Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, July 31, 2013

Tuan Guru Haji Abdul Hamid Pondok Seligi , pemergian mu penuh HUSNUL KHATIMAH

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyanyang

PERKONGSIAN cerita pemergian tokoh ulama Ahli Sunnah Tuan Guru Hj Abdul Hamid Pondok Seligi yang penuh mengembirakan , pemergian yang dicita -citakan oleh seluruh orang beriman iaitu Husnul Khatimah ... SUBAHANALLAH .
Moga Allah satukan roh beliau dengan roh Anbia , Solihin , Syuhada dan bersama roh orang beriman . Moga roh kita bersama dihimpunkan bersama roh mereka amin Ya Rabb.

4.7.2013
Sejarah kembalinya seorang aulia iaitu Tuan Guru / Baba Haji Hamid Pondok Seligi  ke Rahmatullah , pada 4.7.2013 hari Khamis malam Jummat ,Jumaat terakhir Syaban .
Saya ( Helmi Assyafie) mendapat sms berkaitan nazak Baba Mid ( Tuan Guru Hj Abdul Hamid Seligi ) dari siang hari Khamis 4.7.2013 itu , saya sangka tiada apa-apa berlaku dan hanya berdoa agar Allah panjangkan usia baba Mid , saya pun rasa biasa sahaja la sebab baba dah lama sakit (strok) .
Takdir Allah , Allah lebih menyanyangi Tuan Guru Hj Hamid Seligi , maka saya mendapat berita pemergian
Baba Mid Seligi dari setiausaha pondok Seligi iaitu Usta Shah . Setelah mendapat sms selepas solat maghrib hari Khamis malam Jumaat maka saya terus tersa sebak hati , sedih teramat sangat dengan pemergian tokoh ulama ahli sunnah wal jamaah yang sangat kuat berjuang demi Islam dan ahli sunnah .
Saya terus hebahkan berita pemergian baba ke Rahmatullah melaluai blog , facebook dan sms kepada sahabat-sahabat .
Saya terus ke Majlis Lantunan Mahabbah semperna menjelang Ramadhan anjuran PAKSI dan Darul Hadis , setelah saya hebahkan berita ini dalam internet saya ke majlis Lantunan Mahabbh bersama keluarga mertua .Alhamdulillah saya menulis surat kepada penganjur agar para hadirin yang hadir hadiahkan Al Fatihah kepada roh Baba  Mid . Alhamdulillah pihak penganjur menunaikan hasrat itu , ribuan orang sedekah Fatihah kepada baba Mid pada malam itu di Stadium Suka Menanti .

PEMERGIAN YANG INDAH.
Menurut cerita setiuasaha Pondok Seligi , Ustaz Shah semasa saya dan sahabat pondok ziarah pusara Allahyarham Tuan Guru / Baba Hj Abdul Hamid , Baba mula tenat pada waktu asar hari khamis . Ahli keluarga dan murid terdekat berkumpul dan bersama baba . Apabila diajar talkin  " LA ILAH HA ILALLAH " maka baba akan sebut lengkap " LA ILAH HAILALLAH MUHAMADUR RASULULLAH " siap dengan huraikan maksud , ini pemberian ALLAH kepada baba , walaupun lama telantar di atas katil disebabkan strok tetapi Allah jaga akal baba dan Allah beri kekuatan fikiran kepada baba hingga masa sakit dan nazak baba masih mampu mengajar orang lain .
Ini semua pemberian ALLAH berkat Istiqamah baba dengan ilmu dan perjuangan .

Pada petang itu juga isteri Tuan Guru Haji Hamid Seligi lebih dikenali dengan panggilan Mama dari kalangan pelajar pondok menceritakan ,BABA kata kepada Mama " Mek nampak tak RASULULLAH mari jumpa (ziarah) ba (Baba Abdul Hamid ) ni" dua tiga kali baba ulang perkataan itu . Mama ingin menjaga perasaan baba masa nazak itu kat " eemmmm ya la " sebab yang nampak baba bukan mama - kata isteri Guru
SUBAHANALLAH ......RASULULLAH hadir dipenghujung hayat pemergian Tuan Guru Haji Abdul Hamid Seligi .Semasa itu Baba minta supaya mama angkat badan baba sebab tak sampai tanggan nak bersalaman dengan Rasulullah ....ALLAH , baba sahaja yang nampak orang lain tak nampak kata mama dan mama yakin baba cakap tidak pernah dusta pada mama memeng sahih itu Rasulullah seperti dakwaan baba semasa nazak .
Gambar BABA serta MAMA (isteri Baba Mid )

Semasa masuk waktu Maghrib , azan dikumandang maka murid rapat dan sebahagian ahli keluarga ke surau di hadapan rumah baba untuk solat Maghrib berjemaah , baba tengah nazak teruk ,semasa itu disisi baba ada mama (isteri baba ) dan anak baba , semasa jemaah sedang solat maghrib maka malaika datang jemput roh baba dengan keadaan baba sangat tenang dan sempurna mengucap kalimah mulia LA ILAH HAILALLAH ......maka nafas baba keluar dengan tenang . Masyallah......pergilah seorang aulia menemui tuhan yang mengasihinya . AL FATIHAH

 Serba Ringkas mengenai Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Hamid Pondok Seligi
dari maklumat yang saya(Helmi Assyafie) kenali Baba dari jauh .
Tuan Guru / Baba Mid berasal dari Fathoni Darussalam
dan merupakan perjuang Fathoni , Baba tidak boleh balik Fathoni disebabkan baba diburu dan dikehendaki oleh kerajaan Thailand .
Baba berjuang bersama perjuang kemerdekaan Fattani lebih kurang hampir tiga tahun dalam hutan menentang Siam . Baba merupakan murid kepada Syeikh Hj Sulong Fathoni yang mati syahid dibunuh siam dan dihumbankan jasad beliau ke dalam laut .
Semasa berjuang dalam hutan Baba pernah ditembak siam tetapi ALLAH memelihara baba peluru yang kena serban baba jatuh titepi badan baba , peluru tidak masuk dalam kepala Baba , SUBAHANALLAH
Semasa di Malaysia baba membuka pondok dan berjuang dalam medan dakwah seumur hayat beliau .
Baba kuat memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah terutamanya didalam bidang Tauhid .
Baba dihujung hayat berpesan kepada murid-murid yang ziarah beliau " Belajar tauhid sungguh-sungguh , belajarlah tauhid dengan Tuan Guru Hj Salleh Sik Kedah"
Baba Hj Abdul Hamid juga kuat memperjuangkan PAS di Kelantan bagi memstikan pemerintahan negeri dan negara diterajuai oleh perjuangan Islam . Manhaj Pondok Seligi Kelantan sealiran dengan Pondok Sik Kedah .

