Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, April 9, 2010

MUFTI KEDAH -FORUM DI SIK


YB CIKGU YAHYA , DATO MUFTI, USTAZ AZMI , DAN HELMI





FORUM PERDANA EHWAL ISLAM."PERANAN ULAMA DAN UMARA DALAM PEBENTUKAN UMMAH"
RABU 07.03.2010
PENEL : DATO SHEIKH BADARUDIN HJ AHMAD .MUFTI KERAJAAN NEGERI MKEDAH
SYEIKH FAISAL HJ OMAR -PEGAWAI AGAMA KUBANG PASU
DR BAKHIR-DEKAN BAHASA ARAB INSANIAH

DATO MUFTI menyampaikan syarahan dengah penuh semangat dan menyentuh hati .
Dalam syarahan beliau mefukos pada ulama , dan menyentuh sedikit sahaja peranan umara.
Ulama adalah golongan yang mengaja urusan agama dan akhirat . Ulama mesti berani , mesti amanah , buat apa yang dikatakan , ulama mesti rajin berdakwah , ulama mesti menjaga imej , jangan jadi ulama jahat dan penakut . Panjang lebar dihuraikan oleh Dato Mufti .
Syarahannya menyentuh kalbu menandakan percakapan beliu adalah dari kalbu yang berjiwa dakwah dan amanah dengan tugas2 .

Dato mufti menyeru masyarakat supaya BERKORBAN MENGHANTAR ANAK YANG BIJAK KE PONDOK UNTUK MEMBENTUK DAN MELAHIR GENERASI ULAMA MEMIMPIN UMAT !
Beliau sangat sedih kerana rakyat sekarang meninggalkan agama dan mengenepikan peranan ulama . Ulama sekarang hanya diguna diwaktu kecemasan sahaja iaitu waktu kenduri , kematian dan masalah2 sahaja. Pondak dalam Kedah berkurangan sekarang, padahal dulu kata beliau pondok dalam Kedah ada 112 buah pada masa beliau berumur belasan tahun . Sekarang masyrakat memandang rendah kepada pondok dan tidak yakin untuk menghantar anak bijak kepondok , ini menyebabkan kita kekurangan ulama .
Yang jadi kadhi sekarang pun, sudakh kuran ilmu maka mereka berfatwa sesat dan menyesatkan orang .

Ulama mesti ikhlas. Jangan jadi ULAMA JAHAT katanya .
Ulama jahat adalah ulama yang menbiarkan kemaksiatan umat dan tidak berani menegur pemimpin . Jangan jadi ulama yang cakap banyak dari melaksana apa yang dicakap . Ulama mesti tawaduk dan jangan mencintai dunia. Nasihat mufti sangat2 menyentuh hati malam itu.

Pemimpin pula mesti berakhlak baik , amanah , bersama ulama dalam memerintah .
Pemimpin peringkat keluarga , masyarakat , kawasan , negeri ,dan seterusnaya negara mesti bersama ulama mentadbir urusan supaya kehidupan berasaskan syariat .

Kesimpulan sekali dari syarahan beliau yang panjan lebar Dato membawa sepotong HADITH RASULULLAH bermaksud " SESUATU PEMERINTAHAN NEGARA AKAN JADI BAIK ANDAI ADA
1-PEMIMPIN BAIK DAN AMANAH
2-ULAMA YANG TIDAK JEMU BERDAKWAH
3-HARTAWAN YANG TIDAK BAKHIL
4-FAKIR YANG SENTIASA BERDOA UNTUK 3 GOLONGAN INI
(Pemerintah , ulama dan orang kaya)"

Maka ualam dan umara mesti sehaluan , Andai tidak sehaluan UMMAH AKAN BERPECAH , UMAH AKAN ROSAK DAN AGAMA TIDAK MUNGKIN TERTEGAK ANDAI KEEMPAT GOLONGAN INI ROSAK .
UMAH akan kuat andai ULAMA dan UMARA BERSATU.....

No comments:

Post a Comment

ampuni kami