Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, September 28, 2011

Lawan Hudud bermakna lawan Islam bukan lawan PAS - Ust Azhar

Kuliah Jummat Tn Guru Hj Salleh dibuka semula Jummat ini 30/ 09 /2011 . SEBARKAN



Kuliah Mingguan setiap Jummat akan dibuka semula pada Hari Jummat 30/ 09 /2011  bersamaan 2 Zulkaedah 1432 H ...
Kulaih brrmula pada jam 8 Pagi
Tuan Guru Hj Salleh b Musa akan baca kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid ke 2
                                                             kitab Tauhid - Aqidahtul Najin

Syeikh Muslim akan baca kitab Fekah Bahrul Mazi ...

Kulaih lain belum dibuka lagi , Tn Guru hanya buka kuliah Jummat dan kuliah harian khas untuk pelajar remaja sekarang , Tn Guru masih bercuti munggkin sehingga Raya Haji...
Sila semak jadua terkini Tn Guru di :

http://pondoktauhid.blogspot.com/2011/09/jadual-kuliah-tn-guru-hj-salleh-bin.html

TOLONG SEBARKAN KEPADA MASYARAKAT UMUM YANG MENCINTAI ILMU AGAMA

Sambutan Ulang Tahun PAS ke 60 di Pulau Pinang Jumaat - Sabtu ini


Jadual Program Syeikh Saad Jawish di Kedah


 

  29 SEPTEMBER 2011 (KHAMIS) :  MASJID ALBUKHARY      PUKUL 7 .00 MALAM
30 SEPTEMBER 2011 (JUMAAT) : PAKSI SUNGAI PETANI  PUKUL  9.30 PAGI
                                                                 MASJID BAKAR ARANG PUKUL 7.30 MALAM


Tuesday, September 27, 2011

Najib jamin BN tidak akan laksanakan Hudud


Masyallah tak sangka Najib !
Sanggup mengeluarkan perkataan seperti ini . Kalau tahu ini hukum Allah kenapa kamu sebagai perdana menteri tidak mahu melaksanakannya . Kalau kamu tak mampu mengapa tidak biarkan pada PAS untuk laksanakan ? Mengapa tidak mencuba , sedangkan Najib kata Najib tahu ini hukum Allah ?
Perkataan seperti ini jelas mengambarkan apa yang ada dalam batin Najib . Hati Najib ragu-ragu dalam soal hukum Allah . Kita PAS bertungkus lumus memperjuangkan Hudud walaupun dipermainkan oleh UMNO . PAS tetap yakin dengan hukum Allah ...Mana ulama yang kata Najib Ahli Sunnah ? Mengapa ulama , Mufti diam dalam soal isu ini . Isu ini merupakan Isu Aqidah Ummat . Perlu ada tinddakan bagi mana-mana mereka yang memainkan isu ini untuk kepentingan Politik . UMNO keluar kenyataan ini kerana kepentingan politik mereka agar MCA tidak lari dari BN . BN tak ikhlas mempertahankan Islam . BN /UMNO tidak layak lagi memimpin negara , kalau macam ini sikap UMNO maka Islam akan tinggal nama di Malaysia sedangkan penghayatan sudah tiada akibat dari jasa tindakkan pemimpin yang jahil dan tidak yakin dengan hukum Islam

Tn Guru Hj Abdul Hamid , Pondok Seligi Kelantan strok setengah badan - mohon doa dari semua


(Tn Guru Hj Abd Hamid ditengah , semasa menziarahi Pondok Sik )

Tn Guru Hj Abd Hamid Pondok Seligi strok separuh badan semalam , kini di Hospital Kuala Kerai , Kelantan . 
Ustaz Shah Setiausaha Pondok Seligi mengkhabarkan berita ini pada ana pagi semalam .
Tn Guru merupakan ulama pondok yang kuat berdakwah menyampaikan ilmu syara dan kuat mempertahankan Aqidah Ahli Sunnah . Beliau merupan Ulama yang berasal dari Thailand . Allah mengurniakan karamah pada beliau dengan kejadian yang amat aneh iaitu pada satu masa dulu beliau merupakan perjuang di Selatan Thai , beliau ditembak oleh pasukan tentera dengan Izin Allah peluru itu hanya terkena serban beliau sahaja tetapi tidak menembusi kepala dan badan beliau .DOA ana semua sangat diperlukan , moga Tn Guru sihat , dipanjangkan umur dan dapat meneruskan perjuangan dakwah beliau InsyAllah .

UTUSAN Biadap hina Hudud !!!


Sangat dikesali dengan tindakkan Utusan Malaysia yang menghina Hukum Hudud . 
Hudud merupakan hukum Allah bukan hukum PAS . Hudud perlu diperjuangkan oleh UMNO dan PAS . Hudud bukan hukum PAS tetapi ia merupakan hukum Allah .
Isu ini mengambarkan bertapa jahil pimpinan UMNO , PERKASA yang mendakwa memperjuangkan Islam padahal mereka yang menghina hukum Allah ! 
UMNO , PERKASA memainkan isu DAP tidak hormat Islam , padahal dalam isu ini nampak UMNO lebih dahulu menghina Islam sedangkan UMNO dari kalangan mejoriti Melayu Islam .
Sesiapa yang mempersenda dan mencabar hukum hudud bermakna dia telah mempersenda dan mencabar Allah , ini soal aqidah . Mufti , dan yang bertanggungjawab tentang Islam didalam negara haruslah memandang berat isu ini , jangan biarkan orang jahil terus mengundang kemurkaan Allah dengan mempermain dan mempersenda hukum Allah 

