Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, December 30, 2012

Pertahankan Amanat Tn Guru Hj Hadi 1981

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Saya rasa terpanggil untuk pertahankan amanat Tn Guru Hj Hadi bukan kerana taksub kepada Presiden PAS tetapi atas dasar prinsip ilmu dan perjuangan .
Saya menyeru masyarakat terutamanya anak muda supaya kita pesiapkan bahan untuk pertahankan amanat ini dengan cara mematah hujjah  golongan yang tidak mengerti hakikat ucapan Tn Guru Hj Hadi .

Naik darah bila lihat Utusan Malaysia dan Berita Harian yang menampilkan beberapa kerat golonan ulama yang tidak faham kaedah agama cara menyeluruh  , munggkin mereka tidak mendalami hukum hakam politik atau mereka belajar tetapi ada agenda tertentu untuk membela kebatilan pemerintah membuatkan mereka hilang prinsip  .
 JAKIM hari ini bersuara mengarahkan amanat 1981 ditaik balik ? Apa dah jadi dengan JAKIM banyak lagi kerja agama masih tertangguh , kes murtad tidak dibendung , kes anak zina makin bertambah  kezaliman pemerintah tidak ditegur , mengapa nak campur urusan soal perjuangan PAS ? Mengapa nak ambil tindakkan jika Tn Guru Hj Hadi pertahan amanat tersebut ?
Amanat itu tidak langsung menyebut UMNO kafir  . UMNO yang tuduh PAS kata UMNO kafir .

Marilah kita berhujjah dengan dalil agama mengikut kaedah yang terdapat dalam kitab syara .

Soalan saya , apa yang tak betol dengan amanat ini ? 
Sila nyatakan dimana tak kena ? 
Bagi orang yang belajar ilmu Ahli Sunnah mesti tidak akan tolak perkataan ini . 
Dalam kitab tauhid tak kira kitab arab atau jawi mesti sebut agama Islam itu adalah apa yang disampaikan oleh Rasul daripada hukum hakam . Maka hukum hakam yang bersangkut dengan kita orang mukalaf dalam soal Aqidah , Syariat( Fekah ) dan akhlak ( Tasauf) . 
Jika ambil Aqidah saja tolak syariat rosak aqidah , jika ambil aqidah dan syariat sahaja tolak tasauf pun boleh rosak aqidah sebab semua ini berkait dengan hukum agama . 
Jika asingkan politik dengan agama seperti orang UMNO kata " ulama mengajar di Masjid dah la , jangan masuk campur urusan politik " ini adalah fahaman yang salah . 
Fahaman Ahli Sunnah Agama dan kehidupan tidak dapat dipisahkan . Jika pisahkan agama dengan kehidupan seseorang itu boleh jatuh kufur . 
Jika tak puas hati dengan pandangan saya , saya menyeru supaya diadakan muzakarah bila-bila masa dimana sahaja Insyallah saya akan turun mempertahankn hukum Allah bukan presiden saya tetapi mempertahankan Hukum seperti yang ahli sunnah kehendaki , ramai masyarakat tidak faham kerana jasa UMNO selama 50 tahun lebih perintah negara tidak pedulikan ilmu agama untukb rakyat , ramai ulama digam kerana cakap yang haq  . 
Ramai orang tidak faham soal ini disebabkan kejahilan ilmu tentan fekah politik . 
Lebih malang ulama UMNO hanya ajar hukum fardu ain bab ibadat sahaja sedangkan Fekah terbahagi 4 Ibadah seperti solat  ,puasa , zakat, haji . Ke 2 Muamalat. Ke 3 Munakahat (nikah kahwin dalam islam). Ke 4 Jinayat (hukuman Islam kepada pesalah ) 
Jika tolak satu dari 4 ini maka seseorang itu akan sesat dan terkadang rosak aqidah. 
Ramai ustaz UMNO tidak hurai semua ini , mereka hanya pandai perkatakan aqidah tetapi mereka tidak mengerti apa itu aqidah sebenar menurut aqidah ahli sunnah wal jamaah .
Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno.Sebaliknya dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi 'amanat' itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

SEBENARNYA AMANAT 1981 ITU HANYA UCAPAN BUKANNYA AMANAT YANG RASMI .
"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," .Sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Ust Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

"Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.

"Inilah yang dikatakan putar belit media Umno,"
Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.

"Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafi.Budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri.

"Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir,"

1 comment:

  1. Tuan begitu bersemangat untuk mempertahankan hukum islam? sungguh mulia dan sangat dianjurkan. satu soalan, apakah benar pas ingin melaksanakan hukum islam? Hj Hadi kata sebaik kokokan ayam pada pagi selepas pas menang, akan dilaksanakan hukum hudud di terengganu. Tapi bila menang pas di sana, Hj Hadi kata Hudud hanya 0.0001% sahaja dari undang2, banyak perkara lain lagi yang perlu kerajaan fokus. Mustafa Ali dan hj Hadi juga berjanji akan mempertahankan perlembagaan persekutuan (undang2 lord Reid), jika PR pegang putrajaya, ini termaktub dlm buku jingga PR. Adakah selepas PR menang, maka tuan akan memerangi pas dan PR pula?.
    Sebenarnya hujah tuan diatas agak dangkal dan penuh emosi... islam tidak berdiri atas faktor emosi.
    Tuan kata Amanat tersebut tak menyebut pas kafirkan umno, tapi bagaimana pula dgn tindakan ahli2 pas yang tidak makan sembelihan dan kenduri org umno, tidak sembahyang dibelakang imam umno, tidak mengiktiraf nikah imam umno, sembahyang dua imam dan sebagainya. tuan jangan kata saya reka, ini berlaku dikampung saya di Siong, Baling.
    Tuan boleh nafi segalanya, tapi hakikat adalah perkara ini benar2 terjadi. Tuan boleh tipu manusia, tapi tidak Allah dan diri sendiri. Sekadar menjadi pelajar pondok bukan alasan nak kata kita lebih islam.....

    ReplyDelete

ampuni kami