Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, March 28, 2015

Dakwah Mufti Baihan Yaman ke Kedah - 3 april 2015 di Masjid Tokai Pendang Kedah

Majlis daurah bersama Mufti Baihan Yaman. 
SYEIKH ABD QADIR MUFTI BAIHAN
di Masjid Lama Pekan Tokai Pendang Kedah.
Jumaat 3 april 2015
- Pagi petang dan malam lepas maghrib .

Jangan lepas peluang menadah kitab dengan mufti Baihan yang merupakan anak murid kepada Habib Muhamad al Haddar.
Sebarkan . Mai bagi ramai ambik menafaat ilmu dan barakah ulama
.

Wednesday, March 25, 2015

Habib Umar bin Zein Sumith Madinah - dakwah di Kedah 25 mac - 29 mac 2015

Jadual keseluruhan HABIB UMAR BIN ZEIN di Kedah 
25 - 29 mac 2015

DAURAH KITAB
JUMAAT 27 MAC 2015
PGI , PETANG , DAN MALAM PENGAJIAN KITAB BERSAMA HABIB UMAR BIN ZEIN MADINAH DI MASJID LAMA PEKAN TOKAI PENDANG
SEBARKAN , JEMPUT HADIR












 KENANGAN MAJLIS
SURAU PERWAJA GURUN



Thursday, March 19, 2015

Maulid bulanan bersama Habib Mahdi 20 mac 2015 di Masjid Lama Pekan Tokai Pendang

Maulid bulanan bersama Habib Mahdi 20 mac 2015 di Masjid Lama Pekan Tokai Pendang 
21 mac 2015 Sabtu daurah bersama habib Mahdi di masjid lama Pekan Tokai Pendang 
sebarkan .
anjuran 
Majlis Taalim Zikra Lil Mukminin dan 
Majlis Taalim Asyairah 
masjid lama pekan Tokai Pendang 


Kenangan majlis maulid 
di Majlis Taalim Zikra Lil Mukminn dan 
Majlis Taalim Asyairah 
Masjid lama pekan Tokai Pendang Kedah 




















Hudud lebih penting daripada pakatan - Dato Haron Din


KUALA LUMPUR 19 Mac – Pas meletakkan perjuangan menegakkan hukuman hudud sebagai ketetapan yang jauh lebih penting daripada kerjasama pakatan pembangkang.
Pendirian itu dinyatakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang menegaskan bahawa Pas tidak akan berganjak daripada prinsip asal perjuangannya.
Menurut beliau, agenda hukum hudud sudah sebati dengan Pas dan parti itu akan tetap meneruskannya walaupun mendapat tentangan daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang.
“Seluruh ahli Pas terutamanya para pemimpin menyedari bahawa pada satu ketika akan berlaku pertembungan di antara Pas yang hendak menegakkan prinsipnya dengan rakan-rakan kongsinya yang mungkin beralah lalu menyokong atau berkeras menentang.
“Kalau Pas teragak-agak atau le­bih mementingkan sekutunya yang menentang atau terlampau sayang dengan pakatan sehingga sanggup mengorbankan prinsipnya, maka Pas tidak akan membentangkan rang pindaan hukum hudud yang sedang berlaku di Kelantan.
“Pas telah menyatakan kesungguhannya, Pas tidak bercakap sahaja, Pas melaksanakannya, Pas lebih mengutamakan hukum Allah lebih daripada hukum manusia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 atau hukum hudud diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan walaupun Pas mendapat tentangan daripada sekutunya, DAP.
Hubungan antara Pas dengan DAP kini semakin tegang selepas Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mendakwa Pas menikam DAP dari belakang apabila tidak menghiraukan amaran untuk tidak membentangkan pindaan enakmen itu dalam sidang DUN Kelantan.
Menurut Haron, Pas tidak pernah membelakangkan DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana perjuangan Pas menegakkan hukum hudud telah diterangkan berulang kali sehingga seluruh dunia mengetahui mengenainya.
“Kalau perbuatan (memben­tang­­kan enakmen) itu dikatakan tikam belakang, kenapa tidak kata tikam hadapan sahaja, kita sudah beritahu dan terangkan berulang-ulang kali sampai masyarakat pun muak, Pas bukan sahaja beritahu DAP tetapi telah beritahu seluruh Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.
Ketika ditanya sama ada keputusan Pas melaksanakan hukuman hudud akan menjejaskan undi daripada bukan Islam, Haron berkata, Pas lebih bimbangkan kemurkaan Allah daripada bimbang tidak mendapat sokongan manusia.
“Dengan lain perkataan, Pas lebih mengharapkan bantuan Allah daripada bantuan manusia,” ka­tanya.

