Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, August 14, 2013

Ziarah Sohibus Samaha Dato Shaykh Murtadza ulama Negeri 9 dan ulama Melaka - 6 -7 Syawal 1434


Ziarah Dato Syeikh Murtadza , selaku pemimpin Tarikat Ahmadiah Asia merangkap Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan , pada 6-7 Syawal 1434/2013




KENALI SYEIKH TAREKAT AL-AHMADIYYAH AL-IDRISIYYAH
AR-RASYIDIYYAH AD-DANDRAWIYYAH

1.   
Maklumat Peribadi:
                      i.        Nama: Dato’ Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad
                    ii.        Tarikh lahir : 05.05.1937
                   iii.        Kewarganegaraan:  Malaysia
2.    Maklumat Pendidikan:
                      i.        Ijazah Sarjanamuda Syariah Wal Qanun, Universiti Al-Azhar, Mesir
                    ii.        Maahad Kaherah, Mesir
                   iii.        Madrasah Al-Masyhoor, Pulau Pinang
                   iv.        Madrasah al-Attas, Johor Bahru
                    v.        Madrasah Al- Khairiyah, Singapura
                   vi.        Sekolah Kebangsaan Dato’ Bandar Rasah, Seremban, N.Sembilan
3.    Pengalaman Kerja:
                      i.        Mufti Kerajaan Negeri Sembilan ( 1987 – 2008 )
                    ii.        Kadi Besar Negeri Sembilan merangkap Pegawai Penerangan Agama  ( 1984 – 1987 )
                   iii.        Pegawai Penerangan Agama merangkap Imam Besar ( 1980 – 1984 )
                   iv.        Kadi Daerah Kuala Pilah dan Jempol, Negeri Sembilan ( 1976 - 1980 )
                    v.        Guru Agama di Sekolah Ugama Menengah Tinggi, Seremban, N.S.       ( 1974 - 1976 )
4.    Anugerah:
                      i.        Dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sembilan (DKNS) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1988.
                    ii.        Mendapat anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1421H peringkat Negeri Sembilan bersamaan tahun 2000 masihi.
                   iii.        Mendapat anugerah Tokoh Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004
                   iv.        Mendapat anugerah Tokoh Ulama’ sempena Sambutan 100 tahun (1332-1432H) Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor yang dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 September 2011.

5.    Perlantikan Sebagai Syeikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah

Pada 5 Januari tahun 1997, dilantik sebagai Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah bagi kawasan Asia Tenggara oleh Almarhum Sayyidi Ahmad bin Idris bin Sayyidi Muhammad Hassan bin Sayyidi Muhammad Sharif bin Sayyidi al-Ali bin Sayyidi Ahmad bin Idris al-Idrisi atau lebih dikenali Sayyidi Ibn Idris iaitu merupakan waris kepada pengasas utama Tarekat Ahmadiah. Peristiwa bersejarah ini berlaku bersempena majlis Haul Syeikh Hj Ahmad

6.    Sumbangan:
Semasa menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan;
                      i.        Beliau berjaya mewujudkan Enakmen Murtad (2004) dan Enakmen Kawalan Tarekat (2007) yang menjadikan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan sebagai negeri yang pertama mewujudkan kedua-dua enakmen ini dan enakmen ini telah dijadikan contoh bagi negeri-negeri yang lain.
                    ii.        Menganjurkan Seminar Dakwah Dan Tarekat Tasawuf Peringkat Antarabangsa yang pertama kali diadakan di Malaysia bermula pada tahun 2002, 2003, 2004 dan 2007 masihi. 
                            iii.            Beliau juga telah berjaya meyakinkan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman al-Haj untuk menarik diri daripada menjadi penaung pertama ajaran Nasrul Haq seterusnya memastikan arahan daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa ajaran ini telah menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar dilaksanakan dan dikuat-kuasakan di peringkat negeri.
                             iv.            Di bawah pimpinannya, sahabat-sahabat beliau di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya menghasilkan lebih daripada 80 buah buku rujukan dalam bidang agama untuk memberikan panduan, penjelasan dan bimbingan kepada masyarakat.