Beberapa wasiat baba Mid Seligi
1. Masa baba meninggal kebumikan baba di dalam kawasan pondok berhadapan pintu gerbang pondok
2. Tuan Guru Nik Aziz sebagai imam solat jenazah beliau
    Sewaktu saya ziarah baba kali terakhir pada bulan November 2012( saya bersama 3 buah bas dari Kedah ziarah  baba) http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/11/kembara-ilmu-mendekati-ulama-tahun-ke-3.html, saya bertanya soalan kepada baba " apa pendapat baba tentang Tuan Guru Nik Aziz , ada       segelintir ulama pondok yang tentang beliau " , maka baba jawab " jangan kira sangat lah sedikit sebanyak tu (masalah selisih pandapat) payah (susah ) nak cari serupa (seperti ) nik Aziz tu , pemimpin soleh , baik , adil lagi , wali lagi " kata beliau .


GAMBAR KENANGAN TUAN GURU / BABA HAJI ABDUL HAMID PONDOK SELIGI r.a.
 Tuan Guru Nik Aziz semasa menjadi MB Kelantan sering ziarah Tuan Guru Hj Abdul Hamid


Ziarah akhir saya  dan sahabat dari Pondok Sik Kedah dalam rangka program Ziarah ulama " Kembara Ilmu Mendekati Ulama tahun ke 3 anjuran Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah ) pada bulan Novembetr.2012  http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/11/kembara-ilmu-mendekati-ulama-tahun-ke-3.html


KENANGAN ZIARAH PUSARA ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI ABDUL HAMID SELIGI
Pada 23.7.2013
Bersamaan 14 Ramadhan 1434
Asar hari Selasa
dalam rangka turun Kempen PRK Kuala Besut




 Kenangan Ramadhan 2013 tahun ini ziarah KELANTAN dan TERENGGANU


Tuesday, July 30, 2013

JASAD ALLAHYARHAM PROF. DR. AS-SAYYID MUHAMMAD BIN SAYID ALAWI AL MAKKI TIDAK HANCUR





Setahun selepas wafatnya Habib Muhammad bin 'Alwi Al-Maliki Al-Hasani Mekkah, kebiasaan di Mekkah,
jika jenazah sudah hancur maka akan dipindah ke tempat lain agar area lama dimasukkan jenazah yang baru,

kemudian dilakukan penggalian makam beliau,
Ternyata JENAZAH Habib Muhammad masih tidak hancur.

~2 tahun kemudian, mereka(pihak berkuasa) menggali kembali makam Habib Muhammad, jenazah masih tidak hancur, bahkan RAMBUT dan KUKU beliau terlihat tumbuh panjang.

~5 tahun kemudian, dilakukan hal yang sama, dan ternyata JENAZAH Tidak hancur MASIH UTUH, bahkan TERCIUM AROMA WANGI YANG WANGINYA MELEBIHI WANGINYA KAYU GAHRU

Subhanallah…
Sumber: Al-Habib Segaf bin Hasan Baharun (Bangil)

Bahaya Syiah

Mati hina akibat fitnah ulama - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Bicara Ghazwah Badar Kubra 20 Ramadhan 1434H | Tuan Guru Hj Hadi Awang








Wednesday, July 24, 2013

PRK Kuala Besut Terengganu dalam Kenangan

Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang .
Hari ini 15 Ramadhan 1434/2013
Saya (Helmi Asyafie ) serta sahabat Pondok Ar Rahmaniah serta Pondok Pasir Tumbuh 
ke Kuala Besut bagi membantu kempen PRK Dun Kuala Terengganu 
RAMADHAN 
kali ini sangat bertuah kerana ia merupakan tarbiah yang terbaik buat kami di Pondok Sik 
kerana kami diberi kesempatan oleh Allah mengikuti Daurah Pengajian kitab Tauhid selama sebulan Ramadhan dan lebih menarik kali ini kami dapat bergabung tenaga antara pondok Kedah Kelantan bagi membantu kempen PRK Dun Kuala Besut . 
Ramadhan lebih manis dengan semangat perjuangan yang ditiup dan dapat diperjuangkan di medan PRK Kuala Besut bagi menterjemahkan kemanisan Iman dan perjuangan demi untuk Islam Tercinta . 
Alhamdulillah kami telah sampai Pondok Sik malam ini bagi mengikuti kuliah Tuan Guru Hj Salleh Musa esok jam 8 pagi . 

Keputusan pilihanraya memihak kepada BN malam ini . 
Tidak ada istilah kalah dalam kamus perjuangan Islam . 
Kami langsung tidak kecewa dengan keputusan ini kerana mejoriti BN makin menurun dalam PRK menunjukan semangat Ramadhan merupakan kekuatan bagi perjuangan Islam , BN mereka belanja ratusan juta sedangkan PAS hanya berdoa bermunajat , segala kekuatan dunia memihak kepada BN , sedangkan PAS hanya ada doa munajat dalam masa itu pun PAS masih mampu kurangkan mejoriti undi BN . 

