Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, June 22, 2016

Kenangan Ramadhan 1437 /2016

Alhamdulillah guru mulia al fakir
Tuan Guru Baba Abd Karim bin Hasbullah
mudir Pondok Dala Fatani merangkap ketua jamiyyah ulama Fatani ziarah Masjid Lama Pekan Tokai dan semasa beliau hadir kali ini sempat membahaskan kitab Bakurah Al Amani karang al alim al alamah Pak Da Eil Fatani.
Kenangan Ramadhan karim 1437

 Alhamdulillah takdir Allah hari ini kehadiran Tuan Guru / Pak Long Suhaimi Guar Kepayang ziarah Majlis Talim Asyairah Masjid Lama Pekan Tokai.
Beliau merupakan anak murid Almarhum Tuan Guru Hj Abd Rahman Guar Kepayang.
Alhamdulillah dikesempatan tadi kami sempat menadah kitab Bakurah dengan beliau tentang sifat salbiah dan takluk qudrat.
Banyak buah buah almarhum Tuan Guru Hj Man keluar dari kalam beliau tadi.
Akan datang Insha Allah akan menadah kitab Bakurah Al Amani bab hal nafsiah yang didobik tinggal oleh Almarhum TGH Rahman Guar Kepayang rakan kepada guru mulia saya TGH Salleh Musa.
Sama kita doakan agar permata permata ulama ini dipelihara Allah sihat zahir batin dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment

ampuni kami