7.    Pengiktirafan:
                      i.        Perlantikan beliau sebagai Kadi Besar Negeri Sembilan (1984-1987)  mendapat sokongan daripada almarhum Prof. Dr. Ahmad Ibrahim dan almarhum Prof. Dr. Mahmud Saedon. Dengan sokongan ini, beliau berjaya mengangkat martabat Mahkamah Syariah kerana beliau memiliki hubungan yang baik dengan semua sahabat beliau yang menjawat jawatan penting dalam urusan agama negeri di seluruh negara.
                    ii.        Mendapat kepercayaan daripada Jabatan Agama Islam Johor untuk mengajar dan berceramah di sekitar negeri Johor dari tahun 1980 hingga kini.
                            iii.            Ahli Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan bersama-sama Sohibus Samahah Dato’ Hj. Mohd Yusof B. Hj. Ahmad (Mufti Kerajaan Negeri Sembilan), Dato’ Hj. Borhan B. Hashim (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan), Tuan Guru Dr. Hj. Jahid B. Hj. Sidek Al-Khalidi (Syeikh Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah), Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady (Felo INSTAC), Dr. Abdul Manam B. Mohamad (Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin) dan Dr. Sulaiman B. Ibrahim Al-Baruhi (Pensyarah Universiti Brunei Darul Salam).

                   iv.        Membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Manual Amalan Masyarakat Negara Zikir : Satu Pengenalan” di Seminar Negara Zikir sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darul Salam Ke-62 tahun jemputan Yang Mulia Dato Seri Paduka Eussoff Agaki Haji Ismail (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad B. Pengiran Haji Abdul Rahman (Timbalan Menteri Pendidikan) dan Pehin Dato Seri Setia Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Azizi Juned (Mufti Kerajaan Brunei Darussalam) pada 28-29 Julai 2008 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Brunei Darussalam. Pembentangan ini adalah merupakan usaha Kerajaan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei sebagai sebuah “Negara Zikir”.

8.    Pengalaman:
                      i.        Menghadiri kursus imam-imam selama 3 bulan di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1986 .  Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
                    ii.        Raja Moroko (Al-Malik Hasan Al-Sani) telah meminta Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menghantar wakil kerajaan Malaysia untuk menghadiri Seminar Sufi Peringkat Antarabangsa Pertama Di Moroko pada tahun 2004, Almarhum Dr. Hamid Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) telah mencadangkan agar Yang Maha Mulia Tuanku untuk memilih Dato’ Syeikh Haji Mohd Murtadza sebagai wakil Malaysia. Dato’ Syeikh Mohd Murtadza telah berjaya menjadikan Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah sebagai contoh terbaik di Malaysia dan kerana ini beliau telah terpilih sekali lagi bagi mewakili kerajaan Malaysia untuk menghadiri Seminar Sufi Peringkat Antarabangsa Kedua Di Moroko pada tahun 2009.
                   iii.        Beliau memiliki pengetahuan di dalam bidang Fiqh dan Tasawuf yang meluas di samping sentiasa mendampingi para ulama’ dan mufti-mufti di dalam majlis-majlis ilmu serta mesyuarat Majlis Fatwa kebangsaan.
                   iv.        Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam pentadbiran negeri dan pendidikan kepada masyarakat Islam.

9.    Aktiviti Semasa:
                             i.        Sebagai Syeikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah , beliau berusaha memperkasa tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah dan mengembalikan kegemilangan Madrasah As-Saidiyyah di Kampung Pondok Rasah, Seremban sebagai pusat pengamalan tarekat melalui usaha-usaha berikut, antaranya;
a)    Membina bangunan Pusat Pengamalan Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah melalui skim wakaf
b)    Menegaskan kepentingan ilmu yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis. Oleh itu, kuliah beliau diadakan pada setiap hari Selasa    ( malam ) di surau Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban.
c)    Menggalakkan budaya membaca kitab-kitab yang muktabar dan bahan-bahan ilmiah dengan menjadikannya sebagai rujukan dalam kuliah-kuliah yang diadakan
d)    Menolak sebarang amalan bid’ah dan khurafat dalam aktiviti tarekat serta  amalan taasub pengikut terhadap pemimpin tarekat kerana pemimpin tarekat adalah manusia biasa yang tidak maksum
e)    Membimbing ahli-ahli tarekat supaya beramal dengan betul mengikut ajaran para syeikh tarekat tanpa tambahan atau melakukan sebarang perubahan.
f)     Memimpin majlis-majlis zikir dan majlis-majlis haul berpandukan prosedur  yang telah diamalkan oleh para syeikh tarekat
g)    Mematuhi Enakmen Tarekat Tasawuf  ( 2005 ) N.Sembilan.


