Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, March 10, 2013

Allah zahirkan kebenaran , Anwar tak liwat!!!


Liwat II: Pendedahan Azlan, apa kata Dr Haron Din


SHAH ALAM: Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.

Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.

Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.

“Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.

“Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan,” kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk ‘Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?’ malam tadi.

Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.

“Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.

“Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah,” ujar Dr Haron.

Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya.

9.1.2012 yang lalu :

Kenapa saya ke perhimpunan Bebaskan Anwar 901 ? Ramai yang tanya , saya jawab !- Helmi Assyafie


KESAL RAMAI MASYARAKAT BELUM FAHAM MATLAMAT PERJUANGAN UNTUK MENENTANG KEZALIMAN , INI JIHAD YANG DITUNTUT AGAMA 

Ulama Haraki dari Mahad Tarbiah Derang Kedah 

Assalamualaikum Wb , Saudara pengikut blog ...
Ramai orang yang hubungi saya dan bertanya mengapa nampak semangat macam pro Anwar ?
Setengah sahabat hubungi saya melalui fb dan msj , mereka menegur saya mengapa turun perhimpunan 901 Isnin lalu dan sokong Anwar Ibrahim ?

Saya ingin menjawab malam ini 10 Jan 2012
Sebenarnya saya tetap dengan pendirian saya sebagai perjuang Islam , saya berjuang kerana Allah tanpa bayaran dan tanpa mengemis pangkat walaupun saya ada jawatan dalam PAS ...
Saya berjuang atas dasar Islam dibawah nama PAS kerana Malaysia tiada pertubuhan yang kuat untuk perjuangkan ISLAM kecuali PAS .
Saya ahli PAS bukan Keadilan .
Mengapa saya sokong Anwar ?

Sebabnya saya yakin Anwar difithnah ...
Didalam Islam siapa yang fithnah muslim dihukum samada Munafiq atau Fasiq ...
Anwar sudah nafi bahawa beliau tidak liwat ...Maka kita sebagai orang beriman perlu memihak kepada Anwar sebab Anwar sudah nafikan ...Sedangkan Saiful belum kemukakan 4 saksi maka kebenaran memihak kepada Anwar ....Ini telah difatwakan oleh ulama .....

Fatwa Qaradawi tentang konsprasi terhadap Anwar Ibrahim .


Saya berkeyakinan Anwar Tidak bersalah dan Anwar tidak lakukan liwat ini ....UMNO/BN merancang konspirasi Fithnah 1zaman Mahathir , Fithnah 2 dan 3 zaman Najib ...Pemimpin UMNO dan BN terlibat dalam konspirasi ini berdasarkan bukti yang dikemukakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat termasuk PAS dan Kedailan ...Kebenaran dan hujah sangat kukuh Anwar tidak lakukan ...
Ini bukti yang saya telah masukkan dalam blog ini satu masa dulu

UMNO/BN Dalang Fithnah terhadap Anwar Ibrahim !!! Satu pendedahan. Penting wajib tonton untuk menjadi rakyat yang bermaklumat



LIHAT FITHNAH ZAMAN MAHATHIR SATU KETIKA DULU, MAHATHIR YANG MENGAKU !!!

Pengakuan Mahathir Terhadap Anwar Ibrahim



INI TULISAN SAYA LAGI PADA TAHUN LEPAS : 

Saya yakin dan percaya Anwar dizalimi.
SAYA SEDIH RAMAI ORANG BELUM FAHAM PERJUANGAN , RAMAI YANG BENCIKAN ANWAR SEBAB TERPENGARUH DENGAN UMNO YANG FITHNAH ANWAR DENGAN PRO CHINA , INDIA DAN YAHUDI.

Saya kesal ada segelintir sahabat yang marah saya sokong Anwar ....Anwar dizalimi , wajib atas orang beriman bela beliau ...
Tn Guru Nik Aziz , Tn Guru Hj Hadi termasuk Tn Guru saya Tn Guru Hj Salleh sangat simpati dengan Anwar
Ibrahim .Beliau hanya dituduh pro china ,pro india dan pengkhianat melayu oleh UMNO ...Jangan kita termakan dengan dakwaan tersebut. Ulama yang faham fiq Siyasi mereka akan membela Anwar dan menolak kezaliman dan fithnah terhadap beliau .

