Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, January 23, 2012

Mudir Pondok Pasir Tumboh (Kini)- 2012


Ulama' yang ikhlas & beramal dengan ilmunya makin lama makin tunduk.Seperti resam padi,makin berisi makin tunduk.Itulah ulama',depa tak berbangga dengan ilmu yang depa ada malah depa cukup tawadhu'.Kali ni saya nak kongsikan perihal Tok Guru Hj Wan Muhammad Wan Othman (Mudir Pondok Pasir Tumboh,Kota Bharu,Kelantan) sekarang yang menggantikan Tok Guru Hj Hashim Abu Bakar (Ayoh Sin) yang telah pun kembali ke rahmatullah pada 30 Ogos 2011/1 Syawal 1432H lepas.


Tok Guru Hj Wan Muhammad Wan Othman @ Ustaz Mat Tendong
   Selalunya orang ramai panggil Tok Guru Hj Wan Muhammad Wan Othman ni dengan panggilan Ustaz Mat Tendong (Tendong adalah nama tempat dalam jajahan Pasir Mas).Setahu saya,Ustaz Mat Tendong ni menuntut ilmu lebih kurang 20 tahun di Pondok Pasir Tumboh dengan tiga orang tok guru iaitu Tok Guru Hj Mustafa Abu Bakar,Tok Guru Hj Abd Aziz Abu Bakar (2 beradik yang mengasaskan Pondok Pasir Tumboh) dan Tok Guru Hj Hashim Abu Bakar (adik ipar kepada 2 tok guru).

   Ustaz Mat Tendong memulakan pengajian pondok beliau di Pondok Tok Selehor,Tumpat pada tahun 1954.Di situ Ustaz Mat Tendong berguru dengan anak murid Tok Selehor selama setahun sebelum berguru dengan menantu Tok Selehor iaitu Tok Guru Hj Awang Hitam.

   Pengembaraan ilmu beliau tak terhenti di situ.Akhirnya pada tahun 1964 Ustaz Mat Tendong memulakan pengajian di Pondok Pasir Tumboh,Kota Bharu,Kelantan.Di pondok ni lah Ustaz Mat Tendong berguru dengan ketiga-tiga orang tok guru besar Pondok Pasir Tumboh sepertimana yang saya dah sebut kat atas tu.Ustaz Mat Tendong ni mendirikan rumah tangga bersama dengan anak Tok Guru Hj Mustafa Abu Bakar dan dikurnikan 4 orang anak.

   Antara peribadi Ustaz Mat Tendong ni beliau tak terlalu menonjolkan dirinya sebagai seorang tok guru.Penampilan terlalu biasa.Kalau di kedai kitab miliknya tu,beliau hanya mengenakan baju pagoda dan kain pelikat.Dalam kedai tu,rajin Ustaz Mat Tendong ni dhobit kitab-kitab.

   Pernah kawan cerita tentang sikap tawadhu' beliau.Satu hari datang orang luaq ke pondok lalu nak jumpa Ustaz Mat Tendong.Disebabkan penampilan Ustaz Mat Tendong yang terlalu biasa,orang tu tak kenai.Akhirnya orang yang tak kenai Ustaz Mat Tendong ni tanya sendiri kepada beliau sedangkan orang yang dia tanya tu adalah orang yang sebenaq dah.

   'Pak cik,mana rumah mudir pondok?',tanya orang tu.
   Ustaz Mat Tendong jawab 'tu kedai dia.'
   'Mana orang dia?Tak dak pun.'balas orang tu.
   Ustaz Mat Tendong jawab 'sat gi dia ada la tu.'

   Hee.Padahal orang tu dah berjumpa dah si mudir pondok tapi disebabkan tak kenai,lalu dia tak tau yang tu la mudir pondok.Ustaz Mat Tendong pun tak jawab yang dia adalah mudir pondok.Akhirnya bila jumpa kat kedai tu,tau la dah sapa mudir pondok.Agak-agak la kan apa reaksi si orang yang nak berjumpa tu kan bila dia tau orang yg dia panggil pak cik tadi tu adalah mudir pondok. ^^,

   Sungguh,beliau cukup tawadhuk.Kalau hajat dari orang ramai,beliau tak hampakan contohnya nak minta buat ayaq tawaq ka,tolong solat hajat ka dsb.

   Doakan Ustaz Mat Tendong terus sihat bagi memimpin Pondok Pasir Tumboh,Kota Bharu,Kelantan yang telah pun menjangkau usia hampir 60 tahun.


sumber: http://amzarazmi.blogspot.com/2012/01/mudir-pondok-pasir-tumboh-kini.html


No comments:

Post a Comment

ampuni kami