h)   .Menjalin hubungan baik dengan pengamal tarekat yang berdaftar dan diakui sah oleh Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan  dan negeri-negeri lain serta negara-negara lain seluruh dunia
i)     Mempertingkat kefahaman masyarakat tentang tarekat melalui penganjuran program-program keilmuan dan beberapa siri Simposium Tarekat Tasawuf di Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah
j)      Menjemput tokoh-tokoh ulama menyampaikan kuliah ilmu di surau Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban.
k)    Menerima kunjungan  alim ulama serta rombongan-rombongan pelawat dari dalam dan luar negara. Antara tokoh-tokoh ulama yang telah mengunjungi Dato’ Syeikh Hj Mohd Murtadza ialah Syeikh Muhammad bin Ibnu Idris ( Sudan ), Dr.Abdul Latif Farfur ( Syria ), Syeikh Ahmad Dabbagh ( United Kingdom ), Syeikh Asraf ( Imam Masjid Universiti Al-Azhar, Mesir ), Syeikh Walid ( Palestin ), Syeikh Habib Umar ( Yaman ), Syeikh Maan Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani, rombongan dari Turki dan beberapa rombongan pelawat dari dalam negeri.

                            ii.        Beliau juga masih mengajar dan berceramah di beberapa buah masjid di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa tempat di Selangor.
                           iii.        Menjadi penaung beberapa organisasi pendidikan dan dakwah seperti Madrasah Tahfiz As-Saidiyyah, Negeri Sembilan

2.http://www.ahmadiah-idrisiah.com/pemimpin-07-e.php




 http://www.ahmadiah-idrisiah.com/khalifah.php
Tuan Shaykh Muhammad Sa'id  Al-Linqqi – (1874-1926) radhiAllahu 'anhu
Nama penuhnya tokoh besar ini ialah Tuan Shaykh Haji Muhammad Sa'id bin Haji Jamaluddin bin  Haji Idris bin Haji Abdul Mukmin bin Muhammad Nakhoda al-Minankabawi bin Ahmad bin Umar bin Shalih bin Abdullah (berasal dari Hadralmawt) radhiAllahu 'anhu.

Ibunya Hajah Safiah Haji Muhamad Saleh Al Fatani berasal dari Patani, seorang pembaca Al-Quran yang terkenal dan pernah menjadi guru qiraati semasa di Mekah. Datuknya Tuan Shaykh Haji Muhamad Saleh radhiAllahu 'anhu juga seorang ulama terkenal dan berkahwin dengan Mariam, anak kepada ulama Shaykh Abdul Rashid Al-Fatani radhiAllahu 'anhu (satu-satunya ulama Melayu yang pernah mengajar di Masjidil Aqsa).