Prof Dr Saad Jawish akan ziarah Kedah Khamis - Sabtu ini


Ulama Azhar yang sangat alim ilmu Tafsir , Hadith dan merupakan pensyarah Usuluddin di Azhar .
Ulama yang sangat merendahkan diri Masyallah sungguh lembut akhlaknya selembut sutra.
Alhamdulillah ana baru pulang dari menziarahi beliau bersama Zaujah di Rumah Syeikh Nuruddin Banjari Singapo . Insyallah ana akan usahakan memasukkan biodata dan nasihat beliau esok

Friday, September 23, 2011

Terima Kasih Tok Guru Nik Aziz kerana tegas memperjuangkan Hudud

Alhamdulillah hikmah dari cabaran Tun Mahathir yang mencabar Tok Guru laksana Hudud di Kelantan , maka ternyata Perjuangan Tn Guru Nik Aziz dan PAS memang ingin memperjuangkan ISLAM secara bersungguh-sungguh . Hikmah isu ini akan membuka mata rakyat dan menegguhkan lagi kepercayaan ahli kepada PAS .
Tn Guru Nik Aziz pertegaskan bahawa Kerajaan beliau yang kini memerintah Kelantan terus berusaha untuk memastikan HUDUD terlaksana dibumi Kelantan khususnya , Malaysia amnya...
Hari ini Sinar Harian menyiarkan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang menyatakan pendiriaan PAS yang bersungguh-sungguh ingin mengangkat hukum syariat dalam pemerintahan .
Tn Guru Nik Aziz menyatakan pendirian PAS walaupun PAS mendapat tentangan dari BN terutamanya Mahathir satu ketika dulu kini Tn Guru memohon kepada Najib agar membenarkan Kelantan melaksanakan Hudud . Tn Guru berkata walaupun DAP kurang bersetuju dalam isu Hudud kita boleh berbincang menggunakan kepandaiaan dan kebjaksanaan kita (PAS) , DAP boleh terima andai kita bijak berunding .
ALLHAMDULILLAH saya amat berpuas hati dengan kenyataan dan pendirian Tn Guru Nik Aziz kerana berani dan perjuangan yang amat-amat jelas ...
Tn Guru Nik Aziz menyatakan sesiapa yang ingin mencabar dan tidak mahu hukum hudud jangan duduk diatas muka bumi Allah , carilah bumi yang lain kerana bumi ini bumi Allah , makanan yang kita makan rezeki dari Allah , Hudud hukum dari Allah maka kita wajib kena terima Hudud ...

Mahathir ingin mencabar Tn Guru laksana Hudud di Kelantan atas dasar ingin mempersenda-senda perjuanagn PAS , ALLAH mengalih pandangan rakyat kepada tipu helah UMNO terutamanya kejahatan Mahathir yang pernah tulis surat melarang Tn Guru laksana Hudud di Kelantan satu ketika dulu .Sekarang UMNO terutamanya Mahathir main isu maka isu itu akan memukul mereka kembali bukan Mahathir sahaja yang aib , seluruh pendokong UMNO akan aib kerana mereka yang menolak hudud padahal PAS dari dulu hingga kini berjuang untuk melaksanakan Hudud di muka bumi Allah....
TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI SELURUH SAUDARA KU TAKBIR!!!!!

Moga Allah memberkati perjuangan Tn Guru dan memperbaiki yang kurang , moga Tn Guru sihat dan dikuatkan Iman dalam meneruskan perjuangan Ameen Ya Rabb

AL FAKIR Muhammad Fazilul Helmi b Raidzan,Setiausaha Dewan Ulama PAS Kawasan Sik Kedah

Biografi Tuan Guru Haji Salleh bin Musa-Pondok Sik,Kedah

Thursday, September 22, 2011

Hantu Bonceng: Pemuda PAS gesa Jakim bertindak



Pemuda PAS mahu JAKIM dan Kerajaan Malaysia agar peka terhadap isu berkaitan Agama , JAKIM perlu tonjol kehadapan dalam isu yang berkait dengan Islam , Isu Filem Hantu Bonceng ini menggambarkan JAKIM dan Kerajaan Malaysia tidak mengambil berat dengan isu yang bertentangan dengan Islam . Pemuda PAS sedih dengan keadaan begini .
Zizan sudah memohon Maaf , Pemuda PAS mengucapkan tahniah atas keberanian beliau dan perlu dijadiak contoh pada artis tempatan . Tetapi Pemuda PAS hanya kecewa dengan JAKIM dan Kerajaan Najib , seharusnya Filem-filem yang hendak dipertontonkan kepada umum perlu dipantau dan ditapis terlebih dahulu agar tidak bertentangan dengan Islam , Ahli Sunnah Wal Jamaah

Isu Filem Hantu Bonceng : Ustaz Azhar Idrus jawab !



Ustaz Azhar Idrus menjawab Isu Filem Hantu Bonceng yang menghina Islam oleh Raja Lawak , Zizan .
Beliau tukar kalimah syahadah dalam lakonan ini . Terkini Zizan telah memohon maaf secara terbuka . Hukumnya Haram , jika Sengaja maka perlu mengucap 2 kalimah sahadah semula . Ustaz Azhar tidak menghukum kufur tetapi hanya  berdoasa besar sahaja

Anwar sokong hudud dilaksanakan di Kelantan

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau secara peribadi menyokong usaha kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud kerana ia tidak melanggar hak-hak orang bukan Islam dan pentadbiran yang adil adalah dijamin.

