah, Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hambali adalah madrasah mazhab fikih Ahlu Sunnah wal Jamâ'ah.

Di hadapan kita hanya ada satu tujuan, yaitu menyatukan umat dan membersihkan pikiran dan hati dari idiologi hitam ('aqîdah sauda') dan interpretasi (ta'wîl) yang ditolak oleh Islam.
-Grand Syekh Al-Azhar Ahmad At-Thayyib.
Mazhab Ahlu Sunnah wal Jamâ'ah sama sekali tidak pernah mengkafirkan ahlil qiblat dan sangat mengindari takfîr.
-Grand Syekh Azhar Ahmad At-Thayyib.





































Tuesday, August 23, 2016

SIRI 4 KITAB BAKHURATUL AL AMANI USTAZ HELMI AS SYAFIE

Kitab Bakurah al Amani
Siri 4 muka surat 4
Masjid Sultanah Bahiyah
22 Ogos 2016



Friday, August 19, 2016

Malam tautan Mahabbah bersama Habib Ridho Yahya 30 Ogos 2016 di Masjid Lama Tokai Pendang

💖TAUTAN MAHABBAH💖
BERSAMA ULAMA INDONESIA
👳🏻HABIB MUHAMMAD RIDHO AL YAHYA
🗓TARIKH: *30 OGOS 2016*
(SELASA)
🕒 JAM: *7.30 MALAM*
🕌TEMPAT: *MASJID LAMA PEKAN TOKAI, MUKIM BUKIT RAYA, PENDANG, KEDAH*
📞SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI: *AJIB 0134097292*
# JOM HADIR KULIAH DAN DENGAR TAUSIYAH
# BERQASIDAH MEMUJI RASULULLAH
# JEMPUT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SERTA KELUARGA
# *SEBARKAN SELUASNYA*

Monday, August 8, 2016

Tuan Guru Haji Salleh bin Musa dalam kenangan

"Pemergian almarhum Tuan Guru Haji Salleh bin Musa satu kehilangan besar bagi penganut ahlus sunnah wal jamaah "

 AL FATIHAH
Khusus buat Almarhum Tuan Guru Haji Salleh bin Musa




























ALMARHUM TUAN GURU HAJI SALLEH BIN MUSA
PERMATA AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH DALAM KENANGAN .






Beliau dilahirkan pada tahun 8 haribulan Februari tahun 1929 di Pekan Sik Kedah. Anak ketiga daripada 8 orang adik beradik. Ayahandanya adalah Tuan Guru Haji Musa Bin Salleh dan bundanya bernama Khatijah Binti Md Saad Mehamad.
Berkahwin dengan Hajjah Hatiah Binti Hanafi dan mendapat 2 orang cahaya mata semasa belajar di Makkah. Setelah Hajjah Hatiah Binti Hanafi beliau berkahwin pula dengan Hajjah Sofiah Binti Haji Awang, dengan. Beliau dianugerahkan dengan 11 orang cahaya mata semuanya. 

Pendidikan

Sekolah Rendah Kebangsaan Sik, Kedah
Pondok Tuan Hussin, Kedah, 
Pondok Tuan Guru Haji Mad Nawawi, Gurun, Kedah, 
Pondok Pak Chu Him Gajah Mati, Pendang, Kedah
Darul Ulum Makkah dan menamtkan sijil kepujian Aliy
Mendalami ilmu di Masjidil Harram Makkah

Antara Guru Di Makkah

Syeikh Ismail Fathoni, Syeik Yassin Al-Fadani, Syeikh Abdul Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi AL-Maliki, Syeik Syed Amin Qutubi dan Syeik-Syeik muktabar yang lain.

Berdakwah

Tuan Guru Haji Salleh pulang ke Tanahair pada tahun 1964 dan terus berkhidmat membantu ayahnya mengajar di pondok yang terletak di Pekan Sik.
Kemudian, Tuang Guru Haji Salleh menggantikan ayahnya sebagai mudir Madrasah Ar-Rahmaniah sehingga sekarang.
Kini, anaknya sendiri Syeikh Muslim menjadi Timbalan Mudir yang membantu Tuan Guru Haji Salleh meneruskan perjuangan dakwah di pondok tersebut.
Nama Tuan Guru Haji Salleh menjulang tinggi dalam arena dakwah tanahair. Ulama ini bukan sahaja mengajar di pondok dan sekitar Negeri Kedah, malah telah keluar ke merata negeri menyebarkan dakwah.

Anugerah

KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran. Antaranya BKM, SDK dan Tokoh pendakwah Negeri Kedah tahun 2009.
Almarhum YAB Dato' Seri Di Raja Ustaz Azizan Abd Razak menganugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah pada tahun 2010.
Pada tahun 2011, Tuan Guru Haji Salleh dinobatkan sebagai Tokoh Ilmuan Daerah Sik oleh Pegawai Daerah Sik
ampuni kami