Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, April 21, 2010

ULAMA @ BAKAL ULAMA WAJAR CONTOHI PENDEKATAN TN GURU HJ SALLEH


AL ALIM AL ALAMAH TN GURU HJ SALLEH , TOKOH ULAMA KEDAH yang tidak asing bagi kita merupakan ulama yang terkenal dengan perwatakkan TEGAS dan MUDAH DIDAMPINGI masyarakat .
Ulama mesti berfikiran terbuka ,masuk dengan semau lapisan masyarakat .
Begitu juga penerampilan yang sederhana dan mudah didekati , mesra apabila didekati menyebabkan ramai yang suka menimba ilmu dari beliau .
Fikirannya sangat terbuka , dapat menyelesaikan masalah masyarakat dan tidak hairan pucuk pimpinan PAS pusat dan termasuk Penasihat Umum Keadilan Rakyat sentiasa menghubungi beliau dan kerap menziarahi beliau untuk mengambil pandangan dan nasihat dari beliau .

TEGAS dan TERBUKA !!!
ULAMA seperti ini yang UMAT PERLUKAN .
Barulah umat bersatu , sefahaman dan masing2 merasakan tanggungjawab atas satu sama lain .

Ramai ulama yang hanya bersendirian tidak bersama umat, tetapi tidak memahi umat . Dan ada juga bersama umat tetapi hanya membina pengaruh tersendiri .
Dan ada ulam bersama umat , untuk umat .

ULAMA BERSAMA UMAT, UNTUK UMAT INI YANG KITA SUKAR DAPATI .
Rakan TN GURU HJ SALLEH IAITU ALLAHYARHAM TN GURU HJ ABDULLAH LUBUK TAPAH
merupakan ulama seperti TN GURUN HJ SALLEH , memang sukar kita miliki ulama seperti mereka . Mereka berdua belajar satu guru dengan ALLAHYARHAM TN GURU HJ ISMAIL (PAK DA EIL MAKKAH ). SAMA SIKAP MEREKA ,mereka didampingi kawan , lawan , murid , pemerintah bahkan sultan .

Pernah guru saya berkata kepada muridnya " NAK MENGAJAR ORANG KAMU KENA MENGAJI LAIN , BELAJAR ILMU LAIN , BELAJAR CARA DAKWAH LAIN .KALAU BANYAK ILMU TAPI ANDAI TIDAK PANDAI CARA, ORANG TAK AKAN IKUT KITA"

Jadi pesanan kepada ulama dan bakal ulama ikutilah pendekatan ulama seperti ini barulah ISLAM BERKEMBANG , DAKWAH DITERIMA ,DAN UMAT BERSATU ...

No comments:

Post a Comment

ampuni kami