Niat kami ke PRK Kuala Terengganu bukan niat nak kemenagan tetapi kami ingin keredhaan ALLAH ,
 dari awal kami berkata " Kita mai (datang) Kuala Besut bukan nak menang kerana kita PAS jika menang Alhamdulillah ia adalah pertolongan Allah , kita tak menang kita PAS tidak pernah kalah hanya Allah tangguhkan kemenangan , kita mai (datang) kerana tanggungjawab perjuangan Islam dan kita nak (ingin) Keredhan ALLAH .
ALHAMDULILLAH 
sempat Subuh bersama Tuan Guru Nik Aziz dan sempat dengar tazkirah serta bertemu Tuan Guru .
Doakan kesihatan Tuan Guru Nik Aziz . 
Sekarang beliau banyak rehat dan habiskan masa dengan abdikan diri kepada Allah . 





CHE LONG calon PRK Kuala Besut

Buka bersama sahabat Pondok Sik dan Pasir Tumbuh
Tuan Guru / Baba Mad Pasir Tumbuh turun kempen PRK Kuala Besut
walaupun usia lanjut , tengah malam jam 1 malam Tuan Guru masih semangat berkempen










ZIARAH 
PUSARA TUAN GURU HAJI ABDUL HAMID SELIGI 






Seorang  pak cik ni merupakan ahli kuliah pondok sik, datang Terengganu naik motor sahaja , Masyallah semangat pak cik ni seorang diri datang , dibulan Ramadhan sanggup naik motor dari Kedah demi perjuangan Islam
Bersama Imam Masjid Landai Sik 

Sunday, July 21, 2013

Syeikh Nuruddin Al Banjari VS Sham Kamikaze

Sehari dua ini panas isu Sham Kamikaze
kata Tak sampai Fatihah kepada si mati ...
Ikuti pandangan Syeikh Nuruddin Al Banjari 
Ulama Nusantara 
Syeikh Nuruddin Al Banjari VS Sham Kamikaze
Menghadiahkan Al Fatihah, atau Yaasiin, atau zikir, Tahlil, atau sedekah, atau Qadha puasanya dan lain lain, itu semua sampai kepada Orang yang telah meninggal Dunia...

Kata Sheikh Nuruddin Al Banjari Al Makki
"jikalau kita send sms, send massage dari Fesbuk kita, ke Amarika Syarikat dengan teknolongi Manusia yang merupakan makhluk yg lemah ini pun boleh sampai, Kenapa Teknologi Allah Swt Yang Maha Agung, Yang Maha Pencipta bila Kita menghantar Al Fatihah, Tahlil, zakir tidak Sampai"


dalam Sohih Muslim hadits no.1149,
“seorang wanita bersedekah untuk Ibunya yang telah wafat dan diperbolehkan oleh Rasulullah saw”
dalam riwayat Bukhari dan Muslim
“seorang sahabat menghajikan untuk Ibunya yang telah wafat”,
Rasulullah SAW pun menghadiahkan Sembelihan Beliau SAW saat hari raya aidul Adha untuk dirinya dan untuk ummatnya, doa Nabi “Wahai Allah terimalah sembelihan ini dari Muhammad dan keluarga Muhammad dan dari Ummat Muhammad” (Shahih Muslim hadits no.1967).

Mengenai hadits yang mengatakan
"bila wafat keturunan adam, maka terputuslah amalnya terkecuali 3, sedaqah Jariyah, Ilmu yang bermanfaat, dan anaknya yang berdoa untuknya, maka orang orang lain yang mengirim amal, zikir dll untuknya ini jelas jelas bukanlah amal perbuatan si mayyit, kerana Rasulullah SAW menjelaskan terputusnya amal si mayyit, bukan amal orang lain yang dihadiahkan untuk si mayyit, dan juga sebagai hujjah bahwa Allah memerintahkan di dalam Al Qur'an untuk mendoakan orang yang telah wafat : "WAHAI TUHAN KAMI AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI DAN BAGI SAUDARA-SAUDARA KAMI YG MENDAHULUI KAMI DALAM KEIMANAN", (QS Al Hasyr-10).

Berkata Imam Alhafidh Al Muhaddits Ali bin Almuwaffiq rahimahullah : “aku 60 kali melaksanakan haji dengan berjalan kaki, dan kuhadiahkan pahala dari itu 30 haji untuk Rasulullah saw”.

Berkata Al Imam Alhafidh Al Muhaddits Abul Abbas Muhammad bin Ishaq Atssaqafiy Assiraaj : “aku mengikuti Ali bin Almuwaffiq, aku lakukan 7X haji yang pahalanya untuk Rasulullah saw dan aku menyembelih Qurban 12.000 ekor untuk Rasulullah saw, dan aku khatamkan 12.000 kali khatam Alqur’an untuk Rasulullah saw, dan kujadikan seluruh amalku untuk Rasulullah saw”.

Ia adalah murid dari Imam Bukhari rahimahullah, dan ia menyimpan 70 ribu masalah yang dijawab oleh Imam Malik, beliau lahir pada 218 H dan wafat pada 313H

Berkata Al Imam Al Hafidh Abu Ishaq Almuzakkiy, aku mengikuti Abul Abbas dan aku haji pula 7X untuk rasulullah saw, dan aku mengkhatamkan Alqur’an 700 kali khatam untuk Rasulullah saw.

Saturday, July 20, 2013

Syeikh Muhammad Said Sheikh Jamaluddin al-Linggi


                                            

                                           
Pada tahun 1905, masyarakat Melayu Kelantan menjadi gempar dengan sebab "telah jatuh di dalam negeri sahaya satu pekerjaan yang pelik. tiada pernah jatuh lagi dahulunya iaitu datang seorang nama Haji Encik Sa'id bin Haji Jamaluddin Linggi ke Kelantan mengajarkan ilmu tariqat Ahmadiyah." 

