Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, July 27, 2012

Umat Islam harus bangkit bela saudara Rohingya



Terkini , lihatlah masjid tempat ibadah umat Islam turut dibakar di Myanmar!!!
Doa kita seluruh ummat Islam diperlukan sekarang untuk membantu saudara kita di Myanmar!!!



KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh dunia harus bangkit menyatakan bantahan terhadap kekejaman Junta Myanmar melakukan kezaliman berterusan terhadap saudara Islam Rohingya di negara itu.

Sehingga kini dianggarkan puluhan ribu maut ditembak, disembelih dan dibakar manakala masjid dan perkampungan turut dibakar, mayat-mayat dicampak ke laut dan gadis-gadis diperkosa sampai mati.

"Apakah kita hanya mahu melihat mereka disembelih, dibakar dan dizalimi sebegitu rupa. Mana pemimpin Islam, mana kekuatan Umat Islam?

"Siapa lagi yang mereka boleh harapkan untuk membela nasib mereka jika bukan kita," kata Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap di himpunan aman Rohingya di perkarangan Masjid Masjid al-Syarif, Gombak sejurus selesai solat Jumaat hari ini.

Hampir 200 orang menyertai himpunan itu bagi membantah tindakan kejam pemerintah Myanmar terhadap kaum Rohingya di negara itu.

Turut berucap pada himpunan itu Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad, Pengerusi Shura Abdul Ghani Shamsuddin, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad, Ketua Penerangan Suhaimi Abdul Aziz serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor Khairul Fahmi Mat Som.

Kamruzzaman berkata, himpunan hari ini juga merupakan tanda sokongan dan solidariti umat Islam Malaysia terhadap warga Rohingya yang dizalimi.

"Atas semangat persaudaraan, kita perlu bangkit menentang kekejaman junta yang menindas rakyat.

"Jika kita bangkit membantah, kita harap kuasa-kuasa besar dunia membuka mata dan mendesak pihak junta menghentikan kezaliman mereka," katanya.

Selain di Kuala Lumpur, himpunan aman Rohingya anjuran Dewan Pemuda PAS hari ini turut diadakan di seluruh masjid terpilih di seluruh negara.

Di Sabah, Kira-kira 200 umat Islam berhimpun secara aman bagi tujuan sama.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu berkata, umat Islam khusunya di negeri ini perlu bersatu dan menunjukkan kebersamaan terhadap umat Islam di negara-negara lain.

“Kekejaman terhadap umat Islam Rohingya ini merupakan isu sejagat umat Islam yang lain. Kita mesti bersama dengan mereka... menyokong serta menghulurkan apa-apa yang boleh disumbangkan hatta dengan harta sekalipun.

“Kita juga mendesak, kerajaan Malaysia mengambil tindakan sewajarnya. Sebagai sebuah negara Islam seperti mana yang digembar-gemburkan, adalah amat malang sekiranya kerajaan hanya mahu melihat tidak berdaya berbuat apa-apa,” jelasnya.

Katanya, kerajaan Malaysia harus melihat isu ini secara tegas dan matang dengan menyatakan secara tegas terhadap kerajaan Myanmar.

“Kita mahu, kerajaan Malaysia selaku rakan ASEAN dengan Myanmar melihat secara tegas. Katakan secara tegas kepada Myanmar untuk tidak berlaku kekejaman terhadap umat Islam di sana,” ujar Lahirul.

Perhimpunan aman yang berlangsung di Masjid Bandar dekat Kota Kinabalu berakhir dengan beramai-ramai mengaminkan bacaan doa dan doa qunut nazilah yang diketuai oleh Murtaza Othman yang juga Exco Tarbiyah, Pemuda PAS Sabah.

Di negeri Terengganu, himpunan aman yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu berlangsung di Masjir Pasil Minal dengan kerjasama NGO-NGO Islam yang lain.

Himpunan tersebut di ketuai oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz.

Beliau berkata, PAS kesal dengan sikap talam dua muka ‘double standard’ Pertubuhan Bangsa-bagsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (PIC) dan Kerajaan Malaysia yang hanya menutup mata dengan penyembelihan umat Islam Rohingya

Menurut beliau seramai tidak kuran 500 orang uat Islam menyertai bantahan aman tersebut sebaik selesai solat Jumaat dan solat sunat hajat.

Katanya, sebanyak RM2000 derma Berjaya dikumpulkan dan akan diserahkan kepada pihak Dewan Pemuda Malaysia untuk dihantar ke Arakan.


No comments:

Post a Comment

ampuni kami