NONE"Buat masa ini, secara umum, pada dasarnya, saya percaya ini boleh dilaksanakan. Dalam perkara tertentu, terdapat jaminan yang jelas mengenai pentadbiran yang adil.

"Ia tidak dalam apa cara sekalipun mencabuli hak-hak orang bukan Islam," kata Anwar, ketika ditemui di kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Anwar menegaskan bahawa pandangan berkenaan dalah pandangan peribadi beliau dan Pakatan Rakyat belum membincangkan perkara itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar PAS yang memerintah Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.

Perbalahan antara Mahathir dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung undang-undang hudud bermula pada bulan Jun lalu apabila bekas perdana menteri itu mempersalahkan DAP sebagai penghalang cita-cita PAS memperkenalkan undang-undang Islam.

NONENik Aziz menjawab bahawa bukan DAP atau pengerusinya Karpal Singh yang menjagi penghalang itu tetapi sebaliknya, dalang itu adalah Mahathir.

Menurut Nik Aziz, Mahathir bertanggungjawab menggunakan saluran undang-undang untuk menghalang usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Isu itu tercetus semula baru-baru ini apabila bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin berkata bahawa keadaan di negeri Kelantan tidak cukup "kondusif" bagi melaksanakan undang-undang berkenaan.

Al-Habib 'Ali bin Muhammad bin Alwi BinSyihab Kembali ke RahmatuLlah

إِنَّا للَّهِ وَإِنَّـآ إِلَيْهِ رَاجِعونَ

يَـٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧ ٱرْ‌جِعِىٓ إِلَىٰ رَ‌بِّكِ رَ‌اضِيَةً مَّرْ‌ضِيَّةً ﴿٢٨ فَٱدْخُلِى فِى عِبَـٰدِى﴿٢٩ وَٱدْخُلِى جَنَّتِى ﴿٣٠

Suasana sedih dan suram menyelubungi Tarim hari ini apabila seorang ulamanya kembali ke rahmatuLlah, semalam. Beliau adalah al-Habib 'Ali bin Muhammad bin Alwi bin Syihab. Merupakan adik kepada 'Ainut Tarim al-Habib 'Abdullah bin Muhammad bin 'Alwi bin Syihab. Beliau juga dikenali sebagai seorang munsyid. Jika beliau melantunkan syair/gasidah akan menitislah airmata hadirin yang mendengarnya.Datuk mereka, al-Habib 'Alwi bin Syihab adalah merupakan seorang auliya yang tersohor di Tarim . Mengenai beliau, Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz mengatakan pada pagi tadi bahwa AL-HABIB 'ALI BIN MUHAMMAD BIN 'ALWI BIN 'ABDULLAH BIN SYAHAB ini orang sholeh anak kepada orang sholeh anak kepada orang sholeh terus bersambung sehingga kepada Sayyidul Mursalin, Saiyiduna Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.


الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم والى روح الحبيب علي بن محمد بن علوي بن شهاب


الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين والشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين

Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, Shiddiqin, Syuhada’ dan Sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

Al-Habib 'Ali bin Muhammad bin 'Alwi bin Syihab bersama abangnya al-Habib 'Abdullah
Dari kiri: Al-Habib 'Abdullah bin Muhammad bin 'Alwi bin Syihab dan adiknya al-Habib 'Ali
Ucapan ta'ziah dari al-fagir buat keluarga beliau khasnya dan warga Tarim amnya

Tuesday, September 20, 2011

Tahniah JAKIM Pertahan Aqidah dalam Isu Kalimah

Program Ummah di Kedah bulan ini


Aqidah goyah selagi rohani belum mantap

KITA masih lagi merasai kemanisan dua perayaan iaitu hari raya dan kemerdekaan negara yang membawa makna besar dalam kehidupan. Silaturahim Aidilfitri dan kesatuan umat menjadi agenda utama menjana masyarakat madani yang diimpikan selama ini.
Begitu juga sambutan 16 September yang penuh bermakna. Konsep kesederhanaan dan kebebasan dalam erti kata sebenar mestilah dijelmakan selepas meraikan perayaan ini. Bebas daripada penjajahan pemikiran dan ideologi adalah kebebasan sebenar bagi masyarakat berjaya.

Penjajahan bentuk baru yang disebut ‘Ghazwul Fikri’ (serangan pemikiran) adalah pengganti kepada penjajahan ketenteraan membabitkan kos tinggi dan mudah dikesan. Penjajahan baru ini fahaman tersembunyi serta ideologi memisahkan agama dan keduniaan.
Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada segumpal darah. Jika elok, maka akan eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati. – Hadis riwayat Bukhari
Umat Islam mesti membebaskan akidah mereka dari ‘isme’ palsu ciptaan manusia dan kembali kepada asas kukuh berteraskan al-Quran dan sunnah.
Baginda Nabi SAW bersabda daripada Irbadz bin Sariah bermaksud: “Sesungguhnya aku telah tinggalkan bagimu fahaman yang jelas dari sebarang kesamaran. Diumpamakan seperti malam yang gelap-gelita menjadi terang bercahaya. Sesiapapun tidak akan tergelincir selepas kewafatanku melainkan mereka yang ditakdirkan binasa. Mereka yang hidup selepasku akan melihat kekeliruan yang banyak sekali melainkan mereka berpegang dengan sunnahku dan sahabat yang terpimpin. Maka peganglah dengan kepercayaan itu dengan teguh dan jitu.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam konteks ini, jasmani dan rohani elemen utama memastikan pegangan aqidah yang kukuh. Keduanya-duanya pelengkap antara satu sama lain mengikut garis panduan ditetapkan Allah SWT.
Firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, inilah jalanku yang sebenar dan pengikutku untuk diikuti dengan yakin. Maha Suci Allah dan aku tidak tergolong daripada kalangan orang yang musyrik.” (Surah Yusof, ayat 108) Memahami keseimbangan roh dan jasad, Rasul SAW pernah menegur Abdullah bin Amr berkenaan solat sepanjang malam dan puasanya yang berterusan.
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Wahai Abdullah, janganlah kamu melakukan perkara sedemikian. Makan dan berehatlah kerana sesungguhnya jasadmu ada hak yang perlu dipenuhi. Bagi matamu dan keluargamu ada hak keperluan yang perlu dipenuhi.”