Demikianlah, antara salinan isi warkah pertanyaan daripada Raja Kelantan, bertarikh 14 Ramadhan 1323 (bersamaan 12 November 1905) yang diutus "kepada orang tua sahaya, Wan Ahmad bin Haji Wan Din Patani, seorang tokoh ulama' besar Alam Melayu yang menetap di kota Makkah. Haji Encik Sa'id -tokoh kontroversi yang telah mencetuskan keresahan tersebut itulah yang hendak kita perkenalkan pada kali ini. 

Latar Diri Keluarganya :

Nama penuh Haji Encik Sa ‘id ialah Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin bin Haji Idris. Dikenali juga dengan panggilan al-Syaikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi. Datuknya, Haji Idris anak Hajjah Rahimah binti Khatib Musa bin ‘Amaluddin bin Awaluddin @ Dato' Awal bin Faqih@ Daeng Abdul Malik adalah seorang alim yang salih lagi keramat. Hampir separuh dari usianya dihabiskan di kola ilmu Makkah kerana menuntut ilmu. Haji Idris berketurunan campuran Minangkabau-Bugis Linggi. Ini kerana isteri Khatib Musa yang berama Zalikha itu adalah anak seorang pembesar di Kampung Semabuk, Minangkabau. Manakala Dato' Awaluddin pula disebut-sebut sebagai penoroka daerah Linggi (1783) di Negeri Sembilan. Satu sumber lain mengatakan nasab sebelah datuk bapanya sampai kepada Saidina Abdullah bin Abbas, sepupu Rasulullah s.a. w. Dikatakan demikian kerana suami Hajjah Rahimah, iaitu Haji Abdul Mu'min Linggi bin Syaikh Muhammad Nakhoda Minangkabau bin Ahmad bin Umar bin Saleh bin Abdullah adalah berasal dari Hadramaut. 

Bapanya sendiri, Haji Jamaluddin (1835 -188) adalah seorang tokoh ulama' Melayu Negeri Sembilan yang pernah diberi kepercayaan mengajar di Masjid al-Haram semasa bermukim di kola Makkah. Dia masyhur zahid, berpendirian memada dan dikmniakan pelbagai karamah yang pelik-pelik. Diceritakan, pada hari matinya, dia tidak meninggalkan sebarang wang walau sesen pun! 

Ibunya, Hajjah Safiah binti Haji Muhammad Saleh al-Fatani adalah seorang Qurra' yang terkenal elok bacaannya lagi penyantun. Pernah menjadi guru Qira'at al-Quran baik semasa tinggal di Makkah, mahupun ketika berada di Patani. Murid-muridnya tidak terbilang kerana terlalu ramai. 

Manakala datuk sebelah ibunya, Haji Muhammad Saleh al-Fatani yang masyhur keramat itn adalah seorang guru pondok yang teralung pada zamannya. Murid-muridnya tidak kurang 500 orang pada satu-satu masa. Haji Muhammad Saleh berkahwin dengan Hajjah Mariam, juga terkenal dengan kesalihannya. Bapa Hajjah Mariam. Syaikh Abdul Rashid al-Fatani(4) pun seorang tokoh ulama' yang termasyhur pada zamannya, dianugerahi Allah dengan beberapa banyak keistimewaan yang tersendiri.
Ringkasnya, Muhammad Said lahir di tengah-tengah rumpun keluarga alim alama' yang terkemuka dan yang alim turun-temurun. 

Kelahirannya 

Muhammad Said dilahirkan di perkampungan Syi'b Ali Makkah "pada hari Sabtu yang keempat atau yang ketiga daripada bulan Sya'ban tahun 1292″ (5) yang bersamaan dengan 25 atau 18 September 1875.
Dipelihara ibu dan neneknya (Hajjah Mariam) kerana ketika itu bapanya sedang berkhidmat di Tanah Jawi. 

Zaman Remajanya

Pada tahun 1882, ketika bernsia 7 tahun, Muhammad Said dibawa pulang ke Patani, tanah tumpah darah ibunya. Beliau dibesarkan di sana sehinggalah umurnya meningkat 12 tahun. 

Muhammad Said sungguh bertuah kerana ibunya seorang yang fasih dalam bidang qira'at al-Quran. lbu yang salihah inilah yang mendidik dan membentuk peribadinya. Lantaran itu tidak hairanlah jika beliau tergolong seorang kanak-kanak yang sangat elok akhlaknya lagi cerdas pula akalnya. 

Guru-guru Awalnya : 

Pada tahun 1887, barulah beliau dihantar mengaji di luar rumah. Empat orang gurul awalnya ialah Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani (Tuan MinaI), Haji Awang (Tuan Semel atau Dato' Semela), Dato' Nahu dan Syaikh Muhammad Nuh yang berasal dari negeri Kedah. Beliau mempelajari ilmu-ilmu fiqh, usuluddin, tasawwuf, nahu dan macam-macam ilmu lagi. Dikecualikan Tuan Minal, ketiga-tiga orang guru yang akhir itu adalah bekas murid datuknya Syaikh Abdul Rashid al-Fatani.
Muhammad Said adalah seorang pelajar yang bercita-cita tinggi, tekun belajar, malah pernh tidak tidur malam sampai terbit fajar kerana tidak menyedari matahari telah naik. Bahkan, ada "ketika-ketika mengalir kedua matanya akan darah daripada terlampau banyak menilik kepada kitab-kitab". (Risalah Kanz al Mu'id karangan anaknya Haji Ahmad).
Setahun kemudian (1888), bapanya meninggal dunia semasa berusia 54 tahun (Hijri). Dikebumikan di tanah perkuburan Linggi, Negeri Sembilan. 


