Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, February 4, 2014

Majlis MAHABBAHTUL RASUL , KEDAH BERSELAWAT bersama Habib Syech - 8 feb 2014

KOMEN ISU MAJLIS MAHABBAHTUL RASUL , KEDAH BERSELAWAT 
ANJURAN KERAJAAN KEDAH 
NAK PERGI ATAU TIDAK ?
Komen dari al fakir Helmi Assyafie isu majlis MAHABAHTUL RASUL KEDAH BERSELAWAT BERSAMA HABIB SYECH ASSAGGAF , maf terpaksa melayan isu ini sebab nampak banyak pandangan yang tegang dalam komen komen yang dilontarkan semasa saya post iklan majlis ini .
Saya teringat perkataan murabbi Ustaz Zulkifli Pondok Baitul Qurra Melaka merangkap Ketua Ulama PAS Melaka sewaktu saya ziarah beliau 8 Syawal baru baru ini beliau berkata
" Apa yang kerajaan nak buat islam kita perlu sokong , jangan kita tak sokong pula kalau kita tak sokong pada makna kita berjuang kerana nafsu bukan berjuang Islam dah macam tu ,tetapi ingat BN tak akan boleh buat Islam dengan sempurna dan tidak boleh buat terlebih baik sebab dasar mereka tidak betu "
Pandangan peribadi al fakir Dasr BN kita tak terima sampai qiamat selagi mana BN tak tukar dasar kepada Al Quran dan sunnah . Tetapi dalam masa yang sama jika kerajaan dibawah bn anjur program agama yang tak bertentangan dengan syara kita perlu sokong maka inilah akhlak yang mesti kita tonjolkan sebagai perjuang Islam /PAS, JIKA BN buat konsert YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM , HARAM KITA SOKONG dan haram kita redha dan wajib kita tentang . orang Kedah memang kuat politik kerpatian dan semangat PAS menebal tu perkara sangat baik . Tetapi semangat ini mesti mengikut acuan hukum hakam agama , dakwah cara hikmah sebab kita nak dakwah semua orang termasuk BN , kita nak undi orang BN sokong PAS baru PAS kuat , bagaimana munggkin kita hendak dakwah mereka jika kita asyik keras dengan mereka , lagi pula program ini merupakan program selawat dan bersama Habib Syech , dia orang Indon tak ada kaitan dengan kerpatian , jika PAS anjur majlis Mahabbah kita kena sokong , jika BN anjur majlis Mahabbah Rasulillah kita sokong . Cuman dasar BN yang bercanggah dengan ISLAM kita akan lawan tetap lawan .
Bagi saya , saya nampak banyak penganjur majlis ni (kerajaan kedah ) buat tak kena , yang paling ketara sekali gambar MB besar dari Habib Syech , Di baru ni pun buat tapi penganjur bijak dia tak naik naikan MB Johor hanya Mufti ditonjolkan , di Kedah memang banyak yang tak kena sebab tujuan utama mereka nak naikan Mukriz , hal ini kerana penganjur dalam kerajaan BN mereka bukan ahli untuk urus majlis mahabbah , tatapi yang hadir dalah habib Syech kita pakat pi juga sebab nak tumpang aura selawat dia moga hati kita merasai selawat pada malam 8.2.14 ini .
Jadi marilah kita berlapang dada , yang nak pi majlis ni bagus dan yang tak nak pi jangan sekat orang nak buat baik , diam sudah jika tak mahu pi takot kita masuk dalam golongan orang yang menyekat orang yang nak buat kebaikan sebab mereka nak pi majlis selawat
JOM TURUN RAMAI-RAMAI MOGA KERAJAAN KEDAH BUAT BANYAK MAJLIS SELAWAT DAN TAK BUAT KONSERT HARAM DAH LEPAS NI ,SEBAB KITA NAK BAGI BN FAHAM KITA BENCI MUNGKAR , KITA NAK ISLAM DAN KEBAIKAN SERTA MAHABBAH RASULILLAH
Orang tanya saya pula kenapa pulun ( berlumba-lumba dan bersemangat ) dengan majlis Mahabbah ?
Mudah ja jawapan saya , jika nak rasa manisnya teh silahlah minum sendiri
begitu juga jika nak rasa manisnya selawat mahabbah dan cinta dengan Rasulullah cubalah hadir majlis selawat , jika hadir pun rasa hati kers tak ada rasa apa apa jangan putus asa cuba hadirkan diri lagi INSYA ALLAH , DEMI ALLAH , kita akan rasa kemanisannya !!!!!maf ini hanya pandangan peribdi saya , jika setuju ambilah sebagai faedah jika tak setuju terpulang lah sebab khilaf ummat rasul itu rahmat - IKHLAS DARI Helmi Assyafie


1 comment:

  1. Alhmadulillah..terima kasih atas pencerahan Ustaz.
    Semoga dgn ada usaha begini kebathilan akan keluar satu demi satu.
    marilah berlapang dada, moga ditautkan ukhwah fillah, sama2 mengharapkan bumi Kedah ini dgn Rahmat Allah..
    Moga Allah berkati majlis2 mulia begini..Aminn

    ReplyDelete

ampuni kami