Tuan Shaykh Haji Muhammad Sa'id  radhiAllahu 'anhu telah dilahirkan di Kota Mekah di Kampung Syi'b Ali pada hari Sabtu 4 Syaaban 1292H bersamaan 25 atau 18 September 1871.[1]
Kemudiannya beliau dibawa balik ke Patani dalam tahun 1882 ketika berusia 7 tahun. Di sana Tuan Shaykh Muhamad Sa'id radhiAllahu 'anhu dipelihara oleh ibu dan neneknya (Mariam). Apabila usianya menjangkau 17 tahun, beliau pun belayarlah ke Mekah Al-Mukarramah tempat ianya dilahirkan.
Antara guru-gurunya di Mekah yang berasal dari dunia Melayu ialah: Tuan Shaykh Ahmad Khatib al-Minankabawi radhiAllahu 'anhuTuan Shaykh Zainuddin as-Sumbawi radhiAllahu 'anhuTuan Shaykh Wan Ali al-Kalantani radhiAllahu 'anhu dan Tuan Shaykh Ahmad al-Fathani radhiAllahu 'anhu [2]. Di Madinah,Tuan Shaykh Muhammad Sa'id radhiAllahu 'anhupernah belajar kepada Tuan Shaykh Sayyid Jaafar al-Barzanji radhiAllahu 'anhu, Mufti Mazhab Syafie di Madinah al-Munawwarah. Juga, beliau telah menimba ilmu daripada antaranya Tuan Shaykh Muhammad bin Sulayman Hasab Allah al-Makki radhiAllahu 'anhu, Tuan Shaykh Muhammad Nawawi al-Bentani radhiAllahu 'anhu, Tuan Shaykh Sayyid Abu Bakar al-Syata radhiAllahu 'anhu, Tuan Shaykh Ahmad al-Mansyawiy radhiAllahu 'anhu, Tuan Shaykh Umar al-Syami radhiAllahu 'anhu, Tuan Shaykh Muhammad Sa’id bin Muhammad Babsil (Mufti Mazhab Syafii di Mekah) radhiAllahu 'anhu, Tuan Shaykh Abdul Karim al-Deghastani radhiAllahu 'anhu dan Shaykh Umar bin Abi Bakar Bajunid radhiAllahu 'anhu[3]
Beliau juga pernah mengembara memperdalam ilmu ke Mesir. Di sana beliau sempat belajar kepada Tuan Shaykh Syamsuddin al-Anbaby radhiAllahu 'anhu, Shaykh al-Azhar pada zaman itu. Juga beliau belajar kepada Tuan Shaykh Ahmad ar-Rifa'ie radhiAllahu 'anhu, ulama besar Mazhab Maliki di al-Azhar dalam tahun 1896.
Di dalam bidang yang khusus, beliau menerima Tariqah Ahmadiah ar-Rasyidiah ad-Dandarawiah daripada Tuan Shaykh Sayyid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu dan mendapat ijazah pada akhir tahun 1316 Hijrah (bulan April 1901). [4] Tuan Shaykh Haji Muhamad Sa’id radhiAllahu 'anhu adalah khalifah atau wakil peribadi Tuan Shaykh Muhamad Ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu bagi kepulauan Melayu atau tanah Jawi. Pondoknya dibina di Ampangan, Seremban. Pondok ini dikatakan yang pertama diwujudkan di negeri ini dan ramai murid-murid dari serata tempat dalam Negeri Sembilan dan luar datang memondok di sana. Selain dari itu beliau juga keluar memberi kuliah di masjid dan surau. Beliau dikatakan alim dalam ilmu alat, usulludin, fiqh 4 mazhab, ilmu rohani, hikmat, falsafah dan lain-lain lagi.
Pentauliahan
Pada 12 Rabiul awal 1345 bersamaan 18 September 1926, Ulama terbilang ini menghembuskan nafas terakhirnya. Jasadnya diiringi ke tanah perkuburan berhampiran Kebun Bunga Seremban oleh  lebih kurang 5000 umat Islam termasuk anak muridnya dan Almarhum Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu iaitu Tuanku Muhamad sendiri.