Demikianlah keseimbangan dituntut agama Islam bagi menyuburkan rohani dan jasmani seterusnya menyelamatkan umat daripada anasir serta fahaman luar yang merosakkan. Kita melihat ramai memenuhi tuntutan rohani namun, hanya segelintir memberi perhatian kepada kerohanian khususnya dalam urusan keimanan yang sukar dipraktikkan.
Perlu diingat bahawa elemen rohani mestilah diutamakan kerana ia nakhoda yang akan memimpin jasmani. Hakikat ini diungkap Baginda SAW dalam hadis dari Nu’man bin Basyir yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada segumpal darah. Jika elok, maka akan eloklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.” (Hadis riwayat Bukhari)
Hati mencorakkan sikap seseorang. Kesakitan rohani dapat dikesan dan proses perubatannya mudah dilakukan berbanding penyakit rohani yang sukar dikesan pancaindera menyebabkan manusia melakukan tindakan di luar batas keimanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Demikianlah kami jadikan kamu sebagai umat yang dipimpin ke jalan lurus dengan sifat kesederhanaan, sebagai umat yang layak memimpin manusia dan Rasul, sebagai utusan akan menjadi saksi terhadap kebenaran kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah, ayat 143)
Sebagai masyarakat Islam, kita harus membentuk identiti berasaskan al-Quran dan sunnah, menolak fahaman sampingan serta memperkukuhkan kerohanian demi menjaga keimanan bagi kesejahteraan di dunia dan akhirat.

TG Nik Aziz kecewa hudud diberi ‘wajah begitu buruk'

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan golongan yang menolak untuk melaksanakan hukum hudud seperti menghina dan mengetepikan ajaran Islam, dan merupakan golongan yang “jahil.”


TG Nik Aziz berkata, kekeliruan tentang hukum hudud berlaku disebabkan pandangan yang dikeluarkan golongan tertentu yang jahil tentang undang-undang Islam itu.
“Saya menyebut hakikat ini kerana kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan dalam negara kita bahawa hudud ertinya hukuman ke atas pesalah.

“Justeru, hudud diwajahkan dengan wajah yang begitu buruk dan mengerikan. Seolah-olah apabila hukum hudud dilaksanakan, semua tangan akan dipotong dan semua batu akan dijadikan lontaran untuk pesalah,” kata beliau.

“Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan ‘Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan’ dan ‘akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina’,” kata Nik Aziz lagi.

Sekalipun ia sudah lama diucapkan, kata beliau,  hakikatnya kata-kata dan ucapan seperti inilah yang memberikan imej yang negatif terhadap undang-undang hudud.
Berucap merasmikan  Hari Hududullah di Kota Baru, Kelantan pagi tadi, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, disebabkan kekeliruan itu ramai umat Islam dalam negara ini tidak memahami hukum hudud mengikut ajaran Islam.

“Hasilnya, masyarakat bukannya semakin dekat dengan Islam tetapi semakin jahil dan semakin jauh daripada syariat Islam yang sebenar.
“Syariat Islam bukannya dilihat indah dam cantik, tetapi dilihat primitif, ketinggalan zaman, ‘ouf of date’  dan sebagainya,” katanya menambah, orang bukan Islam turut salah faham tentang undang-undang Islam yang sebenar.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz sebelum ini telah menggubal undang-undang hudud namun tidak dapat dilaksanakan ekoran surat amaran yang dikeluarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Nik Aziz pada 8 Jun lalu berkata hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada pemimpin veteran itu.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.
Menurut Nik Aziz, isu-isu agama yang berlaku sejak kebelakangan ini menambahkan lagi salah faham dan pandangan serong terhadap ajaran Islam yang sepatutnya tidak berlaku dalam negara yang berlandaskan prinsip Islam.
“Isu-isu seperti larangan bukan Islam memasuki masjid dan juga bacaan al-Quran di pembesar suara misalnya, ditangani dengan wajah yang lebih cenderung ke arah sentimen tanpa bimbingan ilmu yang sebenar. Hasilnya, sentimen yang dibakar bertambah panas sedangkan panduan sebenar Islam diketepikan.

“Saya sifatkan golongan yang menolak, menghina dan mengenepikan syariat Islam khususnya hudud merupakan golongan yang jahil dan tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri,” katanya sambil menambah, sekalipun mungkin mereka beragama Islam, tetapi Islam yang dianuti hanya di ruang yang terbatas tanpa didaulatkan sebagai undang-undang yang memerintah.
Tambah Nik Aziz, hukum hudud bukan dijatuhkan oleh orang pilitik tetapi hakim yang akan mengadili sebarang perbicaraan.

“Saya juga ingin tegaskan bahawa hukum hudud ini jika dilaksanakan bukannya dipelopori oleh orang politik. Tetapi hakim yang akan menjatuhkan hukuman. Itupun akan menjalani perbicaraan yang adil terlebih dahulu.
“Jadi tidak perlu untuk merasa gerun dan takut dengan hukum hudud kerana bimbang kononnya akan dikuasai oleh orang politik,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau juga berharap golongan yang menolak hukum hudud “dapat diperbetulkan” selaras dengan kehendak Islam.
 “Justeru, saya mengharapkan agar tabiat menolak hudud ini dapat diperbetulkan agar jangan menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat,” katanya.

