Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, June 11, 2016

Dato Dr Aziz Hanafi kembali kerahmatullah 1 Ramadhan 1437 / 2016 - Al Fatihah

Berita duka dari Kedah
1 Ramadhan 1437 / 2016 1.35 petang
Telah kembali kerahmatullah Prof Dato Haji Aziz Hanafi
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ...
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار
اللّهمّ اجعل قبره روضة من رياض الجنّة...ولا تجعل قبره حفرة من حفر النّيران
Jenazah akan dikebumikan lepas solat Asar di Muasassah Darul Ulum Pokok Sena Kedah.
إنا لله وإنا إليه راجعون
Semoga Allah mengampuni dan marahmatinya.
قد انتقل إلى رفيق الأعلى
اللهم اغفر له وارحمه وعافف واعف عنه



Sedikit biografi beliau.
Beliau yang dilahirkan pada 28 Julai 1948 mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kodiang, Kedah dan Sekolah Menengah Agama Alawiah, Kangar, Perlis.
Panggilan ilmu telah membawa beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau menyambungkan pelajaran ke Kolej Islam Malaysia dan memperoleh Diploma Pendidikan.
Kemudiannya menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah sekitar tahun 1972 hingga 1984. Beliau adalah kelulusan Ph.D Perundangan Islam (Ekonomi Islam (Al-Azhar), M.A Syariah & Undang-undang (Al-Azhar), B.A (Sijil Tinggi Kolej Islam Malaya)
Beliau turut terlibat dalam menyampaikan kuliah di radio, mengajar kitab di masjid-masjid dan juga menyertai seminar di peringkat negeri dan kebangsaan dalam usaha mengembangkan syiar Islam.
Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah Universiti di Brunei Darussalam dalam tempoh yang panjang sebelum pulang ke Malaysia dan diberi amanah memimpin Kolej Islam Darul Ulum Pokok Sena Kedah sehingga 2008.
Dr. Abdul Aziz Hanafi yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah (bermula 2009) pernah menerima anugerah Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (SDK) sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang ke-83 pada 20 Januari 2010.
Beliau juga pernah dinobatkan sebagai Tokoh Pendakwah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah 2011 yang disampaikan oleh KDYMM Sultan Kedah.
Berperwatakan sangat sederhana, zuhud dan wara', tokoh ulama ini sangat mudah didekati oleh masyarakat. Beliau dihormati oleh semua pihak di kalangan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

ampuni kami