Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, October 18, 2014

Habib Mahdi Al Hamid kuliah bulanan di Kedah ( Oktober )

 Habib Omar Al Hafidz 
Jiwa ini amat merindui mu.
Semalam al fakir diberi kesempatan oleh Allah untuk belajar kitab Imam Abdullah al Haddad bersma Al Habib Mahdi.
Subahanallah sangat luar biasa kalam imam Abdullah al haddad , huraian amat dalam seperti guru guru lain cerita jika ahli tasauf sungguh sungguh maka dia akan mengajar dan apa yang diajar akan masuk kedalam hati secara terus menerus. Teringat kata kata Allahyarham Pak Su Mid Gunung Bachok Kelantan jika seseorang murabbi mengajar anak murid maka apa yang diajar akan masuk ke dalam hati kita, sebab apa yang dia kata dia telah merasai kemanisa apa yang dia perkatakan.
Jika bukan ahli tasauf mengajar tasauf , hati kita tak rasa sentuhan apa apa.
Subahanallah memang benar perkataan aulia.
Dalam majlis semalam saya mendengar kalam al Habib Mahdi anak murid Habib Omar , Habib Mahdi belajar dengan habib Omar selama 17 tahun. Maka terlintas dalam hati saya ini baru belajar dengan murid habib omar, alangkah indah dan rasa lebih lazat ( zauq) jika belajar dengan guru mulia sendiri iaitu Al Habib Omar Al Hafidz.
Pagi ini saya diberi kesempatan untuk berbual dengan Ust Abu Zahrah Abdullah Thohir melalui fb , beliau merupakan salah seorang tentera gerak kerja dakwah ahlu baith , saya minta beliau doakan saya agar dapat juga belajar dengan guru mulia al habib Omar.
Ikhwan tolong doakan saya dan anda agar kita sama sama dapat belajar untuk hidupkan hati kita dengan Allah bersama guru yang sentiasa hidup hati mereka dengan Allah.
Pesan al fakir kepada anak muda
" wahai ikhwan jangan kalin menolak jalan para habaib , jangan kalin taksub . Rendahkan diri untuk handir majlis para habaib , Insyallah pasti kalian akan dapat sentuhan hati yang luar biasa. Jangan sekali kali ikut fithnah dan mefithnah jalan dakwah para habaib kelak kita akan rugi sebab jalan habib omar adalah jalan ulama tasauf jalan imam ghazali jalan imam Abdullah Al haddad. Jika kalian tak kenal kalin tak cinta"
Insyallah bulan November Al Habib Omar akan turun Malaysia Kl dan Terengganu !
Ya Allah permudahkan urusan dakwah ini
.
















2 comments:

  1. Syukran ya sheikh, subhanallah ana mohon menumpang barakah

    ReplyDelete
  2. wajah wajah ulama itu membahagiakan kita, syukran ya akhi

    ReplyDelete

ampuni kami