Ustaz Azhar Idrus Pertahan Tok Guru Nik Aziz dan sanggah ulama yang kata Najib Ahli Sunnah

Monday, September 19, 2011

Syiah Celaka - Lihat Air Mata Ulama kerana Syiah !

Kuliah Mingguan hari Jummat Pondok Tn Guru Hj Salleh (Sik) akan dibuka semula Pada 30/09/2011


Kuliah Mingguan setiap Jummat akan dibuka semula pada Hari Jummat 30/ 09 /2011  bersamaan 2 Zulkaedah 1432 H ...
Kulaih brrmula pada jam 8 Pagi
Tuan Guru Hj Salleh b Musa akan baca kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid ke 2
                                                             kitab Tauhid - Aqidahtul Najin

Syeikh Muslim akan baca kitab Fekah Bahrul Mazi ...

Kulaih lain belum dibuka lagi , Tn Guru hanya buka kuliah Jummat dan kuliah harian khas untuk pelajar remaja sekarang , Tn Guru masih bercuti munggkin sehingga Raya Haji...
Sila semak jadua terkini Tn Guru di :

http://pondoktauhid.blogspot.com/2011/09/jadual-kuliah-tn-guru-hj-salleh-bin.html

TOLONG SEBARKAN KEPADA MASYARAKAT UMUM YANG MENCINTAI ILMU AGAMA

Sejarawan perlu bebas dari kepentingan politik pemerintah

Ibnu Firnas, Melakukan Cubaan Pertama Terbang Di Udara


Pada abad ke-8, seorang Muslim Sepanyol, Ibnu Firnas, telah menemukan, mencipta dan menguji konsep pesawat terbang. Konsep pesawat terbang Ibnu Firnas inilah yang kemudian dipelajari Roger Bacon selepas 500 tahun setelah Ibnu Firnas meletakkan teori-teori dasar pesawat terbang.

Sekitar 200 tahun setelah Bacon atau 700 tahun percubaan Ibnu Firnas, barulah konsep dan teori pesawat terbang dikembangkan.

Ibnu Firnas atau nama sebenarnya, Abbas Qasim bin Firnas dilahirkan di Ronda, Sepanyol pada tahun 810 M. Dia dikenal sebagai orang Barbar yang ahli dalam bidang kimia dan memiliki daya kreatif dan kerap menciptakan barang-barang berteknologi baru saat itu.

Ilmuwan yang suka bermain muzik dan mengarang puisi ini hidup pada saat pemerintahan Khalifah Umaiyah di Sepanyol (dulu bernama Andalusia). Masa kehidupan Ibnu Firnas sezaman dengan masa kehidupan pemuzik Iraq, Ziryab.

Melakukan Cubaan Pertama Terbang Di UdaraPada tahun 875 M, Ibnu Firnas telah membuat sebuah m
odel pesawat terbang dengan meletakkan bulu pada sebuah bingkai kayu. Inilah catatan dokumentasi pertama yang sangat lama tentang pesawat terbang. 

Setelah menyelesaikan model pesawat terbang yang dibuatnya, Ibnu Firnas mengundang masyarakat Cordova untuk datang dan men
yaksikan hasil karyanya itu. Beliau ingin melakukan percubaan terbang dari menara Masjid Mezquita dengan menggunakan sayap atau jubah tanpa lengan yang dipasangkan di tubuhnya.

Warga Cordova saat itu menyaksikan dari dekat menara tempat Ibnu Firnas akan melakukan penemuannya. Namun karana cara melunc
ur yang kurang baik, Ibnu Firnas terhempas ke tanah bersama pesawat terbang buatannya. Beliau pun mengalami cedera belakang yang sangat parah. Cederanya inilah yang memaksa Ibnu Firnas tidak berdaya untuk melakukan percubaan berikutnya.

Ada catatan yang menyebutkan, Ibnu Firnas l
alai memperhatikan bagaimana burung menggunakan ekor mereka untuk mendarat. Beliau pun lupa untuk menambahkan ekor pada model pesawat terbang buatannya. Kelalaiannya inilah yang mengakibatkan beliau gagal mendaratkan pesawat ciptaannya dengan sempurna.

Menara Masjid Mezquita di Cordova saat itu menjadi saksi bisu perwujudan konsep pertama pesawat terbang yang lahir dari pemikiran seorang muslim.

Cedera belakang yang tidak kunjung sembuh mengalihkan tumpuan Ibnu Firnas pada projek-projek penelitian dan pengembangan konsep serta teori dari gejala-gejala alam yang diperhatikannya.

Karya-karya baru pun bermunculan dari buah pemikiran Ibnu Firnas. mulai dari puisi, kimia, sampai astronomi, semuanya dipelajarinya dengan satu tujuan, iaitu mampu memberikan manfaat bagi umat manusia.

Di antara hasil karyanya yang monumental adalah konsep tentang terjadinya halilintar dan kilat, jam air serta cara membuat gelas dari garam. Ibnu Firnas juga membuat rantai rangkaian yang menunjukkan pergerakan benda-benda planet dan bintang. Selain itu, Ibnu Firnas pun menunjukkan cara bagaim
ana memotong batu kristal yang saat itu hanya boleh dilakukan oleh orang-orang Mesir.

