Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, June 25, 2014

KIYAI AHMAD JAMHURI - program di Kedah 27 .6.2014 - TAALIM ASYAIRAH Ayer Hitam


 Dengan segala hormatnya saya HELMI ASSYAFIE - TAALIM ASYAIRAH Ayer Hitam
 menjemput seluruh tuan guru alim ulama, ustaz ustazah , Dato Datin , Muhibbin ke majlis
 AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN
 bersama TOKOH ULAMA MAKKAH
 orang lama mengajar di Makkah KIYAI AHMAD JAMHURI AL BANJARI AL MAKKI
 pengarang qasidah jalaliyah

27 .6.2014- JUMAAT
DI TAALIM ASYAIRAH , KM 19 Kampun Tempayan Pecah , Jalan Alor Setar Perlis
Ayer Hitam ( 600 M sebelum pekan Ayer Hitam , tepi jalan utama )

SEBARKAN
DATANG RAMAI -RAMAI TUMPANG BARAKAH ULAMA
HAYATI KEGEMBIRAAN MENYAMBUT RAMADHAN MUBARAK !!!

Bersama kumpulan QASIDAH ANWAEUL MUSTHOFA - IPDA JITRA


Sumbangan Ramadhan untuk Taalim Asyairah


ALHAMDULILLAH
Rezeki ALLAH SWT kepada Taalim Asyairah
Taalim Asyaiirah mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang
sumbangan kali ini untuk pembesar suara
kami perlukan dana untuk:
- Beli kipas angin untuk ruang solat dan ruang kuliah
- Memasang permaidani solat di ruang solat dan kuliah
- Membina kolah / tempat whuduk
- Membantu pelajar miskin ( anak angkat taalim asyairah )
- Memerlukan RM 1500 sebulan untuk bayar bangunan Taalim Asyairah

Sumbangan boleh diberi terus dengan cara datang ke Taalim Asyaiirah 
Ayer Hitam  
Hubungi :
013 4044259 
0196782172
0135043391


Akaun rasmi MAYBANK : Taalim Asyaiirah : 552095214534

Taalim Asyairah akan menjalankan program Ihya Ramadhan 
bermula 1 - 27 Ramadhan 1435 ( 2014) 

Kelas pengajian 
8 - 10 pagi ( Tauhid )
10.30 - 12 tengahari ( Tasauf ) 
3.30 - 4.30 petang ( sirah )
5.30- 6.30 petang ( Tauhid ) 

Buka puasa berjemaah 
dan sahur berjemaah 

Terbuka kepada muslimin muslimat - daftar segera !

Allahyarham Tuan Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah - AL FATIHAH






Thursday, June 19, 2014

الحبيب كاظم السقاف Al-Habib Kazim Al-Saqqaf - Kenangan dakwah di Kedah dan Perlis 16- 17 Jun 2014






KENANGAN DAKWAH HABIB KAZIM 
AL SAQQAF 
DI KEDAH PERLIS 
16 - 17 JUN 2014H

الحبيب كاظم السقاف

 ZIARAH DAKWAH HABIB KAZIM ASSAGAF DI KEDAH DAN PERLIS
16 - 17 JUN 2014 DALAM KENANGAN

Dakwah di MATIN PERLIS
17.6.2014












PROGRAM DI DARUL HADIS KEDAH 


SANTAI BERSAMA HABIB KAZIM





Sunday, June 15, 2014

4 ulama besar turun Kedah sebelum Ramadhan. Sebarkan !



16.6.2014
Lantunan Mahabbah Rasulillah
Bersama Habib Kadzim Yaman 
Di Kompleks Darul Hadis Tok Keling (7.30 mlm )

16-17 .6.2014
Daurah bersama Habib Kadzim
Di Ukir Mall
2.30 - 5 ptg

17.6.2014
Di MATIN Ustaz Yus Perlis

18- 19.6.2014
Baba Hj Ismail Fathoni di Masjid Wustha Guar

20.6.2014
Lantunan Mahabbah Rasulillah
Bersma Syeikh Nuruddin Al Banjari di Jitra

27.6.2014
Tausiah ulama diambang Ramadhan
KIYAI HJ AHMAD JAMHURI ulama tua lama mengajar di Makkah pengarang qasidah jalaliyyah
Di Taalim Asyairah Ayer Hitam






Tuesday, June 10, 2014

Tak mahu sekolah pondok pupus- Sinar Harian ( TAALIM ASYAI'RAH )

  • Faidizul (kanan) bersama isterinya, Faizah dan dua anak yang memberi semangat kepadanya untuk menubuhkan sekolah pondok.Faidizul (kanan) bersama isterinya, Faizah dan dua anak yang memberi semangat kepadanya untuk menubuhkan sekolah pondok.
 1 / 1 
AYER HITAM - Usianya muda, namun impiannya murni untuk membuka sebuah pusat pengajian bersistem pondok untuk berdakwah.