Tuan Shaykh Haji Abdullah Haji Muhamad Sa'id – (1905 – 1956) radhiAllahu 'anhu
Beliau adalah antara anak-anak Tuan Shaykh Haji Muhamad Sa'id radhiAllahu 'anhu menjadi khalifah pertama Tariqah Ahmadiah selepas bapanya. Dilahirkan pada tanggal 1905 di rumah kaum kerabatnya di Jalan Melayu, Kuala Lumpur.
Ibunya orang Rembau bernama Siti Zubaidah Haji Said. Masa kecilnya beliau tinggal di Bukit Tembok, Seremban dan bersekolah di Sekolah Melayu Temiang dan meneruskan pendidikan agama dengan asuhan bapanya sendiri selama 12 tahun. Allahyarham menunaikan haji pada tahun 1930. Di Mekah, beliau sempat berguru dengan Tuan Shaykh Abu Abbas bin Muhamad bin Ahmad Ad- Dandarawi radhiAllahu 'anhu yang terkenal di zaman itu.
Apabila balik ke tanahair, beliau mula mengajar agama dengan membuka pondok. Di samping itu, beliau turut aktif mengajar di masjid-masjid dan suraunya di Ampangan. Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Agong Pertama itu turut berguru dengan Shaykh Haji Abdullah. Tuanku Abdul Rahman telah memberi tauliah mengajar agama dan membawa Tariqah Ahmadiah kepada Tuan Shaykh Abdullah radhiAllahu 'anhu.
Allahyarham sangat dihormati oleh masyarakat dan sebagai pemimpin tariqah yang soleh dan berbudi luhur. Beliau suka berterus terang dalam menyampaikan dakwah dan ikhlas menolong orang-orang yang susah. Dikatakan bila ada orang-orang yang suka melakukan perkara-perkara yang mungkar, beliau akan memberi nasihat dan teguran supaya mereka bertaubat.Allahyarham
Tuan Shaykh Haji Abdullah radhiAllahu 'anhu meninggal ketika usianya 51 tahun dalam tahun 1956. kehilangannya begitu dirasai oleh masyarakat kerana dikatakan ia dianggap pakar rujuk dan doa-doanya kerap kali pula diperkenan oleh Allah.

Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa'id– (1910-1964) radhiAllahu 'anhu
Tuan Shaykh
Tuan Shaykh Haji Ahmad bin Muhammad Sa'id radhiAllahu 'anhu menjadi Khalifah Tariqah Kedua selepas Tuan Shaykh Haji Abdullah radhiAllahu 'anhu. Tuan Shaykh Haji Ahmad radhiAllahu 'anhu adalah adik kepada Tuan Shaykh Haji Abdullah radhiAllahu 'anhu
Beliau dilahirkan di Kampung Bukit Ampangan Seremban pada 26 Rabiul awal 1328 bersamaan 1912. [1]
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ampangan hingga tamat. Sebagaimana abangnya, beliau kemudiannya mendapat didikan langsung dari bapanya. Beliau menunaikan haji sewaktu berusia 15 tahun selepas kematian bapanya dan melanjutkan pengajian agama di Mekah selama 7 tahun.
Di Mekah, Tuan Shaykh Haji Ahmad radhiAllahu 'anhu berguru dengan beberapa ulama terkenal seperti Tuan Shaykh Ali Al-Maliki, Tuan Shaykh Abd Sattar Al Kutubi, Tuan Shaykh Said Al Yamani dan Tuan Shaykh Abdul Hai Al Kattani. Beliau seorang penuntut yang sangat tekun belajar dan dikasihi guru-gurunya. Sebagai tanda kecemerlangan beliau, guru-gurunya telah memberi Akuan (Ijazah) kepada Tuan Shaykh Haji Ahmad radhiAllahu 'anhu ini. Sekembalinya ke tanahair tahun 1934 beliau mendirikan madrasah yang dinamakan As-Saidiah di Rasah. Ramai ulama negeri ini yang mendapat asuhan agama dari beliau. Tuan Shaykh Ahmad radhiAllahu 'anhu ini sepertimana Allahyarham bapanya turut menguasai ilmu agama dalam bidang-bidang seperti Usulludin, syariah, tasawuf, nahu-saraf, falak dan pemegang khalifah tariqah Ahmadiah.
Apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan ditubuhkan, beliau telah dilantik sebagai Mufti Kerajaan yang pertama dan selalu diutamakan dalam majlis-majlis rasmi negara yang diadakan di Istana Negara Kuala Lumpur. Beliau juga yang telah memanjatkan doa ketika Hari Merdeka.
Tuan Shaykh Haji Ahmad radhiAllahu 'anhu banyak mengarang buku-buku dan risalah keagamaan. Antaranya ialah kitab Tuhfatul Autan, Safinatus Salamah, Kaifiat Sholat Tarawih, Al Kaulul Wafi, Firaidul Maksir, Kanzul Muiz, wirid-wirid Tariqah Ahmadiah dan lain-lain lagi.
Pada 7 Januari 1964 ( 21 Shaaban 1383) jam dua petang (Selasa), Tuan Shaykh Haji Ahmad radhiAllahu 'anhuini menghembuskan nafas terakhirnya ketika masih menjawat jawatan Mufti. Beliau dikebumikan di samping makam bapanya dalam usia 52 tahun.