Sayang, tidak lama setelah itu, tepatnya pada tahun 888 M, Ibnu Firnas wafat dalam keadaan berjuang menyembuhkan cedera belakang yang dideritanya akibat kegagalan melakukan pendaratan pesawat terbang buatannya.

Philip Hitti seorang sejarawan Arab berkata: “Ibnu Firnas ialah orang
pertama dalam sejarah yang mencipta ilmu pengetahuan tentang pesawat terbang.”

Ketika orang-orang barat mengajar anak-anak mereka mengenai Wright Bersaudara, negara-negara Islam mengajar anak-anak mereka mengenai Ibnu Firnas, seribu tahun sebelum Wright.

Libya mengeluarkan setem sebagai menperingatinya. Iraq membina tugu bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq dan Lapangan Terbang Ibnu Firnas di utara Baghdad dinamakan sempena namanya.

Dipetik dari:
Lembaran Hidup Ulama' (2009) karya saya

Ilmuwan Islam - Ibnu Firnas (Melayu)

Sunday, September 18, 2011

Salam Perkenalan dan persahabatan

Assalamualaikum Wb 
Saudara pengikut blog Kehidupan Tauhid ini , Salam Perkenalan dan Persahabatan dari saya Helmi Assyafie.
Ada sahabat ingin mengenali diri Al Fakir dengan lebih rapat . Maka dengan Taufiq Allah , saya luangkan masa hari ini memasukkan sedikit butiran diri agar kita dapat mengenali dan kita lebih kuat dalam perhubungan persahabatan dan makin kuat ukhwah kita dalam meneruskan perjuangan Islam yang kita cintai . 
Tujuan saya memasukkan butir peribadi saya ini adalah kerana ingin menolak fithnah dan tuduhan yang sering dilemparkan kepada saya dengan tidak mengkaji dari mana saya , apa perjuangan saya dan lain -lain hingga ada yang menuduh saya sokong wahabi dan sebagainya . Jadi ataspermintaan beberapa sahabat untuk mengenali saya dengan lebih rapat maka pagi ini saya masukkan sedikit butir peribadi dan menyataakan pendirian Perjuangan saya . 
AL FAKIR ILALLAH 


Dilahirkan di : Alor Setar Kedah
Pendidikan : Sek Keb Telok Kecai,
Pondok Dala Fatthani , Thailand ,
Pondok Ar Rahmaniah , Sik Kedah hingga sekarang . 

Hubungan : Kahwin 

Setiausaha Urusan Ulama PAS Kawasan Sik Kedah 
Bekas Ketua Pemuda PAS cawangan Pekan Sik Kedah

Pekerjaan : Belajar Sepenuh masa dan pembantu pengajar Pondok Ar Rahmaniah , Sik Kedah

Alamat : Pondok Tn Guru Hj Salleh bin Musa , Seberang Pekan Sik
08200 Sik , Kedah , Malaysia 

 Mazhab : Tauhid - Assy'ari 
                                   Fekah - Mazhab Imam Syafie 
                                                                Tasauf -Syeikh Junaid Al Bahdadi , Imam Ghazali 

Tarikat :Syattariah

No Tel : 013 4044259 

Email : Helmi_sunni@yahoo.com 

Perjuangan : 1- Parti Islam Semalaysia PAS, perjuangan dalam PAS yang semata -mata berjuang kerana Allah untuk mendaulatkan hukum Islam dan negara , tidak ada kepentinggan dunia , bukan kerana pangkat , bukan kerana harta dan lain-lain . Tidak taksub PAS , jikalau ada kesilapan pemimpin PAS yang lari dari ajaran Agama maka saya tidak akan sekali kali bersetuju . Saya didalam PAS selagi mana Ulama Ramai didalam PAS andai PAS sudah lari dari Dasar Perjuangan Islam maka tidak munggkin saya akan bersama -sama dengan jemaah yang lain , tetapi buat masa sekarang saya berijtihad bahawa hanyalah PAS satu-satu pertubuhan yang mampu mengubah dasar Negara kepada Dasar Islam 


2- Perjuangan bersama ULAMA PONDOK ,Saya sentiasa berjuang untuk menaikkan kembali Ulama -ulama Pondok terutamanya di Kedah khususnya , dan ulama Pondok Nusantara Amnya 
Bukan sahaja Ulama Pondok bahkan ulama yang sealiran dengan pengajian orang dulu seperti ulama Azhar dan Syiria yang berpegang kuat dengan Ahli Sunnah

(Kenangan bersama ulama Azhar , Syeikh Saad Jawish )

3 Perjuangan Mempertahankan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jammah . Mempertahankan TAUHID ASY'ARI . Tetapi saya memilih jalan sederhana dengan berhati-hati untuk menyalahkan ulama lain jauh sama sekali dari mengkafirkan sesama Islam selagi tidak jelas ia boleh membatalkan Aqidah .Saya akan tentang golongan pelampau yang sentiasa mengkafirkan orang Islam tidak kiralah samada dia dari jemaah yang sama , saya tidak akan setuju denga dia . Saya tidak setuju sama sekali dengan golongan WAHABI dan saya tidak akan zalimi golongan wahabi dengan tuduhan yang tidak ada fakta . Hujjah saya  berdasarkan Fakta 

4. Berjuang menaikkan Ulama Ahlul Baith ( Ulama Keturunan Rasulullah SAW) 
Seperti jalanan Habib Umar Yaman , Habib Zain Semith , Habib Salim Syatiri dan lain-lain . 


