Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, November 5, 2011

Raya Haji 1432H bersama Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat .

 Alhamdulillah dengan taufiq Allah ditakdirkan Al Fakir bersama keluarga dapat menyambut hari Raya Eidil Adha 1432H bersama Tn Guru Nik Aziz .
Tn Guru Nik Aziz dalam khutbahnya pagi tadi menyeru seluruh jemaah dan umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam dengan sebenarnya .
Rasulullah telah meninggalkan kita 1400 tahun lebih yang dulu , kita perlu kuatkan Aqidah dalam menghadapi dunia yang mencabar ini . Tn Guru juga menyeru agar umat ISLAM agar menghayati perjuangan Rasulullah dan perjuangan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail ...

Tn Guru menyeru agar umat bersatu kepada Islam bukanya berjuang kerana bangsa tetapi berjuang semata -mata untuk Islam kerana semua kita hamba Allah akan dibangkitkan di akhirat untuk diadili.

Tn Guru membawa sebuah kitab yang terkandung KHUTBAH AKHIR RASULULLAH di Arafah
Tn Guru menyeru supaya semua jemaah hayati hari besejarah itu seolah-olah kita berada dizaman itu 



Ustaz Nik Abduh


Keluarga yang beraya di Kelantan . Alhamdulillah moga disatukan hati semua untuk Islam

Ahmad Rafae , hadiah hari jadi beliau kemarin adalah Solat Hari Raya bersama MB Kelantan
Tn Guru Nik Aziz yang sangat dikasihi ummah

No comments:

Post a Comment

ampuni kami