Tuan Shaykh Abdul Rashid – (1918-1992) radhiAllahu 'anhu

Shaykh Abdul Rashid
Adalah Tuan Shaykh Haji Abdul Rashid bin Muhammad Sa’id Al Linggi radhiAllahu 'anhu, dilahirkan pada tahun 1918 di Kampung Ampangan, Seremban, Negri Sembilan.
Tuan Shaykh berhenti daripada sekolah Melayu dan belajar dengan saudara kandungnya, Syeikh Abdullah radhiAllahu 'anhu selama lebih kurang 3 tahun dalam ilmu Nahu, Saraf, dan Fiqah.
Dan kemudian daripada itu, Tuan Shaykh belajar dengan kekandanya, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan selama lebih kurang 2 tahun, iaitu yang ternama Al Muhaddith Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu.

Shaykh Ahmad radhiAllahu 'anhu yang diijazahkan oleb gurunya dengan nama ‘Al-Alaamah’. Ada pun nama guru kekandanya ialah Al Imam Al ‘Alaamah Al Muhadith al Kahir Shaykh lJmar Hamdan Al Mihrasi Al-Tunisi radhiAllahu 'anhu, Al Muhadith Al Kabir Shaykh Sattar Al Qutubi Al Hindi radhiAllahu 'anhu, juga dengan Sibawi pada masa itu, Al ‘Alaamah Al Kabir Shaykh Ali Al Maliki radhiAllahu 'anhu, Al ‘Alaamah Al Kabir Al Faqih Shaykh Omar Bajunid radhiAllahu 'anhu dan juga dengan Al ‘Alaamah Al Kabir Al Faqih Shaykh Muhammad Said Al-Khalidi Al-Yamani radhiAllahu 'anhu dan belajar dengannya mereka ilmu Nahu, Saraf, Hadith dan Fiqah.
Dan kemudian daripada itu Tuan Shaykh Haji Abdul Rashid radhiAllahu 'anhu tinggal di pondok Kota Bahru (Kelantan) lebih kurang 2 tahun dengan guru, Tuan Shaykh Haji Tahir Benut Payung radhiAllahu 'anhu, dan lain-lain, belajar ilmu Nahu sampai Shudur-uz-Zahab, Saraf, Almirah, Fiqab dan 2 kitab Tauhid as-Sanusi dan al Bajuri Kifayatut Awam, Mantik, Tasawwuf, ‘Arud, Qafi dan lain-lain ilmu lagi.
Kemudian belayar ke Mekah Al Mukarramah pada tahun 1936. dan belajar dengan beberapa guru di dalam Masjidil Haram. Setengah daripada guru-gurunya ialah Al Alim Al Fadhil Mudarris Madrasatul Falah Shaykh Khalil ‘Uthàibiyah radhiAllahu 'anhu, murid bagi Shaykh Umar Hamdan Al Mihrasi radhiAllahu 'anhudan belajar ilmu-ilmu Nahu, Mustalah Hadith dan Hadith Matan Al Bukhari. Dan juga berguru dengan Al ‘Alim Al Fadhil Shaykh Asmatullah Al-Bukhari radhiAllahu 'anhu dalam pelajaran ilmu hadith, seperti Muatha’ dan juga ilmu Munazarah dan ilmu Isti’arah. Dan dengan gurunya yang bernama Al ‘Alim Al Fadhil Hussin Palembang radhiAllahu 'anhu, dapat belajar ilmu Tafsir Jalalain dan Qawaid Fiqah.
Shaykh Abdul Rashid
Dan dari gurunya yang bernama Al ‘Alim Al ‘Alaamah Al Adib An Nahar Shaykh Yasin Al Adib Al Mansuri radhiAllahu 'anhu, murid Al ’Alaamah Al Kabir Shaykh Abdul Majid Al Laban Al Azhar radhiAllahu 'anhu, beliau belajar ilmu Nahu, Saraf, Syarah Jauharul Maknun (Balaghah Bayan Badi’) dan Al ‘Isti’arah dan ilmu Arud, Qawafi, Tarih Nurul Yakin, Tarikh Khulafa dan Tasawuf dan sedikit kitab Bukhari dan Tafsir Jalalain dan Usul Fiqah Jam’ul Jawamik dan Mustalah Hadith hingga ilmu Tajwid. Dan hanyaklah beliau dapat faedah yang penting yang memberi pengajaran pada dirinya dan fikiran yang jelas.
Setengah daripada guru-gurunya juga ialah Al Ustad Mukhtar Al Fathani radhiAllahu 'anhu, dan belajar dengannya ilmu Nahu dan Mantik (seperti Tahzib), ilmu Usul Tafsir, ilmu Mustalah hadith, ilmu Tasyrih, Nahu, Usul Fiqah dan lain-lain.