Ke Makkah 

Pada tahun 1895, ketika berumur 17 tahun, Muhammad Said belayar ke kota ilmu Makkah bertujuan mendalami pengajiannya. Antara puluhan gurunya tersenarailah nama-nama seperti berikut :- 

1. Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.
2. Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani.
3. Sayyid Abi Bakr Syata.
4. Syaikh Ahmad al-Manshawi.
5. Syaikh Umar al-Shami.
6. Syaikh Muhammad Said bin Muhammad Babasil (Mufti Shafi'i)
7. Syaikh Abdul Karim al-Daghastani.
8. Syaikh Muhammad bin Yusuf al-Khayyat.
9. Syaikh Umar bin Abi Bakr Bajnnid.
10. Syaikh Mubammad Said bin Muhammad al-Yamani.
11. Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Minangkabau.
12. Syaikh Zainuddin Sumbawa.
13. Syaikh Wan Mnhammad Ali Kutan.
14. Syaikh Wan Ahmad bin Mnhammad Zain Patani. 

Ke Madinah

Muhammad Said termasuk seorang penuntut yang gigih dan bersemangat waja. Pernah bermusafir secara berjalan kaki ke Madinah kerana ziarah makam Rasulullah (sesudah beliau bermimpi menemui baginda). Semasa berada di Madinah beliau berpeluang berguru dengan Sayyid Ja'far al-Barzanji, Mufti Shafi'i. 

Ke Mesir :

Kemudian meneruskan perjalanan ke Bait al-Maqdis dan akhirnya ke negara Mesir melanjutkan kefaharnan tentang selok-belok ilmu fiqh empat mazhab. Di sana beliau mendalami ilmn-ilmu syara', naql dan aqal. Antara lainnya berguru dengan Syaikh al-Jami' al-Azhar iaitu Syaikh Shamsuddin al-Anbani dan dengan Syaikh Ahmad al-Rifa'i al-Maliki, iaitu sebesar-besar ulama' Mazhab Maliki di dalam Azhar zaman itu (1896). 

Pulang Ke Makkah : 

Selanjutnya beliau pulang semula ke Makkah. Belajar ilmn tariqat dengan Syaikh Muharnmad bin Ahmad al-Dandarawi(7) (meninggal dunia di Madinah pada 19 Febrnari 1909). Akhir sekali Muhammad Said diberi ijazah tariqat Ahmadiyah, iaitu pada hujung tahun 1318 Hijrah (bersamaan pertengahan April 1901).
Alhasilnya., guru Muharnmad Said berjumlah 50 orang lebih. Belian diketahui alim dalam ilmu-ilmu alat, usuluddin, fiqh empat mazhab; juga ilmu ruhani, hikmat, falsafah, al-Qur'an dan sebagainya. 

Sahabat-sahabatnya : 

Antara sababat-sahabat seperguruan termasuk Tuan Mukhtar Bogor, Tuan Husain Kedah, Pat Wan Sulaiman Kedah, Haji Abdullah Pat Him Seberang Perai, Syaikh Uthman bin Abdul Wahhab Sarawak (meninggal 29 Julai 1921), Sidi Muhammad.

Anak-anaknya : 

Sepanjang hayatnya Syaikh Muhammad Said disebut-sebut berkahwin sembilan kali dan dikumiakan 32 orang anak. Salah seorang isteri utamanya ialah Siti Zubaidah binti Haji Said Rembau.
Berikut disenaraikan anak-anaknya yang agak terkenal : 

1. Haji Abdullah (1905-1956), Kampung Gedung Lalang, Ampangan, Seremban. Anak sulung yang mngambil tugas khalifah tariqat Ahmadiyah selepas kematiannya. 

2. Haji Ahmad (6 April 1910 -7 Januari 1964). Khalifah yang kedua selepas Haji Abdullah. Pengasas Pondok Rasah (1935) dan Mufti Negeri Sembilan yang pertama (semenjak 1950); mendalami pengajian di Makkah dan mewarisi sifat kealiman bapanya. Mempunyai empat orang isteri dan 37 orang anak -8 orang telah lulus Universiti dalam negeri dan 8 orang lagi lepasan Universiti al-Azhar. Menghasiikan puluhan karya penulisan. termasuk Kanz al-Mu'id yang mengisahkan manaqib Syaikh Muhammad Said, juga merupakan sumber utama tulisan makalah ini. 

3. Haji Abdul Rashid, Teluk Kurau, Singapura. Khalifah yang ketiga selepas Haji Abdullah dan Haji Ahmad. Sangat dihormati dan disegani orang-orang Melayu Singapura. 

4. Baji Mansor, Ampangan, Seremban (meninggal I981). 

5. Haji Mohammad Nor (meninggal 198l). 

6. Haji Muhammad Hamid. 

7. Haji Ibrahim (dengan isterinya, Hajjah Wan Safiah Kota Bharu) -bapa kepada Haji Idris Ibrahim, bekas Ahli Parlimen Setapak, Wilayah Persekntuan. 

8. Haji Mahadi (1914 -20 Febuari 1983), Taman Maluri, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Anak kelapan dari 15 orang adik beradik dan yang paling manja sekali dalam keluarganya. Lulusan Madrasah al-Falah, Makkah. Seniman terkenal, berlakon dalam 76 buah filem. Lakonan sulungnya adalah secara kebelulan, iaitu sebagai pelakon lambahan dalam filem Penghidupan (1951). Anak Melayu yang perrtama menjadi Pengarah filem -Permata di Perlimbahan (1952). Semasa mudanya (1939) pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu. 

Peribadinya

Syaikh Muhammad Said adalah seorang tokoh ulama' yang berperibadi sederhana. Tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidnp. Bersifat zahid, qana'ah, pemaaf, sabar, wara', tawadhu', pemalu, pemurah, kuat beramal dan berkhalwat. Dianggap sebagai seorang wali Allah dan doanya makbul. Beliau suka menolong orang yang dalam kesusuhan. Memandang makhluk-makhluk lain dengan penuh timbang rasa dan kasih sayang. Semenjak menuntut ilmu di Makkah dan di Mesir lagi telah terzahir kelebihan-kelebihan wara', salih serta keramatnya. Sebagai seorang ulama' yang amat dihormati dikenali di Negeri Sembilan beliau sangat dikasihi Tuanku Mohammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (mangkat 1 Ogos 1933) dan amat disayangi Dato' Kelana Ma'mur (1889 -1945). 