DUN Kelantan lulus enakmen hudud tanpa bantahan

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob bersalaman dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Adun Air Lanas selepas Dewan Undangan Negeri sebulat suara meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2005), pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Mac, 2015.Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob bersalaman dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Adun Air Lanas selepas Dewan Undangan Negeri sebulat suara meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2005), pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Mac, 2015.

















Kerajaan negeri Kelantan berjaya melakukan pindaan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) hari ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu sebulat suara menyokong usul pindaan berkenaan.

Usul pindaan enakmen berkenaan yang dibacakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob semalam mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan melalui undian suara yang tiada menyatakan bantahan terhadap enakmen berkenaan.
Ahmad semasa menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata, pelaksanaan hukum syariah di Kelantan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memberi kefahaman rakyat mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.  
“Kita masih di peruntukan lama RM1 juta untuk prasarana dan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II pindaan 2015. InsyaAllah tidak cukup kita tambah,” katanya ketika menggulung perbahasan enakmen itu di DUN Kelantan hari ini.
Enakmen yang mencetuskan kontroversi itu hari ini diluluskan sebulat suara selepas kesemua 44 orang Adun menyokong pindaan itu selepas ia dibahaskan 4 ahli Dewan.
Enakmen yang diluluskan hari ini akan dibawa ke Parlimen secara rang undang-undang persendirian oleh ahli Parlimen PAS mengusulkan pindaan kepada Akta 355.
Adun tunggal PKR di DUN Kelantan Ruslan Puteh hari ini turut sama dilihat menyokong pindaan enakmen berkenaan selepas tidak membantah ketika diberi peluang oleh speaker.
Tindakan Adun Guchil itu dilihat membelakangi arahan PKR yang memintanya tidak hadir ke DUN dan tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan pengundian enakmen berkenaan.
The Malaysian Insider hari ini melaporkan PAS Kelantan percaya mereka mempunyai cukup sokongan di Parlimen dan hanya memerlukan majoriti mudah untuk melaksanakan hudud di negeri berkenaan dengan meminda akta berhubung mahkamah syariah dan bukannya Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Rancangan meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dengan membentangkan undang-undang persendirian hanya memerlukan sokongan 112 undi daripada 222 ahli Parlimen, mengetepikan cakap-cakap sebelum ini PAS tidak mempunyai cukup sokongan untuk melaksanakan hudud kerana perlu meminda Perlembagaan.
Meminda Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 juga tidak seharusnya mendatangkan masalah selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) diluluskan hari ini, kata Amar. – 19 Mac, 2014.

LIVE Sidang DUN Kelantan | 18 Mac 2015 Hari ke-3




KOTA BHARU 18 Mac - rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 dijangka tidak menghadapi masalah untuk diluluskan sebulat suara dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok.
Proses pembentangan rang undang-undang tersebut berjalan dengan lancar pada hari ini biarpun hasrat Kerajaan Pas Kelantan mendapat tentangan hebat daripada sekutunya, DAP.
Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob kira-kira pukul 11 pagi dan disokong Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.
Malah pihak pembangkang yang diwakili 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) telah menyatakan komitmen untuk memberikan sokongan penuh kepada pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.
DUN Kelantan mempunyai 45 ahli termasuk 32 daripada Pas manakala satu kerusi iaitu Chempaka kosong akibat kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Seramai tiga ADUN dua dari Pas iaitu Hassan Mohamud (Pas-Tawang), Dr. Md. Yusnan Yusof (Pas-Melor) serta Datuk Md. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) mengambil bahagian dalam perbahasan sebelum sidang DUN ditangguhkan pada pukul 1 petang dan bersambung pukul 9 pagi esok.
Ini merupakan kali kedua rang undang-undang kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan takzir dibentang dalam DUN Kelantan selepas kali pertama diluluskan pada 25 November 1993.
Pada ketika itu, sebanyak 34 daripada 36 ADUN termasuk dua daripada BN menyokong rang undang-undang tersebut manakala dua ADUN Pas iaitu Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pas- Semut Api) dan Allahyarham Zakaria Ismail (Pas- Meranti) tidak hadir.
Datuk Norzula Mat Diah (BN-Paloh) menjadi-jadi satu-satunya wakil rakyat yang berada dalam dewan tersebut untuk meluluskan rang undang-undang kesalahan syariah hudud, qisas dan takzir bagi kali kedua.
Rang undang-undang yang akan dinamakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 selepas diluluskan kelak adalah pindaan dan penambahbaikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.
Sebanyak 71 fasal, enam bahagian serta empat jadual yang merangkumi peruntukan bagi kesalahan jenayah syariah tersebut serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya terkandung dalam rang undang-undang berkenaan.
Pada pembentangan kali ini sebanyak 10 pindaan dibuat termasuk tiga perkara yang mencetuskan kontroversi terutama membabitkan pemakaian undang-undang tersebut terhadap bukan Islam.
Dengan pindaan itu, pemakaian undang-undang syariah tersebut khusus untuk orang Islam dan orang bukan Islam tidak diberi pilihan untuk memakainya.
Selain itu, pindaan juga dibuat pada fasal 15 enakmen tersebut tentang takrif liwat dengan membuang perkataan ‘selain daripada iste­rinya’ dan memasukkan fasal 15 (2) iaitu seseorang suami yang melakukan liwat ke atas isterinya hendaklah dihukum dengan takzir.
Pada masa yang sama, keterangan 'qarinah' pada fasal 46 (2) iaitu kehamilan atau kelahiran anak tanpa suami dijadikan keterangan yang boleh menyebabkan kesalahan zina digugurkan pada undang-undang tersebut.
Tujuh lagi pindaan hanya membabitkan perkara-perkara teknikal dan perubahan semasa seperti perkataan Mahkamah Agung ditukar kepada Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan.