Beliau kemudian belayar pergi ke Madinah selama 2 bulan setengah, dan kemudian belayar ke negeri Syam (Damsyik) masa Jepun memerintah Tanah Melayu dan belajar dengan seorang guru yang bernama Shaykh Abdul Kadir Asy Syamut radhiAllahu 'anhu, membaca At Tahrir, dan Mahalli, dan kemudian belajar dengan guru yang ‘alim iaitu Al ‘Alim Al Alaamah Mudarrith Bikul-Liyatish Jamiyah radhiAllahu 'anhu, Shaykh Abdul Karim Ar-Rifa’i radhiAllahu 'anhu, belajar dengannya ilmu Fiqah, Usul Fiqah, seperti Lubbul Usul, Nihayatul Sul, Al Lumak, Mahalli, ilmu Wadha’, ilmu Hikmah, ilmu Ma’kulat, Fiqah dan ilmu Mantik.
Dan setengah dari guru-gurunya ialah Al ‘Alim Al ‘Alaamah Mudarrith Bikul Liyatish Syariah di Damsyik, Shaykh Abdul Kadir Asy Syamut radhiAllahu 'anhuyang adalah beliau mengajar empat mazhab di kuliah dan beliau mengaji dengannya lebih kurang 7 tahun, belajar ilmu Nahu, Saraf, Fiqah At Tahrir, Mahalli dan Usul Fiqah Nihayatul Sul, Balaghab Jauhal Maknun dan Talkhis, Mantik Al Baijuri, Tarikh dan Adab. Banyaklah dapat dipelajari daripada Adab seperti Al Hamasi dan lain kesemuanya disebutkan cara ringkas sahaja.
Tuan Shaykh Abdul Rashid bin Muhammad Said Al-Linggi radhiAllahu 'anhu merupakan adik kepada Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa'id radhiAllahu 'anhu. Setelah kepergian abangnya beliau dilantik untuk menjadi pemimpin Tariqah Ahmadiah. Jasa beliau dalam menyebarkan lagi ajaran Tariqah Ahmadiah sentiasa dikenang khususnya bagi ikhwan-ikhwan di Singapura.
Sidi Abdul Rashid
(Petikan daripada Manaqib Al-Ustaz Sayyid Abdul Rahman Bin Ahmad Alkaff radhiAllahu 'anhu – 1998, m.s. 10)
Dari tahun 1950, Ustaz Syed Abdul Rahman bergurukan Tuan Shaykh Haji Abdul Rasyid Ad-Dimashqi radhiAllahu 'anhu.
Tuan Shaykh Haji Abdul Rasyid radhiAllahu 'anhu memang mempunyai ilmu yang luas. Di antara kelebihannya :-
  •  Hafaz Al-Quran
  •  Alim di dalam ilmu Bahasa Arab
  •  Alim di dalam ilmu Nahu, Saraf, Balaghah, Mantiq
  •  Alim di dalam ilmu Fiqeh
  •  Alim di dalam ilmu Tafsir
  •  Alim di dalam ilmu Hadith
  •  Alim di dalam ilmu kitab-kitab As-Sittah
Tuan Shaykh Haji Abdul Rasyid radhiAllahu 'anhu mengajar di rumahnya, antara muridnya :
  •  Al-Ustaz Syed Abdul Rahman Alkaff
  •  Al-Ustaz Hj Osman bin Yusuf
  •  Al-Ustaz Hussein Makhdum
  •  Al-Ustaz Kiyai Kasmin
Tuan Shaykh Haji Abdul Rasyid radhiAllahu 'anhu telah mengajar kitab-kitab (antaranya) :
  •  Bujairimi ‘ala al-Khatib
  •  Sabulus Salam
  •  Usul al-Fiqh
  •  Al-Luma’ fi Usul al-Fiqh
  •  Kitab Usul al-Hadith
  •  Kitab al-Mantiq
  •  Kitab Mustholaha al-Hadith
Nota: Adapun Abdul Kadir Asy Syamut dan Al ‘Alaamah Shaykh Abdul Karim Ar Rifa’i, kedua-duanya ni murid bagi Al ’Alaamah Al Kabir Al Muhadith Asy Syahin Muhadith Addunya Wal Islam Shaykh Badruddin Ad Damiski Al Hussaini ra.