ANWAR BERSAMA ULAMA , lihatlah;

Maka saya sebagai rakyat yang sentiasa mengambil berat tentang perkembangan politik tanah air dan berlandaskan ilmu agama yang saya pelajari maka saya rasa terpanggil berjuang menentang kezaliman ini .

ISU FITHNAH ANWAR BUKAN ISU PERIBADI TETAPI ISU KEADILAN RAKYAT .
Kalau Anwar mereka sanggup zalimi siapa kita rakyat ?
Pemimpin UMNO dan BN sanggat rakus kuasa , Kebangkitan Rakyat sebagai hakim negara akan menentukan siapa yang layak memimpin negara ...

Soal Perdana Menteri Soal lain , ini telah ditegaskan oleh Tn Guru Hj Hadi , jangan bahas siapa perdana Menteri kerja kita sekarang jatuhkan KEZALIMAN ....

ANWAR TUBUH KEADILAN SEMATA-MATA PERINTAH ALLAHYARHAM USTAZ FADZIL NOR PRESIDEN PAS DULU , BUKAN BELIAU PANDAI-PANDAI DAN MELANGKAH PAS...
BELIAU IKUT NASIHAT USTAZ FADZIL UNTUK TARIK PENYOKONG UMNO DAN ATAS PAGAR ...Jikalau Anwar salah dalam UMNO dulu , dia dah bertaubat ...Allah terima taubat setiap hamba , siapa kita tak nak maafkan Anwar?
Jikalau Anwar pengkhianat mengapa ulama masih sayangkan dan mahu berkawan dengan beliau ?
Mengapa Ustaz Fadzil Nor , Tn Guru Hj Hadi , Tn Guru Nik Aziz dan ramai lagi ulama sokong Anwar ?
Siapa kita ? .....Bukalah dada, berlapanglah dada terimlah kenyataan ini ....
Sahabat Nabi SAW ,ramai yang muallaf mengapa kita susah nak terima orang yang bersalah yang sudah bertaubat ? Maksumkah kita ?
Hairan saya dengan segelintir sahabat dari kalangan PAS dan masyarakat yang banyak termakan dakyah UMNO /BN yang sengaja membunuh keyakinan rakyat pada Anwar ...Bukan isu Anwar yang saya ketengahkan tetapi isu gelombang perubahan yang saya ingin nyatakan . Berubahlah cara berfikiran , marilah kita buat perubahan untuk Negara tercinta ini , tolak kezaliman dan rakus kuasa sang pemerintah yang zalim .
Marilah kita bersama PAS dan PR jatuhkan kezaliman ini....Jihad menentang kezaliman merupakan satu perkara wajib dalam Islam !!! 

Saya pergi ke himpunan Bebaskan Anwar 901 , Isnin lalu bersama ulama Mahaad Derang Kedah adalah satu niat satu matlamat , tujuan kami kerana Allah untuk menyokong Anwar yang dizalimi dan niat kami untuk menyatakan kebencian kami kepada kezaliman dan fithnah . Anwar bukan isu , isunya melawan kezaliman dan fithnah

2 comments:

  1. Salam... saya hormati ketetapan anda menyokong dan mempercayai anwar atas dasar 'anwar dah nafi yang dia tidak liwat saiful'.. 1. adakah ini nas yang perlu anda percayai tanpa sebarang rasa curiga?
    2. Saiful telah menyerahkan nasib diri, mendedahkan diri beliau kpd keadilan Allah melalui sumpah laknat 'mengikut tatacara islam'...sedangkan anwar mengelaknya dgn berbagai alasan. adakah anda ingin katakan bahawa ianya dihirau Allah, boleh diabaikan begitu sahaja?
    3. Ujian forensik menyatakan terdapat DNA anwar dlm dubur saiful... penghakiman ini diakui amat berwibawa oleh semua pihak dan pembangkang sendiri tidak nafikan, adakah ini perlu diabaikan? dan
    3. Karpal singh (peguam anwar) sendiri mengakui bahawa kejadian liwat benar-2 berlaku, tapi atas dasar suka sama suka (saiful tidak melawan).
    sila berikan pencerahan tuan jika kebenaran yang tuan cari didunia yang penuh dgn penipuan ini.

    ReplyDelete

ampuni kami