Muhammad Faidizul Helmi Raidzain, 27, terus bertekad menubuhkan Pusat Pengajian Ta’alim Asyairah (Asyairah) di Kilometer 19, Kampung Tempayan Pecah, di sini.

Dia mahu mengembangkan dakwah Islamiah berbekalkan ilmu pengetahuan diperoleh dari tokoh ulama terkenal di Sik, dekat sini dan Pattani, Selatan Thailand.

Muhammad Faidizul berkata, dia bertuah apabila diberi kepercayaan oleh pemilik tanah yang mewakafkan tanah untuk pembinaan bangunan pusat pengajian itu.

“Kini, sudah lebih tiga bulan pusat pengajian bersistem pondok beroperasi, yang mana pelajar diajarkan ilmu fardu ain, al-Quran, tauhid, kuliah agama, nahu dan fikah.

“Malah, pusat pengajian ini menawarkan aktiviti kemasyarakatan dan kursus, antaranya seperti sembelihan, haji dan umrah, kursus perkahwinan serta pengurusan jenazah,” katanya.
Penyambung legasi pondok

Katanya, dia berhasrat mewarisi kesinambungan generasi pondok agar tidak pupus ditelan dek arus pembangunan semasa.

“Saya terdetik memikirkan, sekiranya anak muda seperti saya ini tidak mengambil inisiatif sebegini. Ada kemungkinannya sistem pondok pupus,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, keadaan terbabit disebabkan kebanyakan golongan guru agama sudah lanjut usianya, yang pastinya kemampuan dan kudrat mereka terbatas.

Untuk mengelakkan perkara sedemikian, katanya, dia bersama rakan-rakan mengerakkan tenaga muda mewujudkan pusat pengajian pondok itu.

Malah, katanya, penubuhan pondok berkenaan diharapkan mampu mengukuhkan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah, dalam negeri ini.

Tabah tempuhi cabaran

Meskipun katanya, dia berdepan kekangan terutamanya dari segi kewangan, namun dirinya tabah atas dorongan isteri, NurFaizah Hussain Shokri, 25, dan dua anaknya berusia dua tahun dan lapan bulan.

Dalam usaha menyabung legasi institusi pondok berkenaan, katanya, dia cuba mengusahakan pusat pengajian tanpa bantuan modal dari sesiapapun.

Katanya, dia cuba mengatasi beberapa kekurangan prasarana seperti bilik pengajian, bilik wuduk, dewan makan dan kitab al-Quran demi keselesaan dan kemudahan pelajar pusat pengajian berkenaan.

Justeru, katanya, mereka mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari mana-mana pihak untuk pembangunan pusat pengajian berkenaan.

Bagi sesiapa berhasrat menyalurkan sumbangan boleh melakukannya melalui akaun Maybank atas nama Taalim Asyairah (552095214534) ataupun menghubungi dirinya di talian (013-4044259).

- sumber : http://www.sinarharian.com.my/tak-mahu-sekolah-pondok-pupus-1.288332
(Sumber Sinar Harian ) 

KENANGAN 
Himpunan Ulama Pondok Nusantara 
di Taalim Asyai'rah pada 28 Rejab 1435
bersamaan 28 mei 2014




Pelajar Ta'alim Asyairah bersama Syeikh Husni Ginting Al Azhari
Daurah Hadis Arbaun Al Azhari  bersama pelajar Taalim Asyai'rah 1- 9 jun 2014

Himpunan Ulamak Pondok Nusantara di Taalim Asyai'rah Kedah ( dalam kenangan )

Himpunan Ulama Nusantara di Taalim Asyairah Ayer Hitam Kedah

 ALHAMDULILLAH , TAKDIR ALLAH himpunan ulama Nusantara
 sempena Himpunan Ulama Thurath ke 4 diadakan di pusat pengajian pondok Taalim Asyairah Ayer Hitam  Kedah .
 Himopunan kali ini mengumpulkan ulama pondok Ahli Sunnah dari Kedah , Thailand dan Indonesia

ALHAMDULILLAH
ALLAH telah jayakan majlis pada kali ini 28 Rejab 1435 h bersamaan 28 mei 2014
INSYA ALLAH taalim Asyairah dan sahabat Persatuan Pondok Tauhid Kedah akan anjurkan lagi program untuk martabatkan ilmu dan ulama ahli sunnah wal jamaah

http://attaalimasyairah.blogspot.com/2014/06/himpunan-ulama-nusantara-di-taalim.html




































ampuni kami