Saya tidak suka perjuangan yang tidak jelas . Saya memilih perjuangan yang saya nyatakan diatas adalah kerana saya yakin perjuangan ini mengikut perjuangan ulama -ulama yang dahulu , maka saya ingin meneruskan perjuangan mereka sahaja . Saya tidak suka perjuangan yang bermuka -muka tanpa pendirian . Saya meniru apa yang diajar oleh Tn Guru saya , Tn Guru Hj Salleh Musa (Sik) , maka saya yakin dengan tarbiah yang diturunkan kepada saya . 


Tokoh Pemimpin yang disukai : Habib Umar , Habib Zain Semith , Habib Salim Syatiri , Tn Guru Hj Salleh Musa , Ust Fadzil Noor , Tn Guru Hj Hadi , Tn Guru Nik Aziz , Baba Hussin Dala , Baba Abd Karim Dala , 
Imam Hassan Al Banna dan ramai lagi mereka yang alim lagi wara serta kuat bekerja untuk Islam .

Perjuangan saya adalah sederhana Saya menyokong PAS, dalam masa yang Sama saya menyokong para Habaib dan Ulama Pondok ...
Tidak ada perjuangan yang sempurna melainkan perjuangan Rasullulah SAW . 
Maka kita jangan taksub dan perlu berlapang dada dan terbuka untuk bergabung tenaga dan fikiran demi menyatukan ummah ... Ada dikalangan segelintir penyokong PAS yang menolak jalanan Habib dengan Alasan    
mereka menuduh Habib menolak Politik , maka ini tidak betul , golongan habib hanya mahu menyatukan ummah maka mereka berjuang diatas pentas penyatuan ummah manakala PAS pula berjuang atas pentas melawan kemungkaran ini berbeza cara tetapi pada hakikat sama -sama mengajak ummah ke arah keredaan Allah , dan ada pula yang mengikuti jalanan para habib yang mengatakan tidak mahu berjuang dalam politik pula tidak tepat taafsiran ini , di Malaysia kita mesti turun ke medan politik juga kerana ulama kita di Malaysia memilih jalan demokrasai untuk mengubah dasar negara kearah dasar Islam . Maka kita perlu gabungkan dan kita hendaklah berlapang dada untuk kepentingan Islam . Kita berjuang bukan kerana Parti , Bukan Kerana Tokoh dan sebagainya tetapi perjuangan kita hanya demi untuk Islam , Allah dan Rasul kita . 
Jangan sekali-kali kita taksub kerana ia akan merugikan kita ....
Salam Perkenalan , Salam Persahabatan dan Salam Perjuangan dari 
Al Fakir Helmi Assyafie 
Pondok Sik Kedah 

Badiuzzaman Said Nursi, Ulama, Mujaddid & Sufi Besar Abad 20


Semasa di Van, beliau telah membuat analisa terhadap tahap kefahaman masyarakat tempatan, khususnya kaum Kurdi terhadap Islam. Akhirnya beliau membuat kesimpulan bahawa beliau berkewajipan untuk belajar ilmu-ilmu Sains supaya dapat disinergikan dengan ilmu teras Islam yang lain. Badiuzzaman Said al-Nursi telah meluangkan masa belajar dengan tekun ilmu Geografi, Fizik dan Falak.

Beliau seterusnya mengusahakan agar ilmu Sains ini diajar seiringan dengan ilmu agama agar mereka yang tidak dapat memahami kecuali melalui ‘bahasa Sains’ akan dapat juga sampai kepada hakikat Iman.
 