Sohibus Samaha Tuan Shaykh Murtadza bin Ahmad (lahir tahun 1937)

Dato' Tuan Shaykh Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad – Beliau dilahirkan pada 23 Safar 1356H bersamaan 5 Mei 1937. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Dato' Shahbandar, Rasah. Kemudian meneruskan pengajiannya di Singapura bersama bapa saudaranya Sidi Abdul Rasyid dan kemudian di sekolah agama Al-Atas, Johor Bahru hingga tahun 1956. Pada tahun 1957, beliau melanjutkan pelajaran di al-Mashor, Pulau Pinang. Kemudian tahun 1961 beliau menyambung pengajiannya ke luar negara iaitu di Maahad al-Kaherah dan seterusnya menuntut di Universiti al-Azhar, Cairo pada tahun 1967 hingga 1974.
Sepanjang di Mesir beliau terlibat dengan Persatuan Melayu Mesir (PMRAB). Menjawat beberapa jawatan terpenting Persatuan tersebut dan berkawan rapat dengan ramai sahabat di Malaysia dan pelajar-pelajar Brunei, Singapura , Indonesia , Filipina dan Maldives dan terlibat bersama-sama rakan Malaysia membentuk Pakatan Mahasiswa Asia Tenggara. Tamat pengajian pada tahun 1973 dan berada di Malaysia pada tahun 1974.
Bermula 10 Ogos, 1987 bertugas sebagai Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus hingga April 2009.

Ijazah Pentauliahan Silsilah Mufti
Ijazah Pentauliahan beliau













ZIARAH MELAKA 
USTAZ ZULKIFLI BAITUL QURRO MELAKA 





ULAMA TERTUA MELAKA
TUAN GURU HAJI AHMAD , Guru kepada Ustaz Zulkifli Bitul Qurro Melaka



1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM SAYA AISYAH...SAYA INGIN MENANYAKAN TENTANG BAGAIMANA SAYA BOLEH BERJUMPA DENGAN SHEIKH MURTAZAH..TUJUAN SAYA UNTUK MENCARI ILMU DARI TUAN SHEIKH INI...SAYA BERSERTA SUAMI SAYA,BAGAI MANA SAYA INGIN BERTEMUNYA DAN SETERUSNYA UTK MENIMBA ILMU AGAMA...HARAPAN SAYA ENCIK DAPAT MEMBANTU SAYA...INI EMAIL SAYA ...ecah_ate@yahoo.com...ini no tel phone saya 0176734602

    ReplyDelete

ampuni kami