Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, March 14, 2011

Tsunami Jepun Satu peringatan Allah !!!



Kira-kira lebih 10 000 nyawa tekorban setakat ini

Angka kematian akibat gempa bumi sekuat 8.9 di Jepun boleh mengorbankan lebih 10,000 orang di daerah Miyagi yang paling teruk dilanda bencana itu, kata polis hari ini, ketika pegawai lain cuba memberi jaminan kepada orang ramai bahawa reaktor di dua loji nuklear yang rosak, tidak menimbulkan bahaya segera

"Saya tiada ragu bahawa angka kematian akan mencecah lebih

10,000 di daerah ini," stesen NHK memetik ketua polis Takeuchi Naoto sebagai berkata.Kira-kira 800 disahkan terkorban setakat ini di Miyagi dan kawasan lain di timur laut Jepun, yang dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Tiada hubungan langsung dengan kira-kira 10,000 penduduk bandar Minamisanriku.

Polis berkata sebelum ini lebih daripada 2,000 orang telah terbunuh atau tidak dapat dikesan di kawasan terbabit, lapor agensi berita
Kyodo News
Satu pegawai perbandaran di bandar Futaba di Fukushima memberitahu Kyodo bahawa kira-kira 90 peratus rumah tiga komuniti pantai telah dihanyutkan oleh tsunami.

Kira-kira 390,000 meninggalkan rumah mereka, dan kebanyakannya berteduh di lebih 1,400 tempat perlindungan sementara bertempat sekolah dan pusat komuniti, lapor NHK.
PM Jepun sahkan loji bocor, paras sangat tinggi

Radiasi yang merebak dari loji kuasa nuklear yang meletup di timur laut Jepun selepas dilanda tsunami dalam tempoh empat hari, memaksa kerajaan mengarahkan rakyat berdekatan supaya duduk dalam bangunan bagi mengelak terdedahDalam kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen seluruh negara, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, berkata kesan radiasi yang merebak dari empat reaktor di loji nuklear Fukushima Dai-ichi, wilayah Fukushima adalah kawasan paling diteruk ditimpa gempa bumi berukuran 9.0 magnitud dan ombak tsunami.
"Tahap (radiasi) nampak amat tinggi dan masih wujud risiko lebih tinggi bahawa banyak radiasi akan merebak,"
Krisis nuklear itu adalah paling teruk pernah dialami Jepun sejak kejadian pengeboman Hiroshima dan Nagasaki ketika Perang Dunia II.

Kan memberi amaran bahawa lebih banyak kebocoran mungkin berlaku dan meminta orang ramai supaya berada kira-kira 30 kilometer dari Kompleks Fukushima Dai-ichi bagi mengelak daripada terkena radiasi.
Operator reaktor telah meminta bantuan Amerika Syarikat manakala agensi berita Kyodo pula berkata kadar radiasi sembilan kali lebih tinggi daripada kedudukan yang dikesan di Kanagawa dekat Tokyo.

"Kami mengambil segala usaha yang terdaya untuk mengelakkan kebocoran daripada merebak.
"Saya tahu bahawa orang ramai bimbang tetapi saya minta anda bertindak dengan tenang.
"Berlaku kebakaran di reaktor No 4 dan paras radiasi di kawasan sekitar telah meningkat dengan signifikan. Kemungkinna kebocoran radioaktif semakin meningkat," kata Kan yang kelihatan suram.

Dalam pada itu, Setiausaha Ketua Kabinet, Yukio Edano berkata, reaktor keempat di kompleks berkenaan terbakar dan banyak radiasi dilepaskan

No comments:

Post a Comment

ampuni kami