Karya Tulisnya

Walaupun Syaikh Muhammad Said ada menghasilkan beberapa banyak karangan sendiri juga terjemahan, kebanyakannya belum dicetak dan sukar diperolehi. Antara yang sudah dapat dikesan adalah seperti berikut : 

1. Syarh Kunuz al-Jawahir al-Nuraniyyat fi Qawaid al- Tariqat al-Shadhilliyah. Ia disebut juga Risalah al Fawa'id atauRasail Jawiyyah. Selesai terjemah pada akhir Rabiulawal 1323 (3 Jum 1905). Membicararakankan keistimewaan Sidi Ahmad bin Idris dan cerita-eerita yang bersangkutan dengan ajarannya, termasuk cara beramal dan pelbagai faedah lainnya. Tercap di tepinya al-Ahzab al-Irfaniyyah.

2. al-Ahzab al-Irfaniyyat Wa al-Awarad al-Nuraniyyah. Siap ditulis di bandar Singapura pada 15 Rabiulawal 1323 (3 Jun 1905). Bemkuran 18 1/2 tak 14 sentimeter dan tebalnya 200 muka. Mengandungi himpunan doa dan hizb. 

3. Kashfal-Ghiba an Haqiqal al-Riba

4. Sullam al-Ta'rif ila ‘Ilm al-Tasrif(ilmu sarf).

5. Risalah Farb (juga mengenai ilmu sarf). 

6. al-Kashf wa al-Tanfis an Ashab Sidi Ahmad bin Idris.

7. Makalah Kaifiat mengerjakan Tarawih yang 10 rakaat.

8. Perjalanan mendirikan Jumaat.

9. Wazifah-wazifah bagi orang salik pada permulaan suluknya.

10. Manuskrip syair Arab tanpa tajuk, sepanjang 142 baris yang ditulisnya di Tanah Melayu. Mengupas tentang kesesatan Kaum Wahabi dan kekarutan mereka. 

Meninggal Dunia : 

Ajalnya tiba pada malam Ahad, 12 Rabiulawal l345 bersamaan 18/19 September 1926, ketika berusia 53 tahun (Hijriyah). Lebih 5000 orang mengiringi jenazahnya, termasuk Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Dikebumikan di tanah perkuburan Islam Ampangan., iaitu sebuah kawasan berbukit di bandar Seremban.
Beliau meninggalkan seorang ibu, seorang saudara perempuan kandung, seorang anak saudara dan beribu-ribu orang murid yang bertebaran di seluruh Semenanjung.
Sebagai mengenangkan jasa baktinya maka Sekolah Ugama Menengah Tinggi Negeri Sembilan (ditubuh 1959) yang mulai 1977 diambil alih pentadbirannya oleb Kementerian Pendidikan dilambangkanan sempenan namanya : SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. 

Dipanjangkan oleh, 

(DATO' MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD)
Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
14hb. Zulhijjah, 1419/lhb. April, 1999.

(Tamat)

Sumber: Dari simpanan peribadi Dato Mohd Murtadza Bin Hj. Ahmad.



Artikel Kedua

Shaykh Muhammad Said Linggi Mursyid Thariqat Ahmadiyah

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

ASAL USUL

Selain nasab ke atas sebelah lelaki yang berasal dari Hadhralmaut, dapat dipecahkan lagi bahawa datuknya, Haji Idris itu berkahwin dengan Hajah Rahimah binti Khatib Musa bin Amaluddin bin Awaluddin. Dalam Kanzul Mu`id tertulis bahawa Awaluddin dimasyhurkan dengan Dato' Awal anak Faqih yang dimasyhurkan dengan Daeng Abdul Malik. Bahawa keturunan ini ada hubungan dengan Daeng Kemboja, yang dimasyhurkan dengan Marhum Janggut Yamtuan Muda Riau. Marhum Janggut pula adalah putera Upu Daeng Perani. 

Hajah Rahimah (nenek Syeikh Muhammad Said) tersebut ibunya bernama Zulaikha binti Dato' Karkung berasal dari Minangkabau, termasuk kerabat ulama besar bernama Syeikh Ismail bin Abdullah al-Khalidi al-Minankabawi, penyusun kitab Kifayatul Ghulam. 

Ibunya bernama Hajah Shafiyah binti Haji Muhammad Shalih al-Fathani (meninggal dunia pada 12 Rabiulakhir 1352 Hijrah). Ayah kepada ibunya ini adalah seorang ulama Patani yang mempunyai murid yang ramai. Neneknya (ibu kepada ibunya) bernama Hajah Maryam, beliau adalah keturunan Syeikh Abdur Rasyid al-Fathani, satu-satunya ulama Melayu yang pernah mengajar di Masjidil Aqsa. 

PENDIDIKAN 

Ketika mengikuti pengajian sistem pondok di Patani, Muhammad Said berguru kepada ulama terkenal, iaitu Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani (Tuan Minal), pengarang pelbagai kitab Melayu/Jawi. Guru-gurunya yang lain ialah Tok Nahu, Syeikh Muhammad Nuh Kedah, Tok Semela dan lain-lain. Semua ulama yang tersebut adalah murid pula kepada datuknya, Syeikh Abdur Rasyid. 

Sewaktu berusia 17 tahun, beliau berangkat ke Mekah untuk melanjutkan pelajarannya. Guru-gurunya di Mekah yang tersebut dalam Kanzul Mu`id sangat ramai, di antaranya yang berasal dari dunia Melayu ialah: Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi, Syeikh Zainuddin as-Sumbawi, Syeikh Wan Ali al-Kalantani dan Syeikh Ahmad al-Fathani. 

