Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, December 16, 2012

Tn Guru Hj Salleh Musa cerita kehebatan Syeikh Muhamad Ali As Soubuni ...


Alhamdulillah Allah memberi kesempatan dua tokoh ulama bertemu anatara Syeikh Ali As Soubuni berusia 83 tahun bersama Tn Guru Hj Salleh Musa berusia 85 tahun .
Dikesempatan saya bersama Tn Guru Hj Salleh , Syeikh Muslim dan sahabat Pondok Ar Rahmaniah Sik saya ingin kongsi cerita manis untuk menafaat bersama .

Walaupun Tn Guru Hj Salleh Musa dan Syeikh Muslim padat dengan jadual dakwah tetapi apabila mengetahuai ada pihak mengatur pertemuan antara Tn Guru Hj Salleh bersama Syeikh Ali As Soubuni pada jam 12.30 tengahari maka takdir Allah Tn Guru setuju untuk ke Sungai Petani untuk menemui Syeikh Ali Soubuni di Hotel.
Jam 6,30 petang takdir Allah barulah bertemu dua permata ini .
Syeikh Ali sedang tunggu Tn Guru di kamar hotel beliau . Pertemuan singkat  tetapi penuh bermakna buat dua permata ini .
Syeikh Ali As Soubuni menceritakan kisah pengelaman beliau dan bertukar pandangan bersama Tn Guru Hj Salleh . Mereka masing-masing menceritakan pengelaman belajar dan sebagainya .
Setelah itu Syeikh Ali mula buka isu Syria
Katanya :
"Siapa yang sokong Basyar Assad atau syang Basyar maka dia akan bersama Basyar Assad dalam Neraka "
Syeikh Ali cerita dengan nada sedih dan nada sangat tegas memarahi Basyar menzalimi rakyat .
Ramai ulama dan rakyat terbunuh . Hampir 50 ribu telah dibunuh oleh Basyar Presiden yang menganut fahaman Syiah .
Syeikh Ali As Soubuni telah ditawar oleh Basyar Assad supaya Syeikh Pulang dari Saudi  untuk tenteramkan rakyat Syria , Syeikh ditawarkan keistimewaan oleh Basyar tetapi beliau berkata " Boleh aku pulang ke Syria dengan syarat aku dapat berdepan dengan Basyar dan aku akan kata padanya (Basyar ) kamu zalim , kamu pengkhianat agama dan rakyat"
Syeik mengatakan wajib berjihad menentang Basyar kerana Basyar membunuh dan menzalimi rakyat Syria .
Haram bersama orang zalim, wajib menentang kemungkaran


Selain itu Syeikh berpesan kepada kami murid Tn Guru Hj Salleh .Syeikh berkata
" Kamu semua mesti ada niat untuk berjuang dan mati syahid , jika ada niat walaupun kamu mati ditempat tidur kamu kamu akan dapat pahala syahid "

Tn Guru sangat kagum dengan ketokohan Syeikh Ali As Soubuni
Tn Guru berkata
Syeikh Ali As Soubuni adalah ulama yang ikhlas , ulama yang beramal dengan ilmu dan memiliki karamah , dan Tn Guru Hj Salleh Musa berkata Syeikh Ali As Soubuni merupakan seorang wali .
Tn Guru Hj Salleh menceritakan hal ini berkali-kali dalam kuliah umum di Pondok Ar Rahmaniah
Tn Guru menceritakan pengalaman beliau bersama Syeikh Ali ada pekara pelik yang Allah tunjuk kepada Tn Guru , Masyallah ....Inilah kelebihan ulama yang ikhlas dengan ilmu dan berjuang demi agama 

Dalam ucapan umum Syeikh Ali Soubuni berkata "jika aku masih muda aku akan turun berjihad di Syria!"
ALLAHUAKBAR!!!

3 comments:

  1. share sikit perkara pelik yg berlaku...

    ReplyDelete
  2. slm..
    boleh taw apa komen tn guru haji salleh berkenaan dgn syeikh dr. ramadhan al-buthi?

    ReplyDelete
  3. ya Allah beri lah aku peluang mencium tangan ulamak ini sebelum beliau menutup mata buat kali terakhir...

    ReplyDelete

ampuni kami