KOTA BHARU 18 Mac – Pas tetap dengan pendirian untuk meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun mendapat tentangan, ancaman serta halangan daripada sekutunya, DAP.
Nik Mohd. Amar Nik Abdullah
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan, pihaknya tidak akan menghiraukan desakan DAP malah telah pun membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Tegasnya, DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya tidak bersetuju itu adalah hak mereka namun jangan sesekali menghalang usaha Pas untuk melaksanakan undang-undang Islam ini.
“Pas tidak akan tunduk dengan dia (DAP) malah kita telah pun bentang (Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Takzir) ini tanpa sebarang halangan.
“DAP, PKR tidak setuju itu cerita lain kerana perkara itu melibatkan soal politik tetapi biar proses demokrasi berjalan dengan lancar, biar bawa ke Parlimen, kalau hendak bahas tidak menjadi masalah,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan rang undang-undang tersebut dalam Sidang DUN Kelantan di sini hari ini.

Sultan Kelantan sokong pelaksanaan hudud di Kelantan



KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Perkara tersebut dinyatakan baginda ketika bertitah dalam ucapan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri (DUN) Kelantan  ke-13.

"Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan berhasrat untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian ahli Parlimen bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76A1 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

"Semoga beroleh kejayaan dengan sokongan semua pihak. Insya-Allah," titah baginda.

Kerajaan negeri Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan DUN, Rabu ini.

Persidangan DUN Kelantan bermula hari ini hingga Khamis selepas ditangguhkan pada 29 Disember tahun lepas berikutan banjir besar yang melanda negeri ini.

Tuesday, March 10, 2015

Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa , murabbi ku yang dikasihi dunia akhirat - Helmi Assyafie


Sebahagian kenangan bersama murabbi yang dikasihi didunia dan akhirat .
Tuan Guru Haji Salleh bin Musa adalah guru yang mendidik saya untuk kenal ALLAH , kenal perjuangan Islam serta mengajar erti kehidupan . Terima kasih atas jasa mu wahai murabbi ku , ku kenang jasa mu dunia akhirat , moga murabbi ku diberi kesihatan oleh Allah dalam meneruskan perjuangan dakwah mempertahankan aqidah ahli sunnah wal jamaah di bumi Kedah khasnya .
Moga Allah memberi kekuatan untuk TGH Salleh Istiqamah hingga mendapat kemuncak keredhaan Allah , moga Allah memberi kebaikan untuk murabbi ku di dunia akhirat .....
Teri kasih juga pada guru guru ku yang lain yang mendidik ku kerah jalan menuju keredhaan ALLAH , tidak lupa pada Baba Hussin Pondok Dala Fathani , Baba Abdul Karim Pondok Dala Fathoni , serta tuan tuan guru yang lain termasuk para habaib yang mendidik al fakir .
( Helmi Assyafie - Majlis Taalim Asyairah )
















































ampuni kami