Di Madinah, Muhammad Said pernah belajar kepada Sayid Jaafar al-Barzanji, Mufti Mazhab Syafie di Madinah al-Munawwarah. Beliau pernah pula mengembara memperdalam ilmu ke Mesir. Di sana beliau sempat belajar kepada Syeikh Syamsuddin al-Anbaby, Syeikh al-Azhar pada zaman itu. Juga beliau belajar kepada Syeikh Ahmad ar-Rifa'ie, ulama besar Mazhab Maliki di al-Azhar. 

Di dalam bidang yang khusus, beliau menerima Thariqat Ahmadiyah ar-Rasyidiyah ad-Dandarawiyah daripada Sayid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi. Dengan Thariqat Ahmadiyah inilah beliau mencapai kemuncaknya sebagai Syeikh Mursyid Thariqat Ahmadiyah yang terbesar di dunia Melayu. Murid-muridnya dalam bidang Thariqat Ahmadiyah meliputi Cam di Kemboja, Patani, Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), Singapura dan Brunei Darussalam. 



PENYEBARAN THARIQAT AHMADIYAH

Di dalam ulama dunia Melayu terdapat beberapa orang guru Muhammad Said, mereka ialah Syeikh Wan Ali Kutan, Tuan Tabal, Syeikh Ahmad al-Fathani dan lain-lain juga menerima Thariqat Ahmadiyah daripada Sayid Ibrahim ar-Rasyidi (meninggal dunia 1291 Hijrah/1874 Masihi). Beliau adalah guru pada Sayid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi (meninggal dunia 1327 Hijrah/ 1909 Masihi). Walau bagaimanapun pada peringkat awal Thariqat Ahmadiyah di dunia Melayu tidak berapa jelas perkembangannya. 

Dengan kegigihan Muhammad Said, Thariqat Ahmadiyah berkembang dan tersebar dengan sangat lajunya. Thariqat Ahmadiyah mula mendapat sambutan yang luar biasa di Kota Bharu,Kelantan dan menimbulkan kontroversi antara murid-murid beliau dengan golongan yang tidak menyetujuinya. Untuk menenangkan suasana keresahan masyarakat, Raja Kelantan menulis tiga lembar surat pertanyaan yang ditujukan kepada Syeikh Ahmad al-Fathani di Mekah. 

Di antara kandungan surat Raja Kelantan yang bertarikh Ramadan 1323 Hijrah (kira-kira 1905 Masihi) itu ialah, "Iaitu daripada sahaya Raja Kelantan Ibnu al-Marhum as-Sultan Muhammad, mudah-mudahan dipersampaikan kepada orang tua sahaya Wan Ahmad bin Wan Din Fathani yang mujawwir di dalam negeri Makkah al-Musyarrafah ... " Kalimat selanjutnya, "Maka adalah sahaya nyatakan kepada orang tua sahaya, bahawasanya telah jatuh di dalam negeri sahaya satu pekerjaan yang pelik, tiada pernah jatuh lagi dahulunya. Iaitu datang seorang nama Haji Encik `Ied bin Haji Jamaluddin Linggi ke Kelantan mengajarkan ilmu Thariqat Ahmadiyah, yang dipanggil orang Thariqat Rasyidi ... " 

Selanjutnya, "Maka yang mengajar itu kepada sekalian bagai Muslimin, daripada laki-laki dan perempuan, besar dan kecil, yang mempunyai ilmu atawa yang jahil. Bahkan kebanyakan mereka itu daripada juhhalun nas, yang tiada sembahyang, dan tiada mengetahui furudhul `ain, `aqidatul iman, dan lainnya. Dan setengah daripada mereka itu bangsa raja-raja dan anak menteri ... " 

Syeikh Ahmad al-Fathani telah menjawab pertanyaan Raja Kelantan itu dalam tiga bentuk karangan. Yang pertama diberi judul Mir-atul A'ajib fi Jawabi Su-alil Majazib. Yang kedua ditulis dalam bentuk syair bahasa Melayu, diberi judul Syair Thariqah Shufiyah. Yang ketiga ditulis dalam bentuk syair bahasa Arab, diberi judul Syair Man Li Ya Sa'id. Kesimpulan kandungan keseluruhannya ialah merupakan ilmiah yang berdiri pada pelbagai kaedah keilmuan Islam. 

PENULISAN

Syeikh Muhammad Said Linggi juga menghasilkan beberapa buah karangan, di antaranya yang disebut dalamKanzul Mu'id, ialah: Risalah al-FawaidKasyful Ghiba'an Haqiqatir RibaSullamut Ta'rif ila Ilmit TashrifRisalah al-FathNazham Kesesatan Kaum WahabiAl-Kasyfu wat Tanfis `an Saiyidi Ahmad bin IdrisSyarh Kunuzil Jawahirin Nuraniyah dan Kaifiyat Mengerjakan Tarawih

Semua judul yang tersebut di atas belum saya jumpai, namun ada dua buah karangan Syeikh Muhammad Said Linggi yang tidak disebut dalam Kanzul Mu'id ada dalam simpanan saya, ialah: Rasail Jawiyah, diselesaikan pada pertengahan Rabiulakhir 1323 Hijrah di Bandar Singapura. Cetakan huruf batu atau litografi tetapi tidak terdapat nama dan tempat di mana dicetak. Kandungannya merupakan kumpulan pelbagai hizib yang diamalkan para Auliya. Perbicaraan dimulai daripada Thariqat Syaziliyah dan diikuti dengan Thariqat Ahmadiyah yang dilengkapi dengan riwayat, silsilah dan berbagai-bagai wirid, amalan-amalan dan lain-lain yang ada kaitan dengannya. 

Karangan Muhammad Said Linggi yang masih dalam bentuk manuskrip berjudul Silsilah Thariqah An-Naqsyabandiyah. Naskhah ini saya peroleh pada satu kampung di Negeri Sembilan daripada salah seorang murid Muhammad Said Linggi. Pada awal naskhah dinyatakan bahawa beliau menerima Thariqat Naqsyabandiyah di Mekah kepada Syeikh Usman Rais. Dinyatakan bahawa Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linqi ar-Rasyidiyah selesai menulis pada bulan Rejab (tanpa dinyatakan tahun). Naskhah yang dibicarakan ini adalah salinan, tanpa nama penyalin, yang diselesaikan pada 27 Safar 1360 Hijrah, iaitu kira-kira 15 tahun setelah Syeikh Muhammad Sa'id meninggal dunia. 

KETURUNAN

Ketika Syeikh Muhammad Said meninggal dunia, beliau meninggalkan 16 orang anak. Sebagai pengganti menjadi Khalifah Thariqat Ahmadiyah adalah anaknya yang bernama Syeikh Haji Abdullah. Anak beliau yang banyak menghasilkan karangan ialah Haji Ahmad yang ketika hidupnya pernah menjadi Mufti Negeri Sembilan. Di antara anak Syeikh Muhammad Said yang sempat saya jumpai ada dua orang iaitu Haji Mansur (1970) dan Haji Tahir (1990). 




Tuesday, July 16, 2013

Al-Habib Al-Sayyid Muhammad Ibn Alawi al-Maliki al-Makki


MENGENANGKAN KEWAFATAN
ABUYA SYED MUHAMMAD BIN ALAWI BIN ABBAS AL MALIKI DI BULAN RAMADHAN:
http://pondoktauhid.blogspot.com/2010/04/abuya-syed-muhammad-alawi-pemergian-mu.html

Pada waktu sahur 4.30 pagi , hari jumaat 15 ramadhan 1425 , selepas 2 jam lepas sahaja baru menamatkan pengajian bersama 600 muridnya maka wafatlahlah ulama kita yang diibarat sebagi pelita ahli sunnah . ALLAHHUAKBAR!!!
Seluruh dunia Islam dan umat terutama ahli sunnah meratapi kewafatan ulama besar kita . MUDAHAN ALLAH CUCURI RAHMAT ABUYA AMIN .

AL FATIHAH khusus buat Al-Habib Al-Sayyid Muhammad Ibn Alawi al-Maliki al-Makki



Catatan dari Daurah Ramadhan di Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa , Sik Kedah



Catatan Al Fakir (Helmi Assyafie) :
Alhamdulillah tahun ini 1434 / 2013 ALLAH 
Memberi peluang kepada saya dan sahabat dari Pondok sekitar Kedah , Kelantan dan Fathani serta ramai peserta dari Universiti serata negeri berkumpul di Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa Sik , semata - mata ingin menimba ilmu Kitab Thurath Ahli Sunnah Wal Jamaah . 
Tuan Guru Hj Salleh Musa tokoh ulama pondok yang berusia 85 tahun yang merupakan Tuan Guru Pondok tertua yang belajar di Makkah bersama Syeikh muktabar ,
ini salah satu faktor seluruh pelajar pondok sekitar Kedah , Kelantan , Fathoni akan berkumpul di Pondok Ar Rahmaniah Sik setiap kali menjelang Ramadhan semata ingin menadah kitab hingga mendapat ijazah khusus dan menumpang barakah ilmu ulama yang pernah berhubungan sanad pelajaran dengan syeikh muktabar Makkah seperti 
Syeikh Wan Ismail Fathoni , Syeikh Yassin Fadani , Syeikh Abdul Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi , Syeikh Amin Qutbi dan lain-lain ulama di Makkah . 

Program ini telah berjalan lebih dari 15 tahun dulu tetapi kebelakangan ini lebih dari 4 ke 5 tahun sambutan amat baik .
Tahun ini peserta daurah melebihi 300 orang lebih . 
Unik Daurah kali ini apabila ramai peserta UNIVERSITI seluruh negara termasuk UIA , USIM ,UM, UUM, UPM , Makatab peguruan , dan kolej-kolej ramai yang menyertai daurah . 
Sausana ini amat baik dalam membentuk pemikiran pemuda dalam Manjah Fikrah Ahli Sunnah Wal Jammah . 
Ikatan Silaturahim ini amat penting bagi membina satu kekuatan kepada pemuda agar mereka keluar kepada masyarakat mereka akan menjadi pemimpin yang menefaatkan ilmu aliran Ahli Sunnah Wal Jammah. Ini adalah satu usha bagi menyumbangkan kebaikan hasil ilmu yang mereka pelajari kepada masyarakat pada masa hadapan , 
dengan sumbangan ini maka Islam akan kuat , dakwah akan terus subur mengikut tapisan aliran yang sahih . 

Jadual harian pengajian amat padat , keseluruhan peserta menunjukkan minat yang luar biasa , ada dari kalangan peserta  mengikuti keseluruhan kelas yang diadakan  .Insya Allah mereka yang mengikuti daurah ini akan keluar sebagai Daie/ pendakwah yang ikhlas menyebarkan ilmu Allah dalam masyarakat kelak.

Bergabungnya antara pelajar pondok dan universiti akan melahirkan satu pemikiran yang terbaik bagi memastikan gerak kerja dakwah akan lebih menarik bagi  mendekati masyarakat  kepada ilmu dan ulama . 

Insya Allah kami akan mengadakan satu majlis khas pertemuan antara sahabat Facebook dalam satu masjil yang sedang dirangka khas bagi memastiakan dakwah disebarkan bukan sahaja di Madrasah tetapi lebih dari itu dengan membinan satu rangkaian yang luas dengan terbentuknya kesatuan fikrah antara pelajar pondok dan unversiti bagi memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah 
Makan secara jemaah disepanjang tempoh daurah bagi merapatkan silaturahim antara satu sama lain .
Makanan berbuka dan sahur disediakan oleh pihak madrasah secara percuma ini bagi membuka ruang kepada masyarakat agar mereka bersama turut terlibat dalam menjayakan program kebajikan terutamanya
kepada ahli ilmu .



ampuni kami