Ketika berlakunya kucar kacir besar-besaran di Istanbul pada 13 April 1909 yang membawa kepada tersingkirnya Sultan Abdul Hamid II dari takhta Khalifah, Parti Ittihad ve Terakki telah pun menguasai negara. Mereka telah menangkap ramai sarjana Islam dan diheret ke muka pengadilan. Di antara mereka itu ialah Badiuzzaman Said al-Nursi. Tetapi disebabkan oleh kepintarannya berhujah, mahkamah gagal mensabitkan beliau dengan sebarang pertuduhan, dan akhirnya dibebaskan.
Badiuzzaman Said al-Nursi juga pernah pergi ke Syam (Damascus) dan menyampaikan khutbahnya di Masjid al-Umawi di sana. Khutbah yang disampaikannya di situ dikenali sebagai al-Khutbah al-Syâmiyyah, menjelaskan tentang sebab-sebab kemunduran umat Islam sebagaimana yang diperhatikannya.
Beliau juga telah secara sukarela menyertai Perang Dunia Pertama bersama-sama dengan 3000 orang anak muridnya. Mereka bertempur dengan tentera Russia yang bekerja keras menawan Bitlis. Selepas ramai tentera Russia terbunuh di satu pihak, serta tentera Islam dari kumpulan Turki dan Kurdi di satu pihak yang lain, akhirnya Bitlis jatuh ke tangan Russia. Badiuzzaman Said al-Nursi telah ditawan dan dipenjarakan. Akan tetapi, semasa di penjara itu, beliau tetap meneruskan kerjanya mengajar Islam kepada tawanan perang.
Badiuzzaman telah berjaya melepaskan diri dari tawanan tersebut dan melarikan diri ke Siberia. Kemudiannya beliau ke Eropah dan seterusnya pulang ke Istanbul melalui Warsaw, Berlin dan Vienna.
Di Istanbul, Enver Paşa yang merupakan Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu telah mengurniakan Badiuzzaman Said al-Nursi pelbagai anugerah kehormat di atas jasanya memimpin orang ramai ke arah bangkit menentang penjajahan Russia. Enver Paşa juga telah melantik beliau menjadi anggota Darü’l-Hikmeti’l-Islamiye, sebuah akademi yang menghimpunkan sarjana Islam di Istanbul ketika itu.
Selepas berlakunya Perang Kemerdekaan dan berjayanya Turkish Grand National Assembly dibentuk, kabinet Atatürk telah menjemput Badiuzzaman menyertainya di Ankara. Jemputan itu diterima, namun selepas tibanya Badiuzzaman ke Ankara, dia tidak dapat bersekongkol dengan mereka kerana beliau mendapati anggota kabinet itu tidak patuh kepada Syariat Islam.
Beliau menegur Atatürk dan anggota kabinetnya, “tidak ada kebaikan yang boleh saya harapkan daripada golongan yang mengabaikan Solat!”
Selepas itu, Badiuzzaman Said al-Nursi meneruskan kegiatannya berdakwah, mendidik masyarakat dan sentiasa berulang alik di antara penjara dan pembuangan, hasil tekanan yang dibuat oleh regim Atatürk.
Pada tahun 1935, kerajaan Republik Turki telah membuat pertuduhan terhadap Badiuzzaman bahawa kononnya beliau menubuhkan sebuah gerakan rahsia yang menentang pemerintah. Beliau telah didakwa di Mahkamah Eskişehir dan kemudiannya dibuang ke Kastamonu. Manakala pada tahun 1943, Mahkamah Denizli telah mendakwa Badiuzzaman Said al-Nursi bahawa beliau memimpin sebuah pergerakan rahsia yang bertujuan menggulingkan pemerintah, serta menuduh Atatürk sebagai ‘Dajjal dan Pembinasa Agama’. Pendakwaan itu berlangsung selama 9 bulan. Beliau akhirnya dibebaskan daripada pertuduhan tetapi ditahan daerah di Emirdağ, sebuah bandar di daerah Afyon.
Pada tahun 1952, Badiuzzaman tiba di Istanbul tetapi kemudiannya pulang semula ke Emirdağ dan di peringkat inilah, risalah-risalah karangannya, dikumpul dan ditulis dengan huruf Arab untuk disebarkan kepada orang ramai. Pengikut Badiuzzaman menjadi semakin ramai khususnya selepas tahun 1950 iaitu di era pemerintahan İsmet İnonu.
Penulisan Badiuzzaman telah menjadi pembimbing yang besar kepada umat Islam di Turki. Beliau menulisnya secara non linear iaitu mentafsirkan ayat-ayat al-Quran bukan mengikut susunan Surah atau Ayat. Sebaliknya berdasarkan kepada keperluan masyarakat menerusi isu-isu yang timbul dari semasa ke semasa. Beliau sendiri menggelar Risalahnya sebagai “penolak keraguan yang ditimbulkan oleh Syaitan-syaitan Jin dan manusia, serta pengukuh Aqidah kaum Muslim di jalan yang Haq dan betul”
Pada tahun 1960 Said al-Nursi berhasrat untuk berpindah dari İsparta ke Urfa. Di rehlah kali inilah, Badiuzzaman Said al-Nursi menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas suatu perjalanan hidup yang panjang dan berliku, iaitu pada 23 Mac 1960 bersamaan 25 Ramadhan 1379. Beliau selamat dikebumikan di Urfa.
Akan tetapi pada 11 Julai 1960, Revolusi Tentera telah menggulingkan pentadbiran kabinet Adnan Menderes dan beliau sendiri dihukum gantung oleh pihak Tentera dengan alasan bersikap acuh tidak acuh di dalam mengekang kebangkitan semula golongan pro-Islam. Pada masa itulah, anggota revolusi telah mengarahkan supaya makam Badiuzzaman Said al-Nursi dibongkar dan jenazahnya dikeluarkan untuk dipindahkan ke İsparta. Di bandar itulah, Badiuzzaman Said al-Nursi bersemadi di suatu tempat yang tidak diketahui, hingga ke hari ini.
Badiuzzaman Said al-Nursi telah mewariskan hasil pemikirannya di dalam jumlah yang besar. Antaranya ialah:
1.Rasâil al-Nur yang terdiri daripada 130 Risalah, terbahagi kepada:
a.Sözler (al-Kalimât) yang terdiri daripada 33 Risalah.
b.Mektubât, terdiri daripada 50 Risalah.
c.Lem’ât, terdiri daripada 15 Risalah.
d.Juzuk tambahan kepada Rasâil al-Nur iaitu Lâhika Kastamonu, Lâhika Emirdağ dan Lâhika Barla.
2.Tulisan-tulisan lain seperti İşaratü, Mesnevi-i Nuriye dan sebagainya
Dakwah yang dilakukan oleh Badiuzzaman Said al-Nursi menonjolkan kesungguhan beliau memecahkan kebekuan tradisi pengajian ilmu Islam, mendorong kepada penguasaan ilmu Syariat dan Sains dan saling mempergunakan kedua-dua ilmu tersebut ke arah memahami hakikat Iman.
Beliau tidak banyak mendatangkan perselisihan pandangan Ulama, sebaliknya banyak memfokuskan kepada meneroka pelbagai kaedah penyampaian demi membolehkan semua lapisan masyarakat dapat memahami mesej yang hendak diketengahkan.
Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran untuk Badiuzzaman Said al-Nursi yang kehidupan dan matinya bujang, kerana berkahwin dengan perjuangan yang gigih dan berpanjangan.
Sumber:
Kertas kerja Seminar Di Ambang Keruntuhan Uthmaniyyah: Pengajaran Buat Ummah oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pada 4 Februari 2006. Artikel asal bertajuk Dakwah Badiuzzaman Said al